Showing posts with label MYdiary. Show all posts
Showing posts with label MYdiary. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Gila

Sudah lama aku tinggalkan blog aku ini. Terasa rindu.
Kadang-kadang tak sangka yang aku ni gila menulis. Bila dah "matang' ni, aku rasa macam tah pah ape je aku tulis...Tapi aku tetap rindu.. Inila blog aku time aku GILA dulu..

Sekarang, aku tidaklagi GILA blogging. Bila hidup kamu sudah dianjakkan ke satu fasa kedewasaan, fikiran kamu sudah lain. Jangan la risau, orang semua akan matang..Jadi , sekarang aku sedang mengalami fasa kematangan orang dewasa. Sebab tu bila aku baca balik tulisan aku dalam blog ni aku jadi macam malu pulak..He he he..

Sukarnya mengucapkan selamat tinggal pada blog kesayangku ini. Oh, mana mungkin aku ucapkan selamat tinggal pada blog aku ni. Aku akan terus menulis di sini. Mencertiakan kisah kisah parenting aku di sini..Sebenarnya, aku ada blog baru yang aku create. Tapi aku dah delete dah. Boring pulak rasanya. Biarla aku tulis je kat blog ini..


Jadi, welcome back nuuolcinderella.blogspot.com ( gelak pulak dengan url blog aku ni) ! :)

Saturday, October 16, 2010

17.10.1982

"Today is my birthday..yeeee"

Ya hari ini hari jadi saya.17 Oktober ..Tapi saya kurang teruja.Tidak seperti kecil kecil dahulu. Mungkin saya sudah mengalami fasa "tua"..oh tidak...

(gambar ketika kecil kecil dahulu. Ohh sungguh comel.Kalaula sekarang secomel ini :)

Saya sudah pun berusia 28 tahun. Masih muda lagi kan.Tapi lama lama kita akan makin tua kan. Jadi, apalah sangat umur kita pada angka tu..Saya teruja melihat orang yang sudah berumur 40 an tetapi figure dan mukanya masih seperti umur 20an.Ada ke orang di luar sana begitu?


Oh ya, kalau yang memakai susuk ataupun mencucuk botox tidak sesekali di ambil kira k.



Sempena birthday saya untuk tahun ini, saya nak tujukan ucapan terima kasih tak terhingga untuk mama saya iaitu pn rasita bt shafie. Orang yang telah menggendong saya dalam rahimnya selama 9 bulan, melayan karenah saya semasa kecil, mendidik saya menjadi anak berguna dan sholehah, menjaga hati saya walaupun kadang kala hatinya yang terluka....dan mendoakan saya senantiasa hingga hidup saya sangat senang :)




Selamat hari jadi yang ke 28

Wednesday, November 26, 2008

I-M leaving Miri on a RED plane...


Yahooooo.malam ni saya naik kapal merah.Bestnyee.Saya dah tak sabar nak pulang ke bangi.Agaknya, sapa kapten yang bwk kapal merah hari ni.Saya suka kapten chandran..:)

sEBelum balik, saya kena selesaikan tugas saya sebagai pengawas.Ada dua paper lagi pagi and petang ni.After that, semua science students enjoy.Mungkinkah akan disambut dengan telur dan tepung..(masa kat sekolah dulu, saya celebrate ngan tepung)


Malam semalam, lepas aje balik dari makan kat Siamese Restaurant terus saya pack barang-barang.Banyak jugak barangku ini.Macam tak nak balik Miri tahun depan..hahahaha.Jangan gitu, ramai anak anak murid di sini masih memerlukan jasamu Nunu...





Kawan-kawan pun dah tak sabar nak balik ke kampung halaman masing-masing.Susah hidup di perantauan ni.(chewahh macam aku merantau jauh ajeee).Teacher yani and teacher rin dah terlalu excited to meet orang-orang kampung.hi hi hi.Teacher nunu pun...

Saya dah terlalu rindukan mereka-mereka ini.

--->ibu dan ayah.Adik-adik dan tok.
--->Kawan-kawanku/Wildcat geng
--->Ehem ehem..
--->KLCC,MIDVAlley,WartaBangi,OneUtama(ada sale kan..sile jawab kalau anda tahu hehe)

Apa yang saya nak buat balik bangi nanti?
--->teh tarik and roticanai at mamak stall...aaa ngidam ni
--->Belanja famili makan
--->Shopping
--->Dating..ehek ehek

Thursday, October 30, 2008

AWAN....tu tinggi sangat kannn...


Dulu, masa saya kecil-kecil...teringin betul saya nak naik atas awan. Tapi awan tinggi sangat..

Masih ingat dragon ball dengan awan terbangnya..ohh itulah idaman saya.Walaupun masa tu, saya sudah pun bergelar remaja..Seronoknya saya kalau saya dapat awan terbang tu.Saya teringin nak naik atas awan. bILA Saya dapat naik atas awan, saya nak bina rumah atas awan.Pastu, saya boleh lompat lompat dari satu awan ke satu awan.Tingginya saya masa tuuu..

Sekarang, impian saya nak naik atas awan dah tercapai walaupun sy tak mampu nak bina rumah atas awan(mimpi je la mek!).Masa kecil dulu, saya teringin naik atas awan tapi tak mampu.BIla umur dah 26 tahun ni, barulah saya dpt naik atas awan. Nasib baiklah ada kapal merah yang boleh bawak saya naik atas awan. Kalau tak,tak mampu rasanya....

Sekarang, kapal merah la yang bawak saya dari bangi ke miri, dari miri ke bangi..Manala boleh saya naik tongkang nak bawak saya dari bangi ke miri..Terimakasih kapal merah..
Cuba teka..apa itu kapal merah??????
Nota tambahan::WElcome to kak lina..new blogger..Selamat datang ke dunia blogging:P

Monday, March 19, 2007

*KUAT!*

Aku sellalu ingin menjadi seorang yang sangat kuat tapi tidaklah seperti batman mahupun superman yang mampu angkat bangunan tinggi-tinggi.Ataupun seperti ultraman yang mampu berlawan dengan raksasksa…Cukuplah aku kuat menjadi diri aku sendiri..nurul izza…(sedap tak nama aku?huhu)

Bila mana aku merasa kecewa dalam impian aku, aku rasa disitulah kekuatan aku.Aku tak suka orang melihat aku orang yang tak kuat.Biar mereka melihat aku kuat..kuat sebagai johan…

Bila aku merasa diri aku kuat, aku akan jadi hebat.Tapi aku tak mahu sehebat Siti nurhaliza mahupun mawi.Apalagi sehebat mahathir tak pun Anwar..CUkuplah aku hebat menjadi diri aku…

Suatu masa bila aku ditinggalkan, aku bertambah kuat..Tak mengapalah aku ditingglakan kerana aku masih ada orang mak, abah dan adik- adik..Mereka tak pernah tinggalkan aku.Biar buruk dan biar papa sekali aku, mereka takkan tinggalkan aku. Kerana itu, aku takut aku tak mampu untuk menjadi kuat andai satu hari nanti mereka akan tinggalkan aku.Aku juga takut jika aku dihantar posting ke sabah Sarawak kerana aku akan meniggalkan mereka..Terlalu berat rasa di hati..Tapi, aku kena kuat..Kuat untuk berkorban..

Pernah juga satu masa impian untuk ke universiti terkubur.Setelah berusaha bersungguh-sungguh aku tak mampu nak melangkah masuk ke universiti.Merata-rata aku pergi.Mendaftar di stpm, ke polisas dan akhirnya setelah menanti selama stahun, aku masuk juga ke universiti.Ini semua kerana aku kuat.Kuat untuk bersabar dan redha..

Kadang-kadang aku selalu berfikir, selama mana aku boleh menjadi kuat.Mungkin satu masa aku akan kecundang jugak kan.Doakan aku ye kawan-kawan agar aku selalu kuat...

p/s:'harap-harap aku masih lagi kuat menunggu putera katak aku" ---->wahh jiwnag uwekkkk":p huhuhu

Monday, March 05, 2007

*duNia Baru*

Inilah DUNIA BARU AKU

Setelah 9 bulan (ehh cukup anak sowang ..ha ha ha) aku tingggalkan alam study, sekarang aku back to the past..he hehe.Inilah dunia baru aku kawan-kawan. Setelah penat (penat ke??)aku bekerja sebagai guru sandaran dan writer, tibalah masa aku mengasah kembali otak aku yang dah separuh berkarat nie...He he he..
Tiga minggu lepas, aku dapat panggilan interview utk mengikuti kursus diploma pendidikan bawah tajaan kementerian pelajaran tinggi dan pelajaran malaysia.Kalau sesiapa yang selalu baca cerita tentang aku, mesti korang tahu betapa tinggi cita=cita aku nak jadi cikgu. Application aku untuk jadi cikgu banyak kali direject.5 tahun aku menuggu nak jadi cikgu. Lepas SPM pun aku mintak pendidikan di utm, tapi gagal.Habis belajar di UTM, mintak KPLI pun tak dapat.Tapi aku tak penah putus asa.Pesan abah selalu di hati. "Kita boleh menangis kerana ktia gagal dapat apa kita hajatkan, tapi jangan sesekali ktia berputus asa".

Alhamdulillah, akhirnya ALLAH bukakan pintu rezeki untuk aku menjadi guru.Pekerjaan inilah yang memberikan kepuasan pada aku. Dan, aku tahu kelebihan aku adalah dalam bidang ini.Sekarang aku merupakan pelajar Diploma pendidikan di UKM(major fizik minor math) selama setahun.InsyaALLAH, tahun depan aku akan menjadi guru yang tetap..

Mesti bawak air .. my organizer..lambakan assigment di sini!

inhaler asthma.only for emergency!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails