Showing posts with label Teacher oh teacher. Show all posts
Showing posts with label Teacher oh teacher. Show all posts

Monday, May 16, 2011

SayaGuru!Mari Ucap selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU..semuaaa


Selamat hari guru untuk semua guru-guru di malaysia.Tak kiralah di mana jua tempat anda mengajar, Di sekolah asrama penuh, sekolah harian biasa, sekolah menengah, maktab, tadika,pasti, universiti,kolej..hatta di rumah anda sendiri (guru mengaji dan guru tusyen) ...


Saya merupakan seorang guru sekolah menengah di selangor. Kenapa saya mahu menjadi guru.Mak saya yang suruh...Ha hahahah.Saya nak jadi ahli farmasi tapi mak saya yang suruh saya jadi guru.. :p


Acah je tu. Memang selepas keluarnya result spm, terjadi konflik dalam diri saya ni.Tak tahu nak sambung belajar dalam bidang apa..Saya minat sastera. sAYA minat sains. Arghhh.Last last mak saya kata


"ala kak, jadi cikgu je senang. Kerja pun half day."


Saya mencebikkan muka saya. Dalam hati berkata "mak cikgu, makcik cikgu, maksu cikgu, tok dulu pun cikgu, tokcik pun cikgu, tok su pun cikgu...ishhh..Kenapala mak aku tak suruh aku jadi doktor...(sebab dia tahu ko tak belajar biologi time spm dulu hahahaha)


Jadi, saya jadi cikgu sekarang ni sebab mak saya suruh ke???Ehhh tidak sama sekali...


Oleh disebabkan saya mempunyai konflik diri yang sangat tinggi ketika saya mahu memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran saya, maka saya meminta pendapat kawan-kawan.


Seorang sahabat baik saya, bernama NAZIA pernah berkata " Ko ni sesuailah izza jadi cikgu. Ko ingat tak masa pmr dulu, aku ni memang la tak pandai matematik. Salah satu sebab aku dapat B ni sebab ko ajar aku la. Ko ingat tak ko buat nota matematik tajuk bulatan kat aku. Lepas habis sekolah kau ajar aku matematik kat perpustakaan. "


Kembang jugak la saya time tu. Orang pujikan. So, at that time i decided to choose teaching as my career. Sometimes, we do not realise our own alibity until somebody tell us. Masa isi borang upu tu, kelima lima pilihan aku adalah teaching di utm. Alhamdulillah, i get the interview but...i FAILED..So, korang bayangkanlah betapa runtunnye jiwa saya kerana tak dapat masuk u, sedangkan results bagus la jugak..I hik ihik ihik


"Ketika satu pintu rezeki ditutup, dibukanya pintu rezeki yang lain" Ketika saya meraba-raba mahu belajar kemana dan dimana, saya ditawarkan mengikuti kursus persediaan utm di Kolej Mara Kulim. Ala ala matriks la jugak. Tapi setahun aje dan ia tidakla sesusah matriks. Alhamdulillah, i pass the exam with flying colours and dapat offer buat degree di utm.


MALANGNYA...oleh kerana saya terikat dengan MARA saya tidak dibenarkan mengambil kursus pendidikan. ABih nak amik ape niiiiiiiiiiiiiii? Jadi, saya telah memilih kursus FIZIK INDUSTRI.Yeee fizik industri...Yee diulangi fizik industri yang tak berapa nak best :(


Atas sebab tanggungjawab sebagai pelajar, saya belajar jugak sampailah 5 tahun di sana (extend satu tahun)..AKhirnya, keluarlah saya sebagai graduan lulusan ijazah fizik industri..Maka bermulalah pencarian mencari kerje. Yang kelakarnya, pekerjaan yang saya mohon kebanyakkannya adalah management trainee.Takan saya nak minta jadi engineer, saya rasa saya tak layakpun.Allah bagi rezeki pada saya kerana mendapat pekerjaan di sebuah kompeni penerbitan yang kecil sebagai editor. Jadi bekerjalah saya "like hell"di sana. Kenapa saya kata begitu, Kerana bos saya suka kata macam tu. "wE HAVe to make it fast,We have to rush like hell you know!"


Setelah berhenti kerja dari kampeni itu, saya diberi peluang untuk melanjutkan pjaran ke ukm dengan mengambil diploma pendidikan. Nama sayatersenarai kerana saya adalah salah satu calon yang gagal KPLI.Jadi kementerian mencalonkan nama saya untuk mengikuti kursus DPLI.Mungkin juga disebabkan saya mengambil kursus fizik semasa di utm dulu.


Jadi, di ukm la saya belajar tentang ilmu ilmu pendidikan. Walaupun ia hanya setahun, tetapi saya sangat seronok belajar di situ berbanding dengan belajar di utm..

Alhamdulillah, setelah 7 tahun akhirnya ALLAH menobatkan saya sebagai seorang guru..Terima kasih allah kerana memberikan rezeki ni ..Dan, sekarang saya menjalani pekerjaan sebagai seorang guru Sains. Semoga ALLAH sentiasa memberikan saya ilham untuk mengajar anak-anak didik saya dan tidak menjadikan saya sebagai orang yang LUPADIRI!!

Gambar kenangan semasa tahun pertama mengajar di Miri.Saya gadis yang berbaju biru.auww




Gambar semasa menjadi guru kelab kebudayaan di miri. Habis budak budak ni ajar saya tarian iban, bidayuh dan mcm mcm lagi la

Monday, January 18, 2010

Yee..Saya Suka Jadi Cikgu

Ye..memang betul aku seorang cikgu...Mengapa aku memilih profesion perguruan? because..that is my passion..barangkali ditambah dengan pengaruh keluarga di mana ibu aku seorang guru, nenekku juga seorang guru, makcik ku juga seorang guru, maksu ku juga seorang guru, toksu ku juga seorang guru, tokcik ku juga seorang guru....

Tapi pengaruh keluarga bukanlah faktor utama semata-mata.

Mula-mula aku tak mahu jadi cikgu!Masa di sekolah, aku tak berminat pun nak memilih bidang ni.Dengan eksennye aku cakap "alaaaa semua orang kat famili dah jadi cikgu.Akak nak keje lain laa.Akak nak jadi pharmacist." Bapa aku kata "Kan bagus org perempuan jadi cikgu"Aku jawab balik "ermm kalau perempuan je mesti jadi cikgu, macam la tak de keje lain"
Memang aku sangat eksen pada ketika itu...

Jadi, bila pengaruh cikgu mula menular masuk dalam kamus hidup aku?


CikguPink:Sambung sok la yeee!!

Friday, May 15, 2009

saya guru !

SELAMAT HARI GURU..untuk semua guru-guru di seanteroo dunia...

Saya sudah 1 tahun 6 bulan menjadi cikgu di sarawak.Banyak benda yang saya belajar..yang saya kena baiki dan saya kena cari..dan gali gali lagi...

MENGAPA SAYA NAK JADI CIKGU?--->Ibu saya adalah orang yang paling byk mempengaruhi saya dengan kerja saya ni.Lepas SPM sy berminat nak jadi ahli farmasi.Tapi, saya tak berapa suka duduk dekat lab.Pastu, bila saya recall balik saya memang suka mengajar.Saya igat lagi saya pernah sediakan nota matemaik untuk kawan baik saya.Tiap2 petang saya selalu stay kat library dan ajar dia.Dulu dia dapat D tapi lepas sama2 belajar dia dapat B.Overall, it is still her efforts to get good results in her math..:)

PERTAMA KALI MENJADI CIKGU?---> Selepas tamat degree, sambil mencari cari kerja saya menjadi guru sambilan di sekolah rendah di Bangi.Itulah mula-mula saya tahu betapa susahnya nak mengajar.Saya memang tabik spring dengan cikgu yang mengajar darjah satu..
Situasinya: 'Ok murid-murid, mari kita warna bunga raya ni.Ambil pensel warna merah dan warnakan bunga raya.Siapa yang kaler cantik-cantik, cikgu bagi hadiah nanti.."

Dan tiba-tiba "Cikgu, ni ke warna merah"
Sorang murid lagi "Cikgu ni ye warna merah"sambil menunjukkan pensel warna merah
Sorang lagi"Cikgu kale kat sini kan..

Cuba bayangkan kalau dalam kelas 40 orang murid darjah satu bertanyakan benda yang sama..wAAA boleh penat jugaaa.Sebab tu saya tabik spring dekat cikgu yang mengajar darjah satu.Lagi la nak mengajar murid-murid yang tak tahu abc...

PENGALAMAN MENGERIKAN JADI CIKGU?
Oh kalau sebut pengalaman paling ngeri adlah tahun ni.Tahun ni saya menjadi guru kelas tingkatan 4C..Kelas ni ramai jugak yang nakal-nakal.Dan memang digeruni oleh cikgu.Now, the challenge has begin...Mula-mula saya rasa stress, but now rasa macam dapat la jugak control kelas tuh.Yang penting, skill ygsaya dapat untuk handle kelas macam ni adalah "jgn berkeras dengan diorang sebab diorgan memang dah keras dah.Studnet kelas macam ni kena selalu diberi reward and motivation.Mereka perlu dipujuk.Pendek kata kalau mengajarkelas macam ni, bukan setakat mengajar tapi mengasuh..

Satu kejadian yang tak pernah saya lupa pada tahun ni bila berdepan dengan seorang anak murid kelas saya yang ada masalah displin.Pada hari tu, guru HEM panggil ibunya.Saya pun maklumkan la tentang kelakuan anaknya dengan cara yang paling sopan santun.Mujurla ibu nya memang faham tentang masalah anaknya tu..Tiba-tiba, belum hbis ayat anak murid saya cakap bahasa sarawak yang agak *(I)U09u0&^^(iiohuhsiubvhyv1 (korang faham2 je la).Then, terus dia tendang pintu and blah mcm tu..Waaa pucat jugak muka saya..Rasa hangin satu badan pun ada gak.Tapi kontrol ajeeeee.Last-last budak tu kena gantung..

So, lepas habis kena gnatung, dia pun balik ke sekolah.Style saya senang aje"kalau kita buat salah, kita kena minta maaf..saya sebagai cikgu pun tak malu nak minta maaf kalau saya salah..Dengan penuh arrogantnya, dia buat tak tahu pun dengan saya.Ramai juga cikgu lain meluat dengan dia(moralnya,sebagai students jgn sampai cikgu meluat dengan kamukkk)...Paling saya tak suka, dia ajar kawan dia berborak masa time mengajar..Sungguh kurengg......Kamu tahu apa saya buat?Saya suruh kawan dia duduk tempat lain dan tinggalkan dia sorang-sorang...Dan bila saya buat macam tuh, dia pun tunjuk muka samsengnyee..
Hello, cikgu tak rugi apa-apa pun kalau awak buat macam tu.And, if i dont really care for you, it means you memang bukan anak murid i.U are not smart enough..U are not come from the richest family in the world...

Kadang-kadang lucu bila few of them sendiri admit yang saya dahtak peduli kat dia "Cikgu, cikgu saya kita semua kan tapi ada sorang cikgu tidak sayang kan...
Blurpsss..Bukan tak sayang laaa tapi bila he is too much......Now, dia pindah ke sekolah lain sebab kata ibunya "Environment sekolah ni tak sesuai lagu untuk dia" Ermm tak sesuai ke?apa apa aje leeeee...

--->SAMBUNG NANTI..letih menaip.nak maingame saloon jap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails