Sunday, March 25, 2007

*syndrom mata panda Bear"


"Nurul, ko selalu tidur pukul berapa?"
"Pukul 2pagi."
"Bangun plak kul berapa"
"Tengokla kalu ade kelas kul 8, tak tido la lepas subuh.Kalu tak kul 8.30 baru bangun."
"oooo patutlaa..."
"ape yang patutu?"
"tu ah tido lambat..patut ahh mata dah mcm mata panda bear!!"

Jadi, korang tahu tak ape itu syndrom mata panda bear..Ha hahah mata yang tak sehat..Yang lebam bawahnye Akibat terlalu byk tgk tv/komputer.Mata pun kena rehat.Jadi, ape kata anda rehatkan mata anda.:)
Jadi, aku dah buat plan yang aku hanya akan menghadap komputer selama 1 jam 30 minit sahaja.Komitmen sebagai student lagi penting.Aku pun agak sibuk untuk persediaan kem bina insan guru di pangkor nanti sebab dilantik menjadi pnegerusi latihan dalam kumpulan.Macam mane pun, cabaran 40 hari menulis masih aku teruskan..Mane leh tarik diri.Buat malu orang bangi aje ...hu hu hu..


Untuk pengetahuan korang, sejak kebelakangan ni aku sering mendapat asma.Sebab itulah inhaler aku sentiasa ada dalam beg aku.Aku alah pada makanan sejuk dan habuk.Tapi, sakit ni tak penah membataskan aku untuk buat ape yang aku nak buat...:).Jadi, kat sini aku sertakan petua kesihatan dari Prof.Diraja Ungku Aziz..Mari kita baca sama-sama yeeee..


Rutin harian
Pagi - Bangun- seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya.
Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin
Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails