Friday, March 16, 2007

AKU BUKAN MATA DUITAN!

Sebelum saya ceritakan dengan lanjut, saya nak jelaskan yang apa yang saya tulis ini mungkin agak keterlaluan sebab saya memang tengah GERAM!
Dua hari lepas, semua student Diploma Pendidikan kena dengar taklimat tentang elaun dengan Kementeian Pelajaran Malaysia. Orang yang bagi taklimat adalah salah seorang lecture kat Ukm.Aku bukan tak hormat "dia"(referring to the lecture) cuma cara dia menegur dan membuat tuduhan ke atas orang macam kami amat amat menyakitkan dan menyedihkan!!Lalu, dengan tiba-tiba aku menduga kredibiliti dia sebagai seorang pendidik.
"Macam mana la boleh jadi lecture nie?" aku ngomel ngomel dalam hati..
Aku duduk diam sambil tangan pegang pen untuk menulis benda-benda yang penting. Entah tiba-tiba telinga aku ni panassss sangat...
"Awak ni semua mata duitan nie.Yang smua mintak jadi cikgu ni semua bukan nak jadi cikgu.Semua mata duitan. Senangkan jadi cikgu, gaji dah banyak.Kerja secure blaa blaaa"
Selang 10 minit lagi...
"Kamu ni datang taklimat ni bukan nak dengar pun kan cara-cara isi form perjanjian ni.Kamu nak dengar pasal elaun aje kan.Mata duitan kamu semua ni.."
Lagi beberapa minit kemudian...
"Saya nak kamu isi form tu betul-betul dan hantar khamis ni.Saya tahu awak dantang sini pasal nak denganr pasal elaun aje kan.Ylah kamu kan mata duitan..."
SHUT UP!!!Aku rasa tuduhan ni betul betul melampau.Mungkin ada yang tidak mahu menjadi guru. Tapi, rata-rata smua kawan-kawan aku bersemangat nak belajar utk menjadi guru.Kami tanya pasal elaun bukannye sebab kami mata duitan.Pikirlah sama setengah dari kami ada anak untuk dit anggung.Kami juga kesian dengan mak ayah kami.Kami pun dah tebal muka nak minta duit.
Ada setengah dari kami terpaksa bagi notis 24 jam utnk berhenti kerja semata-mata nak masuk program ni.Ada juga yang gaji satu bulan kena potong.Malah ada yang kena bayar balik kerana notis tak cukup sebulan.Kalau kami mata duitan , kami tak pergila kursus nie..!!
Salah ke kalau kami bertanyakan tentang hak kami.Tentang elaun kami yang memang dah dijanjikan.Itukan hak kami.Kami cuma bertanyakan prosedurnya.Itu pun dah menuduh mata duitan.Habis tu, awak kerja, awak dapat gaji, awak mata duitan la.Entah entah awak pun pernah marah sebab tak dapat bonus hujung tahun, Jadi awak pun mata duitan la kan..
Kepada dia (lecture tuh) kami dah nekad akan tunjukkan yang kami bukan main-main atau buat kerja sekadar nak lepaskan batuk ditangga. Mentanglah kami cikgu segera kamu ingat kami tak ada keinginan utk jadi guru.Suatu hari nanti baru kamu tahu langit itu tinggi atau rendah...
Moralnya:Jangan membuat tuduhan melulu hanya kerana kami ni cikgu mee segera.Masa nanti akan membuktikan ....
P/S:Kami is referring tu aku dan kawan-kawan yang mmang mahu ,nak jadi cikgu dan pernah berkali-kali direject utk jadi cikgu.Yang hanya jadi cikgu sebab kerjanye secure, not in that kami list k!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails