Monday, March 19, 2007

*KUAT!*

Aku sellalu ingin menjadi seorang yang sangat kuat tapi tidaklah seperti batman mahupun superman yang mampu angkat bangunan tinggi-tinggi.Ataupun seperti ultraman yang mampu berlawan dengan raksasksa…Cukuplah aku kuat menjadi diri aku sendiri..nurul izza…(sedap tak nama aku?huhu)

Bila mana aku merasa kecewa dalam impian aku, aku rasa disitulah kekuatan aku.Aku tak suka orang melihat aku orang yang tak kuat.Biar mereka melihat aku kuat..kuat sebagai johan…

Bila aku merasa diri aku kuat, aku akan jadi hebat.Tapi aku tak mahu sehebat Siti nurhaliza mahupun mawi.Apalagi sehebat mahathir tak pun Anwar..CUkuplah aku hebat menjadi diri aku…

Suatu masa bila aku ditinggalkan, aku bertambah kuat..Tak mengapalah aku ditingglakan kerana aku masih ada orang mak, abah dan adik- adik..Mereka tak pernah tinggalkan aku.Biar buruk dan biar papa sekali aku, mereka takkan tinggalkan aku. Kerana itu, aku takut aku tak mampu untuk menjadi kuat andai satu hari nanti mereka akan tinggalkan aku.Aku juga takut jika aku dihantar posting ke sabah Sarawak kerana aku akan meniggalkan mereka..Terlalu berat rasa di hati..Tapi, aku kena kuat..Kuat untuk berkorban..

Pernah juga satu masa impian untuk ke universiti terkubur.Setelah berusaha bersungguh-sungguh aku tak mampu nak melangkah masuk ke universiti.Merata-rata aku pergi.Mendaftar di stpm, ke polisas dan akhirnya setelah menanti selama stahun, aku masuk juga ke universiti.Ini semua kerana aku kuat.Kuat untuk bersabar dan redha..

Kadang-kadang aku selalu berfikir, selama mana aku boleh menjadi kuat.Mungkin satu masa aku akan kecundang jugak kan.Doakan aku ye kawan-kawan agar aku selalu kuat...

p/s:'harap-harap aku masih lagi kuat menunggu putera katak aku" ---->wahh jiwnag uwekkkk":p huhuhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails