Saturday, April 28, 2007

*Hati ini bukan untukMU*


Cikgu nurul cite pasal bola..dan MUng

Semua orang tahu aku menci MUng..MEncii mencii.Sebelum adik aku tekan channel empat, kitaorang layan dulu bola.Satu channel chelsea lawan bolton, dan satu channel lagi MUng lawan Everton.Apa pasal la Everton ni tak leh betahan sampai habis..Ishh spoil mood aku nak kutuk member2 MU...aaaarghh makin riak aaa diornggg.Mencii mencii..

From http://www.premierleague.com/

.........But it was another 'old boy' who came up with the devastating blow - Wayne Rooney(ko tak nak join arsenal keee brother) clinching victory with his 23rd goal of the season 12 minutes from time before substitute Chris Eagles finished Everton off in injury-time


*a great or inspire or best teacher?*

Siap sudah asssignmnet module teaching aku.Puas aku create supaya module and lesson plan aku menarik dan kreatif.Gambar bawah ni adalah muka depan module aku.Tajuk module aku biodiversity..:)Ok tak?





"It takes times to be a good teacher.Teaching is like a process.Everyday you will learn something to enhanced yourself."

Sejak aku belajar Diploma Pendidikan, banyak ilmu aku dapat.Rupanya jadi cikgu ni bukan setakat mengajar dan menulis di papan hijau (tapi sekarang banyak sekolah guna papan putih:).
Bukan juga setakat mahu anak-anak murid lulus dalam peperiksaan tapi lebih dari itu. Mengajar dan mendidik manusia menjadi manusia yang benar benar manusia..


The best teachers teach from the heart, not from the book.

Lecture aku pesan, "A teacher must have a passion to be a teacher.If not, you are going to spoil your students.Jangan main-main untuk jd cikgu.Kalau awak ajar salah, sampai ke sudah anak murid akan guna ilmu yang salah tuh..."

P/S:You don't have to be great to start, but you have to start to be great.

Friday, April 27, 2007

bukan seorang ustazah:)

1.Cikgu Nurul cite tentang sate..



Serononknye member2 msjbox g makan sate.Memang cadang nak ikut.Dah plan pun lepas camping ni nak join gathering.Rupa-rupanya ada lagi agenda yang paling penting yang mesti dilangsaikan.(bukan dating yeee.arap maaf :p)..tak mengapakan, panjang umur kita leh jumpe lagi.Kepada kawan-kawan yang makan sate tu...saje nak bagi tahu nie..
Jika anda makan satay, jangan pulalupa timunnya, sebabnya memakansatay bersama karbon yang terhasilselepas pembakaran akan mendatangkankesan karsinogen! Apa bendanyakarsinogen tu? (Ianya ialah suatukeadaanyang menyebabkan barah). Timun pulaadalah anti-karsinogen.

2.Cikgu Nurul cite tentang muhasabah diri

Lazimnya, hari hari yang kita lalui ni macam serupa je seperti biasa. Tapi, kalau kita selalu muhasabah diri kita, pasti kita akan rasa hari hari yang kita lalui itu adalah bukan hari biasa. Sudah lama saya tak muhasabah diri.Sibuk dengan assignment, sibuk dengan waktu bersama kawan-kawan, sibuk dengan Akademi Fantasialah....pendek kata sibuk sesangatlaa!!Sibuk itu juga buat saya jarang-jarang membaca Al-quran, jarang-jarang sembahyang jemaah, jarang-jarang membaca buku agama, dan jarang-jarang memuhasabahkan diri saya...

Saya fikir "mengapa saya hidup? dan untuk apa saya hidup?

Saya teringat pesan ustaz sewaktu belajar di Kolej Mara Kulim "Nak masuk syurga ni senang ajee.Buat baik, ikut suruhan ALLAH, ikut nasihat ibuayah..pasti akan kesyurga.Nak masuk neraka lagi senang.Sebab lazimnya, kita manusia ni suka buat benda yang tak baik.Bila kita buat sekali benda yang tak baik, kita cenderung nak buat lagi dan lagi.."

Kita ni manusia biasa.Iman kita selalu berubah.Kejap ok, kejap ko.Kejap baik, kejap tak baik.Kejap 10% kejap lagi 50 % .Kadang-kadang turun 0.25%..

Memang la kita ini manusia biasa.Jiwanya senang dinafsukan dengan nafsu-nafsu jahat.Menyedari hakikat diri yang hanya manusia biasa, maka kita peliharalah iman dan takwa kita dengan memuhasabahkan diri kita....:)

P/S:Macam ustazah tak bertauliah aje aku ni..Sekdar mengingatkan diri aku yang hampir terlupa dan semakin terleka..

Wednesday, April 25, 2007

*Kisah rentung 1*

Sejak balik dari camping, ada suatu perubahan yang drastik melanda diriaku..iaitu..MUKAKU SUDAH RENTUNG.hA HA HA..bIASalah kan.Nama pun camping.Hari hari kena jemur..Jadi, saya mulakan kisah rentung saya yang pertama...
Aku bertolak dari ukm pada malam Selasa, 17.04.07.Jadi, malam tu tidur la dalam bas.Pagi rabu baru la kami sampai ke jeti lumut.Pukul 8 pagi, ambil bot ke Pangkor.Dah lama jugak tak naik bot.Seronok tengok kampung nelayan kat sana.Dalam bot kami nyanyi lagu "kami guru malaysia" sajee sajee nak menghiburkan hati...


Kampung nelayan


Dengan Dr Arbaat dan Dr Ramlee

Ha ha tiba tiba ada satu gambar candid la.Ape la kawan aku tengah buat ni.Cari uban agaknye :)

Dalam banyak-banyak aktiviti kat Rimba Camp, ada tiga aktiviti yang aku rasa agak mencabar. First, abseiling, then explorasi pulau dan last skali nite camp(burung hantu)

ABSEILING ..ni fist time aku wat abseiling.Aku pernah buat flying fox masa join PALAPES UTM dulu.Memang mencabar sebab tmpt tu agak curaam.KIra-kira 10 meter.Sayang tul aku tak dapat nak ambil gambar bukit tu nak tunjuk kat korang.Tunggu gambar fakulti nanti.Dekat tiga kali aku jatuh tersadung.Samapi sekarang kaki aku bengkak.Tapi, akupuas dapat buat.Selama ni aku sangka aku takkan buat langsung abseiling.Nanti bolehla aku cite kat anak murid kepuasan abseiling.Kepuasan abseiling adalah bila kita dapat atasi rasa takut kita..Rasa nak buat lagi lepas dah faham skill dia..:p
p/s::aku jatuh sampai terkoyak lengan baju aku..kesian...

Saturday, April 21, 2007

*EXHAUSTED*


I JUST CAME BACK FROM PANGKOR

I AM TOO TIRED...

NEED TO GET FULL OF REST.. BEFORE MY NEW CLASS START(tHIS MOnday)

WILL UPDATE as soon as possible .ehekssss

one more !!!

i lost my wallet...including my ic, my lisence and money(20 hinggit je tapi duitgak!).UWaaaaaaaaaaaaaaaa mencii laaa

HUPDATE!!
Sudah lama tak update the entry since pulang dari camping.Sebenarnya, saya perlu siapkan 4 assignment yang agak sukar.Jadi, idea nak menulis tu terbengkalai sebab otak dah penat berfikir nak siapkan assignment. Assignment masih on the way.Cuma dah tinggal skit je lagi untuk final touch up.He he..

Tuesday, April 17, 2007

*off laaa :p*

P/S:KADANG-KADANG kita perlu stop memblogging :p

Sunday, April 15, 2007

*saya dan camping*


Hari ni nak cerita tentang betapa excitednya nak p camping.Dah lama tak camping.Last camping, tiga tahun lepas masa masuk PalapesLaut kat UTM.
Aku dah dipilih menjadi AJK perlaksana.(Tgk Tag aku tuh).Dan...pengacara malam kebudayaan yang bertemakan Hawai..Tadi, puasla aku pergi mencari baju.Gelang tu dibeli atas request seorang member.Jadi pengacara kan, kenala jaga style(nanti aku nak suh Astro amik aku ganti AZnil...hahahhaha).

Macam-macam persiapan kena buat utnuk camping kali ni.Dan, time time masa ni jugaklah kasut sukan aku rosak.Jadi, belilah aku kasut sukan yang baru..

Nasib baik beg yang lama masih elok lagi.Ada banyak lagi barang, kasut abseiling, baju ujan, camera, plastik, pinggan,mangkuk........ermm so je la pack...
Aktiviti yang paling aku takut:Abseiling ngan waterconfident.Aku takut abseiling sebab aku tak penah buat, dan waterconfident..sebab aku fobia sebab penah lemas...Ermm tak nak buat pun kena buat juga...
Lagi satu aktiviti mencabar, nite camping..Tidor dalam hutan..Arghhhhh takutttt
Selamat berCAMPING utk diri sendiri...

*saya adalah saya..part 1*

Pstt.pstt meh sini sat.He he..tetibe aje terasa macam nak cerita tentang diri sendiri kat blog sendiri.Yelah, takkan aku nak cite pasal diriku kat blog korang kan...Tak salahkan.Lagipun kata orang tak kenal maka tak cinta.AIppp bukan nak suh korang jatuh cinta ngan aku ;)...
Setiap tahun, aku terasa aku semakin tua dan membesar sihat bagai johan.Ha ha.selepas aku putus *%^$#, memang naik badan juga dibuatnye.Asal tensen aku makan.Jadi sekarang, aku sedang memasang misi utk menguruskan badan aku..Tungguuu:p


Aku lahir bulan splohhh.Kat kat ngan deepavali..Ha ha.Orang kata org libra ni romantik.Auwww.romantik ke i ni?Ada la skit skit kot...:D.Lahir di ibukota cinta , key ell.Aku membesar di kampung baru, rumah yang ayahku sewa.Kemudian, masa darjah satu, kami satu keluarga berpindah ke Kuartes kerajaan di JalanPeel, KL.

Terus terang, aku bukan budak pandai.Aku agak slow di skool dulu.Masa sek rendah di S.K.Jalan Pasar(korang jgn gelak!), aku pernah dapat no second last..dari belakang.Finally, tercampak aku di kelas hujung sekali.Masa darjah lima, aku kena masuk bilik penolong kanan sebab tak siapkan homework matematik.Aku memang benci matematik.Tak suka!!!Hari=hari aku akan buat latihan karangan.Kononnya, nak jadi penulis macam Usman Awang dan Allahyarham Othman puteh....(poyo pulak rasanyer)

Seterusnya, aku besekolah di Sek.Men.Putrijaya sampai form2.Masa ni adalah zaman kegemilangan aku.Aku dilantik menjadi ketua kelas , pustakawan dan...mendapat ANugerah Puteri Berilmu..Tetapi, Aku masih tak pandai matematik.....

Masa form 3, aku pindah ke bangi.Jadilah aku warga bangirians untill now.I love this place.Kalu boleh aku nak bakal suami aku beli uamh kat sini.ha ha ha....Ketika inilah berlaku suatu miracles dalam hidup aku.Aku telah membeli dua buku latihan matematik.Masa cuti sekolah, aku habiuskan semua latihan matematik.Aku belajar sendiri matemaik sampai aku paham.Nak tahu mengapa aku belajar matematik? Sebab aku nak challenge budak lelaki dalam kelas aku...:).Akhirnya, pandaila aku dalam matematik... sampai sekarang:D

Kecik-kecik dah pandai posing2..sib baik jadi cikgu bukan jadi mode :p


Masuk koir sekolah kat sek.rendah.Ada potensi nak masuk AF nanti.Cube teka mana aku?

* MAGGI...yang cepat dan sedap dan mudah!*


Rata-rata antara kita mesti pernah makan maggi kan.Aku pernah jadi HANTU MAGGI.Tapi, setelah aku mendapat penyakit, aku kurangkan makan maggi.Maggi dan student adalah satu gandingan yang aamat ngam.Apatah lagi sebelum pinjaman/biasisiwa masuk..Maggilah makanan yang paling mengenyangkan bagi students.
Macam-macam teori yang aku dengan tentang keburukan maggi nie.Ada yang kata maggi ni boleh buat kita bodoh.Pernah seorang kawan aku kata:
"Alaa tu haa budak-budak overseas tu duk asik makan maggi ajeee.Pandai gak diorang."
Ada juga yang membuat analisa kesihatan lagi
"Ko tahu tak, kalu ko makan maggi tiga hari berturut-turut, usus ko akan kotor...Akan ada satu bakteria yang memusnahkan perut ko"
Ada lagi yang menambah
"Maggi ni haram.Bila benda yang memudaratkan kesihatan ni akan jatuh haram tau.Macam rokok jugak..."
Ada lagi yang tambahan.
"Tahu tak kat maggi tu ada lemak babi.Aku baca kat intenet hari tu...

Finally, aku buat conclusion..MAKAN NASI LAGI BAIK PADA MAKAN MAGGI!

Friday, April 13, 2007

*betul ke org lelaki sekarang kurang pandai?*


opss to those guys so sorry about this article.Jangan cepat melenting.Bukankah org lelaki ni rasional.Tak seperti orang perempuan yang lebih emosional..Sebenarnye, topik ni dibincangkan di kelas physology in education tempoh hari. Persoalan yang dpersoalkan adalah, mengapa student lelaki kurang cemerlang daripada student perempuan.Is it because IQ diorang dah makin low?I dun think so.

There is no fact saying that man are clever than woman.Or woman are clever than man.I think it depends on our attitude..our performance in studies..and also behaviour.Persoalan tentang kemunduran pelajar lelaki dalam akademik bukan aje kat Malasia tapi boleh dikatakan seluruh dunia.The points is why?


This is my opinions.Klau kita tgk education system hampir seluruh negara menekanakan peperiksaan.Ini bermakna, pencapaian pelajar itu ditentukan oleh peperikasaan akhir,ataupun peperikasaan yang besar seperti UPSR,PMR,SPM dan STPM.Kita tidak mengkaji performance pelajar dari awal mula pembelajaran sampai tamat pembelajaran.Sebaliknya performance pelajar dinilai dari peperikasaan yang dijalankan.Kalau markah teruk, kita anggap pelajar tak belajar...
Pada saya, sistem eperiksaan nilah yang menyebabkan pelajar perempuan lebih ke hadapan.Sistem peperikasaan begini memerlukan banyak pembacaan dan kerajinan menghafal, membuat latihan dan membuat nota.Kerana itulah, pelajar perempuan lebih cemerlang dan lebih kehadapan jika dibandingkan pelajar lelaki.Tanyalah pada mana-mana pelajar lelaki.Adakah mereka suka membuat nota?Sya jamin mungkin 30 % sahaja.


Penghafalan, pembacaan dan kerajinan bukan style orang lelaki.Mereka belajar dari pemerhatian selalunya.Kerana itulah, ada segelintar orang lelaki yang tidak berapa rajin tapi pandai.SeKali diajar terus masuk.Mungkin dari segi physical yg menyatakna org lelaki lebih byk menggunakan otak kiri dari perempuan yang menguatkan fakta yang org lelaki tak perlu rajin belajar sebab dah pandai..Benarkah fakta ni?Saya akan mengkaji lagi selepas saya pulang dari camping..

tak tahu nak letak tajuk apa?


Kalau jari kita luka, kita balut dengan plaster...
Kalau hati kita luka, kita nak balut dengan apa yeee??

Kalau tangan kita patah, kita simenkan tangan kita...
Kalau hati kita patah, kita nak buat apa yeee??

Tulisan tambahan:Haiii barang yang lepas usahlah dikenang.Memang tidak langsung aku kenang.Aku terlalu sibuk dengan hidup aku.!!

Wednesday, April 11, 2007

*bila bulan datang lalu mengambang:p*

Sejak minggu ni, macam-macam komen dan kritikan yang aku terima daripada rakan-rakan sekuliah aku..Aku terima sahaja dengan hati yang terbuka:)

"Izza tak cukup tidur ke.Akak tenngok izza macam penat aje"kata kak sali
"Asal hang asyik minum teh ais ajeee ...?nanti asma kang"kata kawan aku yang lain
"Pucat je aku tengokmuke ko nie.Kot ye pun exam takkan macam ni kot?" lagi kritikan dari sahabat yang lain
"Ni exam exam pun takkan diet kot.Makan ah nasi.Kang mana ada tenaga"dari ibuku pula.Juga tak mahu terlepas menjadi pengkritik
"WAhhh ni mesti stay up ni.Mata pun dah naik lebam.Mesti boleh jawab ni exam"pujian bercampur kritikan dari kawan aku...

Sebenarnye...ini semua akan bisa terjadi..bila bulan datang mengambang...wakakakaakka(kalu korang tak paham..sudah maleh nak terangkan :p)

Monday, April 09, 2007

*aku goreng sampai hangit!*

hai korang..ape kabar korang semua.harap korang smua sehat, senyum selalu yeee.Hari ni hari kedua aku exam.Yahooo ada lagi 4 paper nak jalan.Exam tadi memang memenatkan pala otak.Mana taknye nama subjek pun "CRITICAL THINKING" .Tah ape lah tah yang aku merepek..


Yang sedih tu. aku dah study tapi bila recall balik time exam aku lupa...Mesti aku banyak dosa ni:((
Lecture aku pesan"awak tulis la apa apa pun kat ketas soalan tu.Goreng ajeee"

Prof, saya dah puas goreng ni prof...Sampai dah hangit dah.eNtah betul ntah tidak jawapannye saya pun tak tahu.Tapi, mesti ada markah kesian sebab penat menulis...ahahahhahaha

Sunday, April 08, 2007

rokok oh rokok



KUALA LUMPUR 8 April – Cadangan cukai jualan rokok dinaikkan lebih tinggi supaya harga rokok di pasaran menjadi lebih mahal tidak akan memberi sebarang kesan selagi orang ramai tidak mengambil inisiatif untuk berhenti merokok.Sebaliknya, langkah tersebut dilihat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mendatangkan masalah lebih besar seperti penyeludupan rokok dari luar negara secara berleluasa.Dua buah persatuan pengguna semalam supaya kerajaan mengenakan cukai jualan yang lebih tinggi supaya sekotak rokok 20 batang yang dijual di negara ini berharga sekurang-kurangnya RM10.

My comment: Tak habis habis lagi erk.Aku rasa bagus gak naikkan harga rokok ni.Cuma, masalahnye kempen naikkan harga rokok ni tak berkesan la.
Mula-mula, kita sekat iklan rokok.Tapi orang still hisap rokok..
Lepas tu, kita naikkan harga rokok...Tapi orang still beli rokok..
Sekarang ni nak naik lagi harga rokok..Aku rasa orang akan lagi beli..
Benda dah ketagih, susah nak buang.Sebab tu jangan mule.Kalu dah mule nak patah balik kan dah susah.

Agaknya, apa cara yang sesuai nak benti rokok..Macam ni kot...

Pastiu nanti lama=lama jadi la macam nie...


p/s:manyak plak cikgu membebel he he he

*lately and recently*

Lately, i am totally so busy busy.mY FINAL exam start tomorrow till this saturday.Non-stoop..Then, i have to finish another four assignments.On 17.4.2007 i will be going to Pangkor..Yahoooo ada camping kat sana.21.4.2007 baru balik bangi.And, suprisingly, on 23.4.2007 my new semester begin.Kelaka kan..tak de cuti langsung....


Lately, i-m cant spend much time kat my blog. I have another big task to complete ..that it is more important than my blog. Whatever it is, i will not stop blogging...the only way that i can express my feeling for free..aiyaa yaaaa...


Recently, i was selected as an editor for buku modul perkehmahan kem bina insan guru.This task make my life getting more..more..moreee busy..Tapi takpe..aku enjoy....mcam dalam drama puteri tuu


"YANG PENTING KITA ENJOY"


ni adalah salah satu hasil kerja aku :)




Kak yatt selaku bendahari dan rizal selaku ketua pengangkutan




Friday, April 06, 2007

*kerana KEBAYA NYONYA*



Sejak kebelakangan ini, aku selalu pergi aerobik.Memandang kan aku "sedar diri" hahah atau dalam erti kata lain "dah makin gumuk". Tapi, aerobik yang aku buat ni agak pelik sikit...
Sebabnye...dia pakai lagu dangduttttttttttt!!!
Senaman ini dipanggil "ponco - ponco"
Lama-lama aku addicted pulak.Opss..jangan ingat ni senaman goyang gerudi inul tau.Ni takda kena mengena ngan goyang gerudi, senggol senggolan ke atau goyang 360 darjah..Ha haa..
Yang bestnye, ponco-ponco ni tak lah heavy sangat.Tapi, peluh oooo.Dan, aku pun start join kelab aerobik klinik kesihatan plakk..
Wahhh betul-betul menjaga badan nieee...Harap-harap bulan 8 time adik aku kawin nanti aku leh pakai baju kebaya nyonya...Wauuuuuuu he he he



Thursday, April 05, 2007

kantoi

Menurut peraturan "cabaran 40 hari menulis blog" oleh Ramzwatcher(Ishh glamer dia kat blog aku ni ha ha ha)
Anda perlu menytakan mengapa anda kantoi jika anda terlepas untuk menulis di blog anda..yaaaaawww AKU SUDAH KANTOI selama beberapa ari..
MENGAPA?
AKu rasa korang mesti tahu apa jawapannyaer kan!
SIBUK...ha ha ha..Tepat..anda memang bijak...Dan aku memang bertambah sibuk sebab minggu depan sudah final exam. Actually, last week aku tak stay kat umah. Aku stay kat kolej.Tu la pasal tak sempat nak menulis apa-apa kat blog.
masih mahu menulis:)

Wednesday, April 04, 2007

*teachers*

I am a physics teacher. Honestly, you will be suprised when u know my physics results in SPM.Igot P7 for my physics.So, why should i teach physics if i failed it!
"What teachers know and can do makes the most difference in what children learn."~ Linda Darling-Hammond

Memang betul!Absolutely right!
I remember my physics teacher at school. I don-t really understand during her class.Physics is interesting but she make it not interesting at all.
Tak paham pun, i still have to learn.I try to but couldn-t make it.Whe i asked her a question, she ignored me.Maybe she think i stupid!!(Yelah, budak selekeh)
One day, she asked us to answer the question on topic Prinsip Pascal.Suprsingly, all of my classmates could not answer it corretcly except me..So, i was so happy at that time. Rasa teruja gile dapat kalah kan budak2 pandai dalam kelas..Tapi, my teacher buat don nooo ajee..Ceh..sometimes, it=s better to praise u-re students..u can motivated u-re students .(Memangpilih kasih,kalu studentpandia dia puji)
to be continued

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails