Monday, March 05, 2007

*duNia Baru*

Inilah DUNIA BARU AKU

Setelah 9 bulan (ehh cukup anak sowang ..ha ha ha) aku tingggalkan alam study, sekarang aku back to the past..he hehe.Inilah dunia baru aku kawan-kawan. Setelah penat (penat ke??)aku bekerja sebagai guru sandaran dan writer, tibalah masa aku mengasah kembali otak aku yang dah separuh berkarat nie...He he he..
Tiga minggu lepas, aku dapat panggilan interview utk mengikuti kursus diploma pendidikan bawah tajaan kementerian pelajaran tinggi dan pelajaran malaysia.Kalau sesiapa yang selalu baca cerita tentang aku, mesti korang tahu betapa tinggi cita=cita aku nak jadi cikgu. Application aku untuk jadi cikgu banyak kali direject.5 tahun aku menuggu nak jadi cikgu. Lepas SPM pun aku mintak pendidikan di utm, tapi gagal.Habis belajar di UTM, mintak KPLI pun tak dapat.Tapi aku tak penah putus asa.Pesan abah selalu di hati. "Kita boleh menangis kerana ktia gagal dapat apa kita hajatkan, tapi jangan sesekali ktia berputus asa".

Alhamdulillah, akhirnya ALLAH bukakan pintu rezeki untuk aku menjadi guru.Pekerjaan inilah yang memberikan kepuasan pada aku. Dan, aku tahu kelebihan aku adalah dalam bidang ini.Sekarang aku merupakan pelajar Diploma pendidikan di UKM(major fizik minor math) selama setahun.InsyaALLAH, tahun depan aku akan menjadi guru yang tetap..

Mesti bawak air .. my organizer..lambakan assigment di sini!

inhaler asthma.only for emergency!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails