Saturday, March 31, 2007

Ramzwatcher tulis pada cikgu:ni apo ko hal nie?you suppose to be cikgu lah - pembakar semangat. Dont be sad

memang betul..seorang guru perlu kuat..perlu jadi macam perisai..perlu jadi sekuat konkrit barangkali..
tapi guru juga manusia biasa..
kadang-kala hati dan perasaan terguris juga
dalam kekuatan mesti ada kelemahan juga
p/s:saya cuma manusia biasa kawan...

Friday, March 30, 2007

KAWAN-KAWAN..
Barang yang sudah lepas,...usahlah dikenang..kenang..
kalu dikenang
meranahlah diri..
ps:wahhhh mcam lirik lagu aje kan:)

Sunday, March 25, 2007

*syndrom mata panda Bear"


"Nurul, ko selalu tidur pukul berapa?"
"Pukul 2pagi."
"Bangun plak kul berapa"
"Tengokla kalu ade kelas kul 8, tak tido la lepas subuh.Kalu tak kul 8.30 baru bangun."
"oooo patutlaa..."
"ape yang patutu?"
"tu ah tido lambat..patut ahh mata dah mcm mata panda bear!!"

Jadi, korang tahu tak ape itu syndrom mata panda bear..Ha hahah mata yang tak sehat..Yang lebam bawahnye Akibat terlalu byk tgk tv/komputer.Mata pun kena rehat.Jadi, ape kata anda rehatkan mata anda.:)
Jadi, aku dah buat plan yang aku hanya akan menghadap komputer selama 1 jam 30 minit sahaja.Komitmen sebagai student lagi penting.Aku pun agak sibuk untuk persediaan kem bina insan guru di pangkor nanti sebab dilantik menjadi pnegerusi latihan dalam kumpulan.Macam mane pun, cabaran 40 hari menulis masih aku teruskan..Mane leh tarik diri.Buat malu orang bangi aje ...hu hu hu..


Untuk pengetahuan korang, sejak kebelakangan ni aku sering mendapat asma.Sebab itulah inhaler aku sentiasa ada dalam beg aku.Aku alah pada makanan sejuk dan habuk.Tapi, sakit ni tak penah membataskan aku untuk buat ape yang aku nak buat...:).Jadi, kat sini aku sertakan petua kesihatan dari Prof.Diraja Ungku Aziz..Mari kita baca sama-sama yeeee..


Rutin harian
Pagi - Bangun- seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya.
Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin
Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi

Saturday, March 24, 2007

*cinta beralih orang ngah ngah :p*

Dulu, pakwe aku orang johor.Anak felda..Dia pandai mengaji.sangat baik. Tapi, sejak dia glamer dan kaya, dia bukan lagi pakwe aku..hu huu huuu

Skrg, aku ade pakwe baru.Dia orang sabah.Hensem macam cicak man...:) Aku suka bah sama diaa...:D
P/s:JANGAN SPESIKULASIKAN GAMBAR INI..INI CUMA..gambar yg telah di adobe photoshopkan..:D

Sesambil duk buat assignment tadi, melayan jugak la akadmi fantosia ni.Hah aa mesti la sebab aku nak tgok pakwe aku perform tau(Ishh berangan ajeeee!).Rasa mcm tak best la sangat konsert tu.Ape pasal music arrangement nye cam tak sedap je..(Ke aku yg buta seni niee?).Persembahan paling best adalah...jeng jengg jenggg..

  1. Syawal
  2. Ebi(Mesti ahhhh )
  3. Noni
  4. Aizat

Itu aje yee.yang lain tak best...

Lastly,aku nak letak lagu fav abah aku..."kenangan mengusik jiwa".lagu ini ditujukan pada pakwe-pakwe di luar sana....cheewahh

"walaupun jauhBeribu batuNamun hatikuDekat padamuIngatan mesraBingkisan rinduDalam kenanganUtus selalu( korus )Duhai sayangCintaku sejatiKenangan mesra laluMengusik hatiIndah nianMesra yang terciptaKenangan mu selaluMengusik jiwaBiar bertahunDalam kembaraPaduan jiwaCinta bertakhtaDamai setiaLukis didadaMenanti citaSinar bahgia"

A Ramlie.

Friday, March 23, 2007

*bukan senang macam kacang!*

HARI ni genap empat hari untuk cabaran 40 hari menulis blog.

Aku nak cerita tentang tanam anggur atau dengan erti kata lain menganggur!
Aku tamat belajar di utm kira-kira 9 bulan yang lalu. Lepas abis belajar , aku bekerja sebagai guru sandaran selama 4 bulan.Kemudian, aku dapat tawaran bekerja sebagai education writer di Puchong.Jadi, bekerjalah aku selama 4 bulan di sana.Lepas 4bulan, aku letak jawatan kerana bos aku buat hal.Puas aku bersabar dengan karenah bos aku nie...At last aku letak jawatan.Mana sanggup kerja teruk sampai kul 12 gaji tarak!!Aku kembali bekeja sebagai guru sandaran selama 2 minggu. Sememangnye, aku amat mencintai bidang perguruan nie.Walaupun beberapakali permohonan di tolak, akhirnya rezeki aku sampai.Sekarang, dalam usia menjangkau 25 tahun (saya masih belum berkahwin hu hu hu), aku sudah dapat kerja idaman aku...(kini aku seorang student diploma pendidikan ukm dan insyaALLAH akan bekerja sebagai guru pada tahun hadapan:))


Jadi, korang tahu tak ape kesimpulan dari cerita aku di atas?Yeee..aku tidak pernah menganggur..

Ramai kawan-kawan aku masih tada pekerjaan.Aku tak salahkan mereka sebab aku tahu mereka dah berusaha.Sebelum aku dapat kerja pun, hampir 20 resume aku hantar dan 10 interview aku pergi.Akhirnya tersangkut juga.Pada aku, semua ini bergantung pada rezeki kan.Ada masa ALLAH luaskan rezeki kita, Ada masa juga ALLAH sempitkan rezeki kita untuk menguji kita.
Nak dapatkan kerja/sesuatu yang kita mahu memang bukan benda mudah.Ia tak datang dengan senang sekali.Ia bukan senang macam kacang.Ingat kacang tu senang ke.Nak makan kacang memang senang, tapi nak tanam kacang tak senang ooooo..Jadi, kita jangan putus asa.Teruskan berusaha!!Chayokk chayokkk
Nothing worthwhile comes easily. Work, continuous work and hard work, is the only way to accomplish results that last.- Hamilton Holt

*DALAM DILEMA!*



Sebenarnye aku dalam dilemaa nie.Sejak aku tulis entry aku dengan gunakan "saya", aku rasa macam tak best la.Memangla sopan kan tapi aku rasa takde "feel" bila aku menulis..
Jadi, setelah dibuat mesyuarat agung yang dipengerusikan oleh aku dan dihadiri ole haku aje, dengan rasminya..aku kembali menggunakan "aku"....bolehkan?
"lupakan saya....ingatkan aku"
Hai kawan-kawan, ape kabar hari ni?Harap-harap hari ni sehat, ceria, bahagia, aman dan sentosa.Cabaran 40 ari menulis blog masih diteruskan..Kadang-kadang bila tengah makan pun aku berfikir"apa nak tulis kat blog hari nie?"

Hari ni aku nak tulis pasal "jem"..Bukan jem kaya atau pun strawberi, tapi "Traffic jem".AKu airan bila orang kata tak suka kat traffic jem.Tapi...yang peliknya "aku suka traffic jem"(Ini ayat tipu sebelum menjadi driver tetap!)..Seronok ape bila jem.Aku leh menyanyi-nyanyi dalam keta.Aku boleh makan.Kalu orang lelaki boleh hisap rokok(Baik benti jeee..tak sayang nayawa ke )..


Tapi, tu dulu.Masa aku belum menjadi driver tetap.
Sekarang, aku pun tak nak kena traffic jem.Sakit kaki oooo maklumle kater manual(Tak main ahh autooo!)..Bila traffic jem ni, memang rasa asyik nak marah ajee..jadi, eloklah takde traffic jem dari ada...Tul tak?

Thursday, March 22, 2007

*rupanya hampir terlupa..*

Hidup sebagai student memang mem"bz"kan diri saya.Dalam seminggu, ada sahaja assignment yang kena sumbit.Minggu ni sahaja ada 11 report saya kena hantar kat lecture. Kepala otak saya ni hanya fikir pasal assignment ajer.Minggu depan pulak, saya ada seminar presentation untuk assessment of learning..


Dalam kesibukan saya, saya terlupa ada insan yang memerlukan saya.Ya, insan itu adalah ibu saya.Saya terlupa membantu ibu saya masak, lupa untuk menyidai kain, lupa untuk memcuci lantai, lupa untuk menyapu sampah......
Semalam, saya tengok wajah ibu keletihan.Saya tahu ibu saya penat.Tapi, saya kagum.Kerana tidak ada pun keluh kesah dari ibu.Saya berazam, walau sesibuk manapun, saya mesti bantu ibu....


Ibu benarlah hadis nabi tentangmu, Syurga itu dibawah kaki ibu, Keredhaan Tuhan adalah bersama keredhaanmu, Apakah semua itu layan untukku?Aku tahu aku sering menyakitimu, Yang pasti aku sering menyakitimu,Lidahku kasar terhadap kelunakanmu, Tingkahku keras atas kelembutanmu,Sekian kali aku tidak menyahut panggilanmu,Sekian kali aku lakukan laranganmu,Sekian kali aku enggan merawatmu,sekian kali aku meluat dengna keprihatinanmu, sekian kali aku tolak keinginamu,sekian kali aku menjauhkan diri darimu, sekian kali aku ingin bebas daripadamu..YaAllah benarlah aku sudah lupa siapa diri ku..YaAllah, ampunilah dosa ku, atasa dosaku pada ibuku, yang mengasihi ku semasa aku kecil dahulu ..hingga..kini

"DrBadrulAminBahron-24.8.03"

Wednesday, March 21, 2007

*sanggupkah saya menjadi lilin?*

Kata oarng "Guru itu ibarat lilin" yang sanggup membakar dirinya sediri untuk menerangi orang lain"Malam tadi, sebelum saya lelapkan mata..saya berfikir..Sangggupkah saya menjadi Saya bertanya pada diri saya sendiri..Sanggupkah saya menjadi lilin yang dibakar untuk menerangi orang lain? atau saya hanya mampu menjadi lilin cantik yang tak mampu menerangi orang lain...hanya letak sebagai perhiasan sahaja..
Moga jiwa saya sentiasa kental untuk menhadapi semua CABARan dan dugaan.Moga saya dapat menggalas tugas ini dengan penuh dedikasi..

i want to be an inspire teacher rather than a good teacher..


*saya cabar awak !nurul izza*

Tiba-tiba je saya rasa macam saya nak cabar diri saya untuk menulis apa apa ajeeee(yang tak berfaedah leh tak? :p) dalam blog saya nie. Sebenarnye, saya rasa dah sampai masanya utk saya menulis hari-hari supaya blog saya tak sunyi..Tapi, saya selalu rasa takut kalau takde orang nak baca apa yang saya tulis dalam blog saya.Sebab saya masih tak pandai bercerita dalam bentuk tulisan.Camner pun saya tahu yang ada sorang pembaca yang sangat setia dengan blog saya ni..iaitu..diri saya sendiri...yeehaaaa'

Petikan ini dari blog amanz...

Sebenarnya, cabaran nie telah dikelolakan oleh Raja Blog dimana nada hanya perlu menulis diblog anda mengenai sebarang perkara (yang berfaedah) selama 40 hari tanpa henti termasuk Sabtu dan Ahad. Mungkin ramai yang akan tertanya, apa yang anda akan dapat daripadanya. Walaupun tiada ganjaran yang lumayan, anda dapat isikan blog anda dengan beberapa artikel-artikel terkini.
Selain itu, jika topik yang anda tulis ada kena mengena dengan apa yang dicari oleh orang ramai, anda akan dapat trafik yang tinggi. Sebagai contoh, artikel saya mengenai SPM baru-baru ini, mendapat pengunjung yang tinggi, dan kebanyakkannya adalah melalui search engine seperti


Senarai peserta setakat nie:

1. Ramzwatcher (mula 19.03.07)

2. Norakmal (mula 19.03.07)

3. Khairulazmi (mula 20.03.07)

4. Cikgu Nurul (mulai 21.3.07)--->ni sayeee :)

5. anda lah! (bila mau mula?)

Monday, March 19, 2007

*KUAT!*

Aku sellalu ingin menjadi seorang yang sangat kuat tapi tidaklah seperti batman mahupun superman yang mampu angkat bangunan tinggi-tinggi.Ataupun seperti ultraman yang mampu berlawan dengan raksasksa…Cukuplah aku kuat menjadi diri aku sendiri..nurul izza…(sedap tak nama aku?huhu)

Bila mana aku merasa kecewa dalam impian aku, aku rasa disitulah kekuatan aku.Aku tak suka orang melihat aku orang yang tak kuat.Biar mereka melihat aku kuat..kuat sebagai johan…

Bila aku merasa diri aku kuat, aku akan jadi hebat.Tapi aku tak mahu sehebat Siti nurhaliza mahupun mawi.Apalagi sehebat mahathir tak pun Anwar..CUkuplah aku hebat menjadi diri aku…

Suatu masa bila aku ditinggalkan, aku bertambah kuat..Tak mengapalah aku ditingglakan kerana aku masih ada orang mak, abah dan adik- adik..Mereka tak pernah tinggalkan aku.Biar buruk dan biar papa sekali aku, mereka takkan tinggalkan aku. Kerana itu, aku takut aku tak mampu untuk menjadi kuat andai satu hari nanti mereka akan tinggalkan aku.Aku juga takut jika aku dihantar posting ke sabah Sarawak kerana aku akan meniggalkan mereka..Terlalu berat rasa di hati..Tapi, aku kena kuat..Kuat untuk berkorban..

Pernah juga satu masa impian untuk ke universiti terkubur.Setelah berusaha bersungguh-sungguh aku tak mampu nak melangkah masuk ke universiti.Merata-rata aku pergi.Mendaftar di stpm, ke polisas dan akhirnya setelah menanti selama stahun, aku masuk juga ke universiti.Ini semua kerana aku kuat.Kuat untuk bersabar dan redha..

Kadang-kadang aku selalu berfikir, selama mana aku boleh menjadi kuat.Mungkin satu masa aku akan kecundang jugak kan.Doakan aku ye kawan-kawan agar aku selalu kuat...

p/s:'harap-harap aku masih lagi kuat menunggu putera katak aku" ---->wahh jiwnag uwekkkk":p huhuhu

Saturday, March 17, 2007

*pingguucuuu :)*

VIRUS NI SAYA DAH MATIKAN ..TIMA KASIH PADA YG JAWAB YEE ..YANG TAK JAWAB..TAK NGAPE LEEEE (bUNYI MACAM majuk jee kan)
Inilah haiwan fav.saya iaitu penguin.Tapi nama dia pinguucuu. Saya pun tak ahu nape saya suke kat penguin.Dulu pernah bercita-cita nak bela penguin kat peti sejuk tapi....mane boleh laa!!Kenapa saya pilih penguin?Sebab penguin cute sangat tambah-tambah time dia jalan..Gedeekkkk gedekkk hehehehe..Saya nak tahu fav.pet kawan-kawan saya...Kepada orang yang terkena tu, sila baca prosedur nye..senang ajee macam kacanggg ....
(Nak minta tlg nie, tlg klik dekat more utk bagi pinguucuu saya makan..Sian nanti dia lapaa hehehee)
  1. Pergi ke website ni : http://bunnyherolabs.com/adopt/
  2. Ada beberapa pet kat situ.So choose one k.
  3. Next, korang kena customize pet korang tau.Letak la kaler ape ape...
  4. Finally. tekan finish.
  5. Nanti akan appear html codes.Korang copy and pastekan di blog ...Saya nak tengokkkkkkkk pet apa korang pilih heheheh:

Kepada 11 orang nama di atas, saya nak tengok haiwan peliharaan pilihan korang...Bagi la tahu juga kenapa korang pilih haiwan tu erkk .Buat tau jangan tak buat...heehhehe

  • Syah & nouushy
  • kak noamee
  • mr shai
  • skru and p3
  • kak retna
  • kak sheda
  • fysal-pilih tigerra
  • umie
  • yatt
  • shunjike -pilih spider
  • acai

Friday, March 16, 2007

AKU BUKAN MATA DUITAN!

Sebelum saya ceritakan dengan lanjut, saya nak jelaskan yang apa yang saya tulis ini mungkin agak keterlaluan sebab saya memang tengah GERAM!
Dua hari lepas, semua student Diploma Pendidikan kena dengar taklimat tentang elaun dengan Kementeian Pelajaran Malaysia. Orang yang bagi taklimat adalah salah seorang lecture kat Ukm.Aku bukan tak hormat "dia"(referring to the lecture) cuma cara dia menegur dan membuat tuduhan ke atas orang macam kami amat amat menyakitkan dan menyedihkan!!Lalu, dengan tiba-tiba aku menduga kredibiliti dia sebagai seorang pendidik.
"Macam mana la boleh jadi lecture nie?" aku ngomel ngomel dalam hati..
Aku duduk diam sambil tangan pegang pen untuk menulis benda-benda yang penting. Entah tiba-tiba telinga aku ni panassss sangat...
"Awak ni semua mata duitan nie.Yang smua mintak jadi cikgu ni semua bukan nak jadi cikgu.Semua mata duitan. Senangkan jadi cikgu, gaji dah banyak.Kerja secure blaa blaaa"
Selang 10 minit lagi...
"Kamu ni datang taklimat ni bukan nak dengar pun kan cara-cara isi form perjanjian ni.Kamu nak dengar pasal elaun aje kan.Mata duitan kamu semua ni.."
Lagi beberapa minit kemudian...
"Saya nak kamu isi form tu betul-betul dan hantar khamis ni.Saya tahu awak dantang sini pasal nak denganr pasal elaun aje kan.Ylah kamu kan mata duitan..."
SHUT UP!!!Aku rasa tuduhan ni betul betul melampau.Mungkin ada yang tidak mahu menjadi guru. Tapi, rata-rata smua kawan-kawan aku bersemangat nak belajar utk menjadi guru.Kami tanya pasal elaun bukannye sebab kami mata duitan.Pikirlah sama setengah dari kami ada anak untuk dit anggung.Kami juga kesian dengan mak ayah kami.Kami pun dah tebal muka nak minta duit.
Ada setengah dari kami terpaksa bagi notis 24 jam utnk berhenti kerja semata-mata nak masuk program ni.Ada juga yang gaji satu bulan kena potong.Malah ada yang kena bayar balik kerana notis tak cukup sebulan.Kalau kami mata duitan , kami tak pergila kursus nie..!!
Salah ke kalau kami bertanyakan tentang hak kami.Tentang elaun kami yang memang dah dijanjikan.Itukan hak kami.Kami cuma bertanyakan prosedurnya.Itu pun dah menuduh mata duitan.Habis tu, awak kerja, awak dapat gaji, awak mata duitan la.Entah entah awak pun pernah marah sebab tak dapat bonus hujung tahun, Jadi awak pun mata duitan la kan..
Kepada dia (lecture tuh) kami dah nekad akan tunjukkan yang kami bukan main-main atau buat kerja sekadar nak lepaskan batuk ditangga. Mentanglah kami cikgu segera kamu ingat kami tak ada keinginan utk jadi guru.Suatu hari nanti baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah...
Moralnya:Jangan membuat tuduhan melulu hanya kerana kami ni cikgu mee segera.Masa nanti akan membuktikan ....
P/S:Kami is referring tu aku dan kawan-kawan yang mmang mahu ,nak jadi cikgu dan pernah berkali-kali direject utk jadi cikgu.Yang hanya jadi cikgu sebab kerjanye secure, not in that kami list k!!

Thursday, March 15, 2007

*antara SKIMA + INCIK KANCIL tersayang*

SKIMA KE AKU NIE??

"Izza, ko free tak? Jom kuar jalan-jalan nak?" "Ermm, sorilah.Aku kena siapkan assignment la.Next week ada 3 presentation.sori erk"
"Nurul, jom jumpe.." "Maaf sangat-sangat ye.Ada discussion ngan member."
"Beb, bila nak kuar sama nie.Lama dah tak jumpe ko?" Sori la geng, ada banyak report kena submit nie..Later k...sori sangat-sangat."
"Bonda,jom g UTM,tak rindu ke kat tempat belajar lagi dikenang."Nak sangat gi.Tapi, assignment ni melambak-lambak sangat.sori yee korang"

Skima sangat ke saya nie?Do u think that i put too much pressure to myself. I am too busy with my assignment, presentation and so on.Next month pulak dah final exam.Nak kata pressure tak pun sebab aku enjoy gile study Diploma pendidikan nie..To my friends, sabar la ye geng.Nanti, kita g jengjalan sesama k...Ermm...skima ke aku nieeee??
INCIK KANCIL....sayang kamu
Pakwe aku ni masuk opital (bengkel lee :))kat sg merab .Dah kat sebulan dah..Sekarang ni terpaksa aku pinjam keta mak aku..Aku tak suka bawak keta besar laa.Aku nak pakwe aku balikkkkkkkkkkk.cepat la siapkannn....uwaaaaaaaaaa .(PERHATIAN:Eksiden ni berlaku di damansara atas kecuaian adik ku ...sib baik dia tak de pe pe...Pakwe aku telah dilanggar oleh toyota harrier(besaa gileee)....)



"Sabar sayang...:p.nanti abg pulang hahahaha"


Monday, March 12, 2007

*masihkah ada bahagia?*

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA,12.MAC.2006

DUA orang kanak-kanak ini tidak dapat menahan sedih melihat adik mereka yang berusia setahun, cedera dalam serangan puak militan di Baghdad, kelmarin. – Reuters.


BENCI DENGAN SEMUA INI!!
KEJAM!!KEJAM!!Hati aku sakit betul bila tengok semua ini.Bila tengok org yang tidak berdosa menjadi mangsa.MEMANG KEJAM!Hati aku sakit betul bila tengok.Sampai satu masa aku tak sanggup lagi nak membaca tentang cerita-cerita yang berlaku di Dunia AsiaBarat.Setiap kali aku membaca, jantung aku berdegup, terasa perjalanan darah dalam badan aku ni perlahan sajer.
Aku tak pernah merasa bagaimana lahir dalam dunia yang penuh dengan kekejaman.Dan, aku tak sanggup nak merasakan deritanya.Yang aku kesalkan, kita sesama kita, kita yang sama agama ini bersengketa, dan kita sesama agama yang menjadi mangsa.
Bila agaknya mereka akan bahagia.Bahagia untuk menikmati keamanan dunia dan bebas untuk belajar semua tentang kehidupan.Ataupun mungkin, masih belum ada bahagia untuk mereka....

Wednesday, March 07, 2007

my promise + my desktop

Sebenarnye, entry ni ada jiwang sikit..Tapi, atas nasihat noushy saya delete..Thank you noushy for mern"realise"kan nurul.I have promised myself for not write about jiwang2 lagi..So, i have to keep(ehh tul ke eja ni.kept ke keep erkk) my promise...ngeh ngeh

Inilah desktop aku....

AIPPpp .korang janganlah gelakkan aku tau.Memang pun nampak biase..Sebenarnye,komputer aku ni baru je kena format.Ada virus.(ishhh geram tul!).Jadi, i don-t borther about my computer since aku nye assignment melambak-lambak. Tag dari kak sheda and kaklong, (TIMA KASIHHHH MUAhhhh muahhh :P) reminds aku untuk mencantiikkan desktop aku..Yayy..Jadi, tuk tidak menghampakan nilah desktop aku yang latest ....

Dari segi psikologi(chewahh) desktop aku bermaksud tak suka kena kongkong sebab nak bebas mcm rama-rama, sukakan kaler warna-warni, dan seorang yang masih seronok tengok gambar konvo walaupun dah 6 bulan dia konvo heheheh.

APA PANDANGAN KORANG PASAL DESKTOP AKU?

Resolution :
1024 by 768 pixel (right click/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor :
CRT monitor (nak pakai laptop tak lama lagi ..yahooooo)
Been using this desktop since :
year 2 kat utm skudai
Nurul nak tengok desktop :
kak noamee,lyn,iyandz,shayz,jebat

Tell em' that u already tag them..pastu suh bagitau korang bila diaorg dah buat..~hehe..

Monday, March 05, 2007

*duNia Baru*

Inilah DUNIA BARU AKU

Setelah 9 bulan (ehh cukup anak sowang ..ha ha ha) aku tingggalkan alam study, sekarang aku back to the past..he hehe.Inilah dunia baru aku kawan-kawan. Setelah penat (penat ke??)aku bekerja sebagai guru sandaran dan writer, tibalah masa aku mengasah kembali otak aku yang dah separuh berkarat nie...He he he..
Tiga minggu lepas, aku dapat panggilan interview utk mengikuti kursus diploma pendidikan bawah tajaan kementerian pelajaran tinggi dan pelajaran malaysia.Kalau sesiapa yang selalu baca cerita tentang aku, mesti korang tahu betapa tinggi cita=cita aku nak jadi cikgu. Application aku untuk jadi cikgu banyak kali direject.5 tahun aku menuggu nak jadi cikgu. Lepas SPM pun aku mintak pendidikan di utm, tapi gagal.Habis belajar di UTM, mintak KPLI pun tak dapat.Tapi aku tak penah putus asa.Pesan abah selalu di hati. "Kita boleh menangis kerana ktia gagal dapat apa kita hajatkan, tapi jangan sesekali ktia berputus asa".

Alhamdulillah, akhirnya ALLAH bukakan pintu rezeki untuk aku menjadi guru.Pekerjaan inilah yang memberikan kepuasan pada aku. Dan, aku tahu kelebihan aku adalah dalam bidang ini.Sekarang aku merupakan pelajar Diploma pendidikan di UKM(major fizik minor math) selama setahun.InsyaALLAH, tahun depan aku akan menjadi guru yang tetap..

Mesti bawak air .. my organizer..lambakan assigment di sini!

inhaler asthma.only for emergency!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails