Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Malamku..

Malam-malam ku...

Malam - malamku rasa sungguh panjang...Sukarnya nak tidur kerana rasa contraction itu.Tapi takpe takpe, aku akan bertahan untuk beberapa hari sahaja..

"Abang, thursday ni kita jumpa dr kan.Boleh tak ayang nak minta induce untuk cepat kan bersalin "

"Tak nak la macam tuh. Biarla semua berlaku secara normal kan"

"tak tahula abang. Dapat ke bertahan ni?"

"Tahu tak..Allah sayangkan ayang. Sakit ni dapat hapuskan dosa-dosa kita.Untung tau"


Bila jumpa dengan dr...

"Kita tak boleh la nak induce. Awak punya blood pressure bagus.Tak de kencing manis. Baby sihat.Air ketuban ok. Everything is alright. So,just wait and doa banyak banyak to Allah. "

My husband punya respon " Janganla kita cepatkan ketentuan yang telah ALLAH tentukan untuk kita ye.Sabar...Babies nak amik ilmu mak dia lagi ni..."

Bila jumpa dengan orang...
AKu jumpa dengan dua orang yang best last thursday masa di Klink Pakar Putrajaya.One is indian family.Wifenya suruh husbandnye masuk ke dalam berjumpa dengan dr, but her husband refused..Then, he told me and my husband..

"i tak de hati oooo nak masuk..No, bukan maksud i apa..I mean i cannot see people suffering laa.i tak tahan hati ooo..You know what.God created women aaaa fuyoooo ..sangat menakjubkan laaaa"

Another family yang aku jumpe orang melayu..Husbandnye bagitahu yang wife dia lama kena masuk wad sebab ada fibroid.Tapi, baby masih ok. Tunggu lagi 3 weeks nak deliver. Anak yang first umur tak panjang. Balik dari umrah, Allah ambil dia.

Allahuakbar..Rupanya Ujian orang lain lebih besar lagi...


CikguPink:sobaa sobaaa.ALLAH dah aturkan semuanya..

Tuesday, February 16, 2010

Oh my babies...

(a) Lama tak update...ingatkan dah beranak ye.Rupenye belum lagi..2 weeks lagi...chayokk
Hai semua.Lama saya tak hupdate..Banyak masa saya guna untuk baca buku. Setakat ini, ada dua buku yang saya dah habis baca.



First buku ini i am muslim by dina zaman.Second one buku best seller "La tahzan" karya Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni.

Kemudian, saya nak bagi tahu la ni.Saya nak "launching" sesuatu ni..hehehe bukan ape pun...Saya ada buat blog baru tentang review buku-buku yang saya baca. Bukannya apa, saya rasa saya perlu tulis sikit buku yang sayadah baca sebab kadang-kadang saya terlupa buku tu tulis pasal apa..Maklumla, RAM otak kita ni bukannye bagus sangat ...

So jemputla datang ke sini ye :

http://nunuluvbuku.blogspot.com/

(b) Mother mother semua....Tengokla photo bawah ni.SUpriseeeeeeee

ok, finally...i want to share this photo to all mothers out there...Jeng ...Jeng..Jeng...
Cutekan..Nampak tak.Oh my god....From this photo, ada dua benda yang suprisingkan aku..
First, waaaa nampak kaki baby tuu..comeeeeellllkan
Second, waaa no strech marks laaaaaaa...jelesnye i....



CikguPink:Hari hari duk tanya baby bila baby nak keluar...:)

Friday, February 05, 2010

bila dia pusing ye?

Ok..cuba korang tambahkan..
2.56 + 2.71 kg = 5.27 kg...

Last thursday, jumpa pakar.Alhamdulillah babies sihat..Twin pertama 2.56 kg dan yang kedua 2.71. Selalunya twin kedua memang besar sikit.Kata orangla..

Bila pulak kepalanya turun ke bawah?
Dua minggu sudah, masa ke labor room dr tu kata sorang songsang dan sorang lagi kepala nya di bawah..

Tapi, last thursday..Dr kata dua dua kepala baby dah dibawah..
Ait..bila pulak dia pusing..
he he he
Dr kata boleh bersalin normal ni..

Alhamdulillah..semoga ALLAH permudahkan segala urusan....

CikguPink:menghitung hari...

Saturday, January 30, 2010

Vocabularies untuk ibu mengandung

Pertama kali mengandung?Ye..itulah saya. MAri kita tengok skit term-term untuk pregnancy mother ni erk..(based on what i read, and also dr nye information plus org org tua)

Ayat yang pertama...jeng jeng..

1.AIR KETUBAN.---> Dalam istilah saintifik dipanggil cecair amniotik.Warnanya jernih dan tak berbau.sELALU akan keluar 12-24 jam before delivered.Ada dr ckp kat aku, jangan panik bila air ketuban keluar.Ada kes yang sampai accident sebab panik air ketuban keluar awal.Wwalau macammanepun, kalau dah terkeluar air ketuban tuh, mestilah ke hospital dengan segera.Air ketuban ni selalunya u tak boleh control dia la.Meaning that dia akan keluar secara automatik..:)

2.BREASfeeding---->Sekarang ni, ramai ibu dah mula concern dengan breastfeeding ni kan.Ada orang kata kalau kita bawak botol susu masa dalam wad dah kena marah dengan dr.Walaumacam manapun, nurse akan paksa kita untuk menyusukan baby kita walaupun susu tu sedikit..Susu ibu penting sebab once kita dah bersalin, breast kita akan keluarkan colostrum yang warnanya kuning-kuning skit.Flow colostrum ni slow skit thats why kena suruh baby hisap sebagai rangsangan. Ada aku terbaca satu artikel yang mengatakan kalau orang yang beranak secara cesarean ni, air susunya lambat skit keluar.

3.CESAREAN --->Kat us nama glamer nyer (c-section) ataupun bersalin secara pembedahan. Selalunya kalau baby tu songsang and twin, c-section is the best solution. Tapi, ada jugak yang boleh bersalin normal. Apapun it depends on the baby condition plus the mother jugakla.Ada kawan aku kata masa bedah tu memang la tak sakit (dah kena biuskan)..Once bila dah sedar tu dia cakap macam nak terburai isi perut. Ada sorang kawan mak aku pulak kata senang lagi cesarean pada mengandung normal.

4. INDUCE/EPIDURAL--->Mak aku cite masa dia mengandungkan aku dia induce kat punggung sebab tak tahan.Seseorang ibu akan kena induce kalau blood pressure dia naik and dia ada kencing manis.sEBENarnya aku tak berapa paham beza induce and epidural..Ada sesapa yang faham ke??

5. URI --->Uri ni teman terdekat baby masa dalam perut ibu.Bekalan makanan dan oksigen baby disalurkan melalui uri.Uri ni seeloknya ditanam la.Orang tua tua dulu balut uri dengan kain putih dan tanam.Sebenanya tanam uri ni untuk elakkan dari dimakan binatang ataupun zaman moden sekarang orang akan amik uri untuk buat alat alat kosmetik. Aku nak kongsi ngan korang satu article ni..Kornag baca la kat sini . (ada parent tanam uri dengan pen + buku sebab nak bagi anaknye pandai..pelik betul)

6.ACID FOLIC --->Ibu mengandung mesti makan ni kan.Acid folic ni dipanggil gak vitamin BF.Kenapa ibu mengandung even ibu yg plan nak mengandung pun digalakkan untuk ambil acid folic?Salah satu reason adalah mengurangkan risiko neural tube defect.Apa tu?Yang aku faham pertumbuhan otak dan spinal cord (saraf tunjang) yang terbantut. Acid folic perlu amik dalam 0.4 miligrams untuk ibu mengandung. Plus, nak tambah kan lagi kandungan acid folic makanlah sayur yang popeye suka makan tu...heheh


CikguPink:aku dah rasa macam doktor pulak hahahaha

ANDA ADA VOCABULARIES YANG LAIN TAK????????

Friday, January 29, 2010

Bersedia lebih awal

Bersiap sedialah lebih awal.Betul betul betul..Mama dayu minta suggestions apa barang nak dibawake hospital.He he .Aku ni pun first time bersalin.Tak tahu apa jugak.Mujur mak aku yang banyak bantu...so, marila kita sama-sama list kan apaaa yang perlu kita bawak untuk mama and baby and also to abah baby .(abah baby pun ada jugak barang kena bawak tau hihi )..

1.Untuk mama baby
- kain batik (ibu baru habis bersalin selalunya pakai kain batik.aku ni suspen jugak nak pakai kain batik sebab tak pandai, takut terlondeh ajee hehehehe)
- socks
(biarla yang tebal dan panjang kit..aku request kat husband aku socks kale pink )
- baju (mak aku suh bawak baju yang longgar dan button kat depan dan juga berlengan panjang)
- maternity pad(menurut apa yang aku baca , ramai yg suggest jenama pureen tu bagus.Tapi adik ipar aku kata, bila kita habis aje deliver nurse akan bagi pad yg ada tali tuu..)
- buku kesihatan (penting ni.untuk references para dr dan nurse)
- kelengkapan mandi(tuala, ubat gigi,berus gigi and lain lain )
- seluar dalam, baju dalam
-minyak urut
-selipar (ni daripada sumber forum.mudah nak berjalan di dalam wad)
-al-quran, buku (untuk dibaca manalah tahu kena stay longer kat wad )

2.Untuk baby
- sarung tgn and kaki baby
- baju baby (lengan panjang and button depan.)
- seluar panjang
- lampin (mak aku kata kadang-kadang hospital minta untuk bedung baby)
- kain selimut baby(mak aku kata, bawak aje sebagai preparation.sometimes, hospital ada supply)
- alat mandian dan tuala baby
- pampers baby (belila yang newborn)

3.untuk abah baby
-camera (nak rakamkan saat saat indah.jgn lupa bataeri tu charge dulu tau)
-bahan bacaan + al quran
- makanan tambahan (gula-gula ke, oat ke, biskut ke untuk dimakan sementara menuggu isteri bersalin)

CikguPink:ok nak rehat jap...nanti ku try update lagi erk barang2nye

Tuesday, January 26, 2010

DAh nak bersalin ke?

Inilah kali pertama aku mengandung.Alhamdulillah, dapat anak kembar.Terima kasih Allah..Sekarang dah masu 35 minggu dah..Kalau orang anak sorang lazimnya dia akan deliver minggu 40.Tapi, dr kata kalau anak kembar deliver awal.Aku harap dapat deliver after 37 weeks sebab menurut apa yang aku baca paru paru baby akan matang once bila dia dah 37 weeks..

Suspen???
Tapi sekarang ni kan, aku rasa macam nak terberanak aje(mungkin tak lagi sebab aku masih lagi menekan keypad kat lap top ni hahahaa)..Serius, aku tak tahu macam mana rasanya sakit nak bersalin..Aku tekankan di sini..NAK BERSALIN.Bukan TENGAH BERSALIN.:)
So, aku pun memulakan pencarian maklumat daripada buku dan bloggers-bloggers based on their own experience..

Yang ni adalah tanda-tanda awal 2 minggu sebelum nak bersalin.Sumber di sini
1.Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan ---> ya, memang aku dapat rasakan..
2.Kerap buang air kecil -->betuii betuii..terutama sekali pabila larut malam tarakucah tarakucah.Letih ooo kadang-kadang..:)
3.Kerap terkentutu dan buang air besar -->menurut my observation, within these 2 weeks kekerapan aku membuang air besar adalah 3 kali dalam 1 hari..terkentut pulak, banyak kali..heheh

Yang ini adalah sumber-sumber dari forum.Sumber di sini dan sana
dan sinun dan buku yang aku baca.

1.Adanya contraction.(PENGECUtan otot rahim)-->Katanya, contraction tu macam rasa ssakit kena senggugut(malah lebih sakit lagi), perut akan rasa cramp semacam.Pas tu datang sekejap sekejap. sebenanya sekarang ni aku confius .Apa yang aku rasa sekarang ni adakah contraction ataupun pergerakan baby...

2.Keluar air ketuban -->air ketuban ni jernih katanya.tak ada bau..Tak macam air kencing kita yang berbau hancing.

3.sakit pada punggul -->rasa jugak sakit ni.Katanya kena la banyak berjalan.Lepas ni nak g shopping la :)

4.keluar darah kat vagina

5.sukar bernafas

Yang ni pulak sok sek dari cite orang-orang

1.kaki mulai bengkak

Sesiapa yang ada additional information or experience leh la share ngan aku ...


CikguPink:suspen betulkan

Sunday, January 24, 2010

scr...aku suka niiiiiiiiiiiiii


SCR Stroller...aku suka niii..nak beli ajeee



Arghhh suke betul aku tgk scr stroller ni. Tapi harganya boleh tahan tau...





(a) SCR1 Jogger



Cantikkan..tapi kalau aku nak beli aku tak leh beli kaler pink.Memandangkan baby aku boy, kenala warna blue.Hi hi hi.Harga : RM279.Dan, memandangkan baby aku twin, kenala beli dua.So, 279 x 2 = RM 558...waaaaa



(b) SCR5 Stroller



Yang ni smart gileee kan..Harga dia pun smart tau. Rm 439.00..So, kalau nak dua ,the price will be RM 878.



(c) Or maybe twin stroller macam kat bawah ni? Harga nya 439.00 Brand my dear.





CikguPink:Suka SCR lagiiiiiiiiii!!

Sunday, December 06, 2009

eiii takutnya strecth mark

Adakah korang tahu apakah itu stretch mark?????

Mak aku cakap stretch mark tu terjadi bila perempuan mengandung.Terjadi kerana ketegangan kulit ibu mengandung plus perubahan hormon ibu mengandung..

Recently, i feel very itchy la kat perut dan aku pun garu garu laaaa..finally, it become worst.

Dan yang menambahkan lagi "worst"nye, aku malas la nak sapu minyak ke, lotion ke..

Hari ini, timbul satu kesedaran untuk aku supaya menjaga kembali kejelitaan (auw..:p) juga kecantikan.So, i decided to buy any good product that can help me to kurangkan skit la strech marks ni..

firstly, i decide macam nak beli bio oil aje.Tapi, tadi my cousin give a good review on Almond Supple Skin Oil-Loccitane, so i decided to try this product. Plus, bila aku browse kat intenet, aku jumpa satu review yang "baik punya" kat sini

Friday, November 20, 2009

Ye...Mengandung itu Sangat Seronok

Aku sudah hampir ke fasa ketiga (3rd trimester) ..Alhamdulillah, setakat ini me and my babies dalam keadaan sihat.

Last wednesday, i went to cLinic with my husband untuk check my babies.Alhamdulillah, dr kata babies saya sihat-sihat. Dr kata its identical twin(kembar seiras)..Aku terkejut jugak sebab masa dua bulan pregnant, aku pergi ke Miri Medical Centre (sebab bleeding).The dr said my babies are non-identical twin.Tapi, masa aku gi Hospital Miri jumpa dengan Pakar kat sana, katanya "u tahu kan, ada satu uri"

Aku terkesima sikit.."How come non-identical twin got only one uri".Memandangkan aku ni cikgu sains tingkatan 4( subject science form 4 ada belajar pasal twin) jadi aku menjadi agak tertanya-tanya?So i asked my mentor kat sekolah, kak zima dan ditambah lagi dengan cikgu mizan(biology teacher)..Diorang pun pelik..Mana boleh non-identical twin ada satu uri aje...So, we refer lots of science book. Confirm, non-identical twin ada two placenta/uri but identical twin ada satu uri..So, we conclude that maybe its a miracle.We never know what ALLAH plan to us kan...


So, balik pada cerita pergi jumpa dr last wednesday.The dr said, memang satu uri.."Satu uri je ni, tengok ni panjanggg uri ni"...I looked at the screen..AKu anggukkan kepala sambil tersenyum, tapi sebenarnya aku tak berapa nak nampak urinye tu.Well, im not a doctor kan. In fact, mesin tu 2d aje..he he he..


Soalan cepu emas kepada dr adalah berkaitan dengan the sex of the babies..Heheeh BUkan ape nak buat preparation utk beli baju..Dr kata " SUsah sikit nak tengok since the machine is only 2d, tapi takpe we try to look at it ok" Then, the dr said.."its ..maybe a .......................BOY....hehehe.


No wonder la

1.aku tak suka makeup, nak facial ke nak gi spa ke. (sedangkan pergi spa tu part of my hobby tu haha)

2.Kadang2 nak iron baju pun malas.

3.Warna tudung pun ikut suka hati ajee..tak mix and match ngan baju.

4.Suka makan coklat tak suka makan benda masam2 (org kata kalau suka makan coklat anak lelaki....org kata bukan saya kata..heheh)


Tak kisahla boy atau girl yang penting my babies sihatkan...Dr suggested utk buat detail scanning next month.INsyaALLAH bulan depan saya pergi ye dr...:)



yeee seronoknye mengandungggg!!

Friday, October 23, 2009

rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan...
Lama saya tak menulis blog saya ni.Bersarang ajee.Laptop pun dah tak de.Dengan murahnya hati saya telah memberikan laptop saya kepada adik saya di uitm..(sebenarnya nak cari alasan beli laptop baru sebab laptop tu berat sangat hehehe)..

Kandungan saya dah masuk 21 minggu..kira-kira lima bulan.Alhamdulillah sekarang ni takde la nak muntah muntah.Cuma selalu backpain.Last week, masa ke klinik nurse periksa heartbeat babies..seronok bila dapat dengan heartbeat baby..Yang kelakarnya, i told the nurse that babies saya ada dua .Macam mana nak dengar lagi satu heart beat..Oooo twin ye..Kejap ye kita cari yee..Then, i can hear the second heart beat... seronoknyaa...

Barang-barang baby memang saya tak beli lagi.Tunggu cuti 16 hb november ni baru nak cari. Masa balik cuti raya tuh pun survey aje barang2 baby.Bulan 11 ni kandungan saya dah masuk 6 bulan.Jadi, kenala mula cari.Dr kata kalau kita mengandungkan anak kembar maybe bulan 7 dah kena masuk hospital. Doakan saya dan babies saya sihat ye kawan-kawan..

Sekarang ni ada rasa babies gerak-gerak.Kadang-kadang belah kiri.Kadang-kadang belah kanan.Bila kita mengandung ni, kita rasa dekat dengan ALLAH...Amin..syukur rezekiALLah..

p/s:: dapat bonus ni boleh la simpan nak beli baby stroller yang twin tu heheh

Friday, September 11, 2009

cerita mengandung

alhamdulillah..next week akan balik kampung to celebrate raya with my husband and my families. Lagi best kalau dapat balik terus...huhuhuhuhu

MORNING SICKNESS
currently, morning sickness makin menjadi jadi pulak.masa bulan 1-2 tak teruk sangat. Tapi masa kandungan masuk bulan 3-4 makin teruk pulak. Sedihnya tak dapat puasa penuh..Dr kata kalau muntah angin dan air dia suh bukak, sebab takut baby lemah. Mengandung anak kembar ni tak sama ngan anak tak kembar.

mengidam lagi?
masih mengidam lagik.tak tahu la mengidam ke ikut nafsu. Yang penting balik ni saya ada macam-macam agenda untuk my husband..
-cempedak goreng..
-makan di kenny rogers
- minum teh tarik ais kat impian maju kat bangi.

setakat ini tu aje le..tak tahu la nanti ada nak add apa apa..hihiihihi...

PERGI SCAN
-LAST tWO weeks pergi scan baby ngan husband kat an nur.Seronoknya bila dapat tengok baby.Dr kata twin yang dekat dengan rahim adalah
twin 1.Alhamdulillah semuanya ok.baby pun ok...rasa macam tak sabar nak tunggu algi 5 bulan..:)

oklah tu jela...nak g rehat jap...

Friday, August 14, 2009

mengidam

three days ago.,,,...

tinginnnn sangat nak makan jambu madu...ala yang kaler pink tuu...

pesan pada husband jumaat ni sampai aje kat airporta nak buah jammbu..
tapi kena potong panjang-panjang then letak asam serbuk tu...yang penting potong panjang-panjang..

macam macam la org mengandung ni...

Saturday, July 04, 2009

a mother to be


i know it is too early..but i am so excited...
kadang-kala saya rasa kelakar jugak.album kahwin saya tak siap pun lagi dah mengandung..hehehe namapun rezekikan.alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails