Sunday, April 15, 2007

*saya adalah saya..part 1*

Pstt.pstt meh sini sat.He he..tetibe aje terasa macam nak cerita tentang diri sendiri kat blog sendiri.Yelah, takkan aku nak cite pasal diriku kat blog korang kan...Tak salahkan.Lagipun kata orang tak kenal maka tak cinta.AIppp bukan nak suh korang jatuh cinta ngan aku ;)...
Setiap tahun, aku terasa aku semakin tua dan membesar sihat bagai johan.Ha ha.selepas aku putus *%^$#, memang naik badan juga dibuatnye.Asal tensen aku makan.Jadi sekarang, aku sedang memasang misi utk menguruskan badan aku..Tungguuu:p


Aku lahir bulan splohhh.Kat kat ngan deepavali..Ha ha.Orang kata org libra ni romantik.Auwww.romantik ke i ni?Ada la skit skit kot...:D.Lahir di ibukota cinta , key ell.Aku membesar di kampung baru, rumah yang ayahku sewa.Kemudian, masa darjah satu, kami satu keluarga berpindah ke Kuartes kerajaan di JalanPeel, KL.

Terus terang, aku bukan budak pandai.Aku agak slow di skool dulu.Masa sek rendah di S.K.Jalan Pasar(korang jgn gelak!), aku pernah dapat no second last..dari belakang.Finally, tercampak aku di kelas hujung sekali.Masa darjah lima, aku kena masuk bilik penolong kanan sebab tak siapkan homework matematik.Aku memang benci matematik.Tak suka!!!Hari=hari aku akan buat latihan karangan.Kononnya, nak jadi penulis macam Usman Awang dan Allahyarham Othman puteh....(poyo pulak rasanyer)

Seterusnya, aku besekolah di Sek.Men.Putrijaya sampai form2.Masa ni adalah zaman kegemilangan aku.Aku dilantik menjadi ketua kelas , pustakawan dan...mendapat ANugerah Puteri Berilmu..Tetapi, Aku masih tak pandai matematik.....

Masa form 3, aku pindah ke bangi.Jadilah aku warga bangirians untill now.I love this place.Kalu boleh aku nak bakal suami aku beli uamh kat sini.ha ha ha....Ketika inilah berlaku suatu miracles dalam hidup aku.Aku telah membeli dua buku latihan matematik.Masa cuti sekolah, aku habiuskan semua latihan matematik.Aku belajar sendiri matemaik sampai aku paham.Nak tahu mengapa aku belajar matematik? Sebab aku nak challenge budak lelaki dalam kelas aku...:).Akhirnya, pandaila aku dalam matematik... sampai sekarang:D

Kecik-kecik dah pandai posing2..sib baik jadi cikgu bukan jadi mode :p


Masuk koir sekolah kat sek.rendah.Ada potensi nak masuk AF nanti.Cube teka mana aku?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails