Friday, September 28, 2007

SYAFIQAH ;)

Memang betul kata kawan mualaf saya...Kita perlu berusaha menjadi orang yang baik , untuk dapat jodoh yang baik.Selamat Bakal menjadi Pengantin Baru buat Nurul syafiqah Abdullah @Yap Chia Yee.
Masa tahun satu di UTM
Semalam aku dapat berita gembira tentang kawan aku masa belajar di utm dulu. Kawan aku ni sahabat baru/mualaf.Aku teringat masa mula-mula dia memeluk islam. Masa tu kami tahun satu di UTM.Pada 8.11.2001, dia bagitahu kami yang dia sudah masuk islam.Namanya Nurul Syafiqah.(Aku sungguh hepi sebab dia guna nurul..Same ngan nama aku :). Masa mula-mula, tak ramai yang tahu.Tambahan masa tu, dia tak pakai tudung lagi. Aku ingat lagi, setiap kali masuk azan, kami akan ke masjid utm. Ramai gak yang tertanya mengapa amoi ni masuk masjid ni?Aku ingat lagi, masa mula-mula Syafiqah belajar solat, dia akan ikut aku dari belakang.

Aku ni bukan la waraq.Kadang-kala aku sendiri rasa malu nak bimbing syafiqah sebab ilmu agama aku yang memang kurang.Namun, aku rasa bersyukur sangat sebab mak ayah aku memang menitik beratkan soal agama, solat, puasa dan adab sopan dengan orang tua. Apa saja ilmu yang aku tahu, aku kongsi dengan syafiqah. Aku ingat lagi syafiqah kata ’Bila la dia nak lancar baca al-quran’...InsyaALLAH, lambat laun syafiqah akan lancar juga.Aku yakin, hari ini setelah hampir 6 tahun memeluk islam, bacaan syafiqah mesti lancar.

Sepanjang aku berkawan baik dengan Syafiqah, dia banyak membimbing aku.Walaupun dia saudara baru, dia lebih banyak dan dalam ilmunya. Masa tahun 2, kami kena pilih subjek kokurikulum. Syafiqah ajak aku masuk kelas IQRA di masjid utm.Di situlah, aku recall balik hukum-hukum tajwid, makhraj-makhraj dan macam-macam lagi. Kalau Syafiqah tak ajak, rasanya aku pun tak join.

Bila syafiqah mula pakai tudung, aku lagi malu. Aku hanya bertudung biasa. Tapi, dia menutup lebih dari tudung biasa. Hati aku tergerak nak seperti itu. Cuma hati aku belum cekal untuk melakukannya. Syafiqah selalu pesan kat aku, ”Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk berubah.Apa salahnye, berubah untuk kebaikanDan.sampai sekarang.aku masih pegang kata-
kata Syafiqah ....

Bulan depan, Syafiqah akan berkahwin. Paling suprise bakal suaminya adalah kawan coursemate aku juga masa di UTM.Ikhwan namanya.Tapi, nama glamer Awe. Aku memang kenal dengan Awe.Aku pun percaya Awe memang terbaik buat Syafiqah.Aku pasti Awe dapat bimbing Syafiqah dengan lebih baik lagi. He deserved it.Moga adik Syafiqah bahagia di samping suami.Selamat melayari bahtera rumahtangga..:)

Kita kena berusaha menjadi orang yang baik, supaya mendapat jodoh yang baik..kan betul tuuu:)

HUPDATE BARU !!!HANGIN BETUL!Sya tak sangka KJ ditangkap khalwat di bulan bualn poser ni..sungguh memalukan..Mencii betul sayeeeeee!!!!Saya nak bagitahu yang mulai saat ni saya dengan rasminya tidak meminati KJ lagii....Apa kejadahhnye nii..Mencii!
SAPA KJ!!Korang cari la sendiri sapa dia.Biarla ia diselubungi misteri..

P/S::kALAU baca paper, mesti korang tahu!!!

Thursday, September 27, 2007

*MSJBOX :)*

Wahhh..dah masuk 15 Ramadhan kan.Kena lipat gandakan amalan ni..Dah berapa hari tinggal puasa(Maaf, soalan ini hanya ditujukan buat kaum wanita ;) )....Jangan lupa ganti secepat mungkin.Petang tadi, saya baru selesai kelas fizik dengan student form 5.Hopefully, apa yang saya ajar mereka faham:D.Hari ini saya tak tahu nak cite pasal apa.Jap..nak pikir...Ideaa idea...ooooo dah dapat...

MSJBOX cAlendar....Mmmg mabeless laa!.Makin hari makin mengancam.Opss bukan aku.Tapi msjbox ni..Dari zaman free ke zaman berbayar (heheh saje je), macam2 improvement.I am totally impressed ngan keje Bos MSJBOX ni.Tambah lagi sangat berbangga sebab anak Malaysia..Untung Wife Bos MSJBOX (ehem ehem :) Hari ni aku dapat tahu ada MSJBOX calendar..OOO best ni..NI booleh diibaratkan seperti TO-do-List..(cikgu suke :)Paling best, kalau dah lepas tarikh tu, dia automatik potong sendiri...Bab bab automatik ni yang best ni.Al maklumla, zaman canggih manggih niii..:D.Jadi buat kawan-kawan semua, jomla kita guna MSJBOX calendar ni..(Cikgu promote ni :p)Sila la tgk MSJBOX calendar cikgu.(wAHH, rasa mcm artis nii..nak sign ke? huhuhuhu)

HUPDATE:::DARI BLOG SHAI......Saya baru baca latest entry daripada shai.Tiba-tiba saya rasa sebak dengan tulisan shai.Buat saya sedar yang saya patut menghargai ibu dan ayah saya yang masih ada.Saya juga dapat bayangkan bagaimana saya kehilangan mereka berdua.Ibarat, hilang tangan dan kaki pada badan saya.Tapi, berat mana pun saya rasa,berat lagi bahu orang yang merasainya untuk memikulnya.Semoga shai tabah dan sabar..Saya doakan rohnya dicucuri rahmat..Amin...
p/s::saya berazam nak bangun awal untuk siapkan sahur pagi ni, walaupun saya tak poser..Opss...Kantoiii!! HUhuhuhuh :p


(mak saya dan abah saya...nanti nak kawin nak pakai gaun gak boleh ha ha ha )

HUPDATE :::DARI BLOG UMIE...Saya baru lepas baca entry dari umie..Aduhh..adik, ku tahu rasanya hati mu..Kalau boleh, mahu disiat siat orang itu..Saya pun pernah alami apa yang umi rasa..Sampai tahap ini, saya sudah jemu nak berkasih sayang dengan jenis buaya..wahhh sesuke hatii saya ajee.Sabar ye dik.Dia bukan untuk mu.Dirimu juga bukan utknya.Berdoalah agar berjumpa dengan lelaki yang baik...Kata teman mualaf saya, cara untuk mendapat jodoh yang baik adalah beubah menjadi orang yang baik..Itu pun boleh dikira usaha untuk mendapat jodoh.

P/s:saya sekarang sedang beusaha menjadi orang yang baik utk mendapat jodoh yang baik..AMinnn..:)

Tuesday, September 25, 2007

nafas segar di bulan ramadhan

SALAM RAMADHAN utk kawan2...Hari niberbuka makan ape.Saya makan ketam:)Hari ni, mari kita cita tentang baiknya kalau kita berhentimerokok.Di bulan mulia ni, ambillah jalan yang baik utk nafas lebihsegar..yee haaaaa

BERHENTI MEROKOK SUPAYA WANGLEBIH BANYAK ---Berapa byk anda habis utnuk rokok dalam sehari.Anda kiralah sendiri ye, sebab saya tak merokok! Didapati Perokok yang menghisap rokok sekotak (20 batang)dalam sehari boleh menjimatkan wanglebih kurang RM 1500.00setahun.Wahhhh RM1500 tuuu..Bolehsimpan buat masuk meminang! Pada yg dah kawin boleh simpan untuk anak2dan isteri.Boleh juga bagi isteri shopping.Ataupun, boleh buat hantaran utk lagi satu(just joking hhehe)

inilah nasihat dari dr nurul izza yang bukan seorang dr tetapi seorang cikgu:)

Sunday, September 23, 2007

Psycho!

Entry kali ini adalah entry yang tidak ada unsur-unsur jiwang ataupun jenayah.Boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya para guru yang sedang praktikal.

Budak budak sekarang...
To tell you the truth aku tak suka nak marah marah budak.Lagipun aku tahu yang budak-budak ni bukan suka duk asyik kena marah.Pernah sekali ada sorang cikgu marah.At last, cikgu tu kena booo ngan anak murid..Apa kejadahnye la budak-budak zaman skrg ni?Mana pihak berkuasa?Hu hu hu...

Pendekatan marah tak boleh pakai zaman skrg.Semua kena guna psychology. Macam mana la aku nak psycho budak budak ni????

Hari ini di sekolah....
Adalah anak-anak murid yang tak nak buat latihan and nota yang aku suruh salin.Dalam hati aku berbisik"go izza go!psycho izza!Psycho diorggg!!!"Korang tahu apa aku ckp?Aku cakaP :


"Cikgu tak kesah awak nak salin ke , atau tak nak.Tapi, nanti kat akhirat nanti awak kena tuntut, awak jawab la sendiri.Nanti mata awak tanye, kenapa awak tak nak tengok apa yang cikgu ajar.Nanti tangan awak tanya, kenapa awak tak nak tulis bila cikgu suruh.Mulut awak pula tuntut kenapa awak tak nak senyap bila cikgu bercakap.Telinga awak tanya kenapa tak nak dengar apa yang cikgu terangkan. "


Kelas senyap....Demikianlah tazkirah pada hari ini!!!

YAHOOOOO!!Aku berjaya psycho diorang!! selama 10 minit...

Saturday, September 22, 2007

gnzwij

Ya...Sudah bermula.Entry yang agak jiwang jiwang karat ini..Layan aje laaa :p
CERITA JIWANG 1 :: Mak aku jarang tanya pasal boypren boypren ni..Aku pun tak penah nak cite pasal boypren boypren ni.(sebab tak da, mcm mane aku nak cita hahaha) .Dalam hidup aku ni banyak lagi aku nak capai.Aku nak beli kereta sendiri, nak sambung master, nak sambung belajar kat obersesss, nak pergi melancong .........Pendek kata banyak benda la aku nak buat tumpang tengah single mingle ni...
Dalam tak sedar gupenye aku sudah tua..Satu hari yang bukan di hari raya, mak aku tanya satu soalan cepu emas...
"Akak, tak ada pakwe ke."
"Emmm.takde"
"Umur dah meningkat..Risaula jugak.Tak apala kak, nanti ma gi haji ma doakan akak dapat jodoh yang baik.."
"Amin"......

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

(PERHATIAN KEPADA BOYPREN/BUAYAPREN:KALAU NAK KASI BUNGA, BELI AJE KAT KEDAI BUNGA, JANGAN PETIK..)

CERITA JIWANG 2::Recently, aku suka betul dengar lagu dalam drama kerana cintaku saerah..Memang feeling habishhh lah..

Relaku menuggumu,Seribu tahun lama lagi, Namun benarkah itu, aku akan selama ini,biar berputar ke utara selatan,ku tak putus harapan, ku masih setia...

Agaknya,bila kita makin berusia, kita makin jiwang!Theory mana tah aku pakai...Layan aje lah :p

Friday, September 21, 2007

Mmg aku Marah!

AL-FATIHAH UNTUK ADIK NURIN JAZLIN
Terlebih dahulu, saya susun jari mohon maaf kerana apa yang saya tulis ini agak kasar.Tapi, saya mmg betul betul marah....


Dia sangat kecil...Dia muda...Masih mahu belajar mengenali dunia!
Apa salah si kecil ini..?
Diperlakukan dengan sewenangnya bagai tiada rasa manusia!
Kejam!Bodoh!Bangang!Kasi bunuh aje orang macam ni!!!

Bagaimana manusia yang ada akal tapi perangai macam tak ada akal,
Entahkan binatang sekalipun malu dan hina dengan kelakuan manusia ini!

Apa aku harus klasifikasikan manusia seperti ini?
Arghhhh Manusia ini bukan manusia..tapi hantu!setan!jembalang!

Barangkali Manusia ini dia lupa!
Lupa pada Kuasa Yang Esa..
Lupa akan balasan pada dia akan tiba!
Tak di dunia..di akhirat manusia ini akan pasti terima juga!!

Tapi , betul gak kata kawan blog saya,Zuhairy..Rasionalnye, zaman sekarang memang ada manusia yang jahat jahat.Persoalan utamanya, bagaimana kita nak mendidik masyarakat kita utk menjadi orang yang baik?

A journey

Firstly, aku nak ucapkan selamat berpuasa sekali lagi utk kawan-kawan.Kepada yang berkenaan, dah berapa hari tinggal puasa? He he he…

Hari ni, aku observe seorang cikgu biology, Pn Nazlizah.Aku nak tengok mcm mana cara dia mengajar sebab dia mmg cikgu sains yang paling superb kat skolah.Hasilnya, sangat mengagumkan.The way she attract students sangat superb.Dia tak marah marah.Tak tengking tenking..Banyaklah aku belajar dari cara dia mengajar tadi.

“Yes, Nurul Izza.Did you learnt something.”
“Yes.Banyak sangat saya belajar.Especially, cara nak conduct experiment.Thanks a lot cikgu”
“Sama-sama.I am so happy sebab dapat tolong you”
“Cikgu, Macam mana kita nak ajar students yang kelas agak belakang.Yang memang tak ada interest in learning”
”Murid yang macam tu, awak kena gunakan semua deria dia masa mengajar.Kena tunjuk satu-satu supaya dia faham.One more thing, kena banyak sabar.Kebanyakan kelas nakal-nakal ni dah selalu kena marah dgn cikgu.Kalau boleh, awak jangan marah marah diorng.Cube get close dgn diorang.Tapi, mesti ada limit antara cikgu dan anak murid.Kalau awak tak gunakan pendekatan marah-marah, diorg akan find out yang awak ni cikgu yang lain dari yang lain..As a results, they will respect you. Tapi, semua ni takes time. Lots of time. Bukan boleh ambil masa 1-2 hari.It is a process..A journey....


Sunday, September 16, 2007

Si A yang aku sayang

Semalam lepas solat terawikh saya tengok bola ngan adik saya...Syokkk oooo arsenal menang lawan tottenham....3-1 ....Hasilnya, arsenal kat atas skrg nieee...

Yahhhhooooooooooo...
Saya sayang arsenal walaupun owang selalu kata arsenal arsengal.....Buekkk :P
Pesanan di bulan Ramadhan :Jangan lupa solat tarawikh

Wednesday, September 12, 2007

Malam sebelum Ramadhan



u rasa sungguh bersyukur.Tahun ni dapat aku berpuasa d bulan ramadhan.Harap-harap, ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum-belum ini. Moga Ramadhan kali ini aku lebih sihat, lebih tenang dan aman..Amin..
Ramadhan tahun ni, abah aku ada di rumah. Dulu, abah hanya balik sabtu ahad sebab kerja di Pahang.Sejak pencen 25.8 hari tu, abah duduk rumah ajer.Sekarang, abah la yang sibuk mengemas dan mencantikkan rumah untuk raya ..Adik aku yang no3 aje takde sebab dia belajar di UITM Perlis..Harapan aku, ramadhan kali ni adalah yg terbaik untuk aku.Mungkin,ramadhan ini ramadhan yang terakhir untuk aku.Jadi, aku kena manfaatkannya dengan baik...


Ya ALLAH Ya Tuhanku, Harapnya Ramadhan ini adalah titik permulaan bagi aku untuk menjadi anak yang sholehah, cikgu yang baik, kakak yang baik, dan...temukan aku dengan jodoh yang baik.."
Good : Selamat berpuasa untuk semua
Good : Selamat mengerjakan terawikh :)

Monday, September 10, 2007

*tag dari shaira*

Ni lah 8 fakta tentang diri saya.Agak agak leh ke masuk hari ni dalam sejarah.Hahahahah





Fact no 1::I loves Mekdi more than KayepCà... This is my paberet..I like the strawberry milk shake, the quarter pounder…ermmm sedapnyee(angkat tangan sape nak lanje sayee hehehhe)

Fact no2 :: I loves AmyMastura more than KakSiti ... Amy mastura ni fav singer since she join asia bagus lagi.Till now, I really like her and a big fan of her.(tapi, satu album aje aku beli..huhuhu)

Fact no3:: I loves physics more than chemistry …Nama pun cikgu fizik, mestilah suka fizik.I enjoy study chemistry masa skool dulu, tapi bila masuk utm, makin poning lak chemistry ni..Jadi, sy dah nyahcaskan chemistry dalam hidup saya..huhuhuhu

Fact no4 :: I love shopping more than window shopping …Tak tahula nape, asal g mana mana aje mesti beli barang nyer.Bila dapat beli barang , dapat satu kepuasan..Cume akhir bulan, gigit jari duit dah habis..huhuhuhu


Fact no5 :: I love my bantal busuk more than other bantal…. Kalu tak, memang aku tak leh tidor.Betul..Tak tipu.Kalau tipu kan dosa.Aku g asrama ke, g kampong ke aku akan bawak.Biarlah org nak kate apa.Janji aku dapat tido ngan lena..huhuhuhu.Jadi, kepada bakal suamiku, sudikah kau menerima diriku dan bantal busukku ..huhuhuhuhu(terpakse di highlightkan hahahhaha)

Fact no6 :: I love football more than netballmemang betul.Sebagai seorang perempuan, saya lansung tak pandai main netball.Dan saya tak suka netball. Football lagi best.Ramai pakwe pakwe hensem..huhuhuhu

Fact no7 :: I love cooking more than sewing..apa apa resepi aku suka try.Sometimes sedap sometimes tak. Tapi, most of the time sedap.(terpakse sy highlightkan lagi :)) )

Fact no8 :: I love cooking so i love eating...yeahh yeahhh njoy the food.

( try this one..airlimau nipis yg special at d limau nipis, bangi)

Saturday, September 08, 2007

*Macam mana ni..dua dua saya suke*

Memang betul saya dalam dilemma ..Dua dua saya suke.Dua dua saya tak benci.Saya suka P ..Saya suka K.Susahhnyeee tolongla saya buat pilihan…

Taipkan ImpianNunu jarak P atau K…dan hantarkan ke 32444 tekan tekan tak dapat:))

Saya suka K.Mak dan ayah saya pun suka K.Lagipun mak penah satu sekolah dengan pakcik RMD.(yg memang ada kaitan dengan K)..

Tapi, saya pun suka P.Dekat P ada abang KJ..Cuma, mak ayah saya kata, baik pilih K dari P..Saya pun tak tahu nape..:(

Susah la macam ni...Kalau gini saya baling duit syiling aje lahh..K-kepala , P-bunga..
BOLEH?

K-KEDAH P-PERAK
RMD-Radhi mat din
KL-Khalid jamlus(buah hati kuu :whahahhah)



(pic from FAM website)

Good:Kedah completed the rare treble in the Malaysian League (tiga tuuuuu ;))

Good : Kedah 4 ever..:)

Friday, September 07, 2007

*macam ni la anak murid saya*

(MY students are celebrating merdeka day on 30thAug.07)
Dah hampir sebulan saya bertugas sebagai guru pelatih di sekolah.Macam-macam karenah anak murid saya.Kadang-kadang buat saya geram.Kadang-kadang buat saya nak marah.Kadang-kadang buat saya tersenyum.Kadang-kadang buat saya gembira...

1st-situation
Anak murid:Teacher.Teacher tahu tak kumpulan cromok
Saya:Tahu.kenaper?
Anak murid:Tu bukan kumpulan kitaorang
Saya:Ermm teacher tak tanye punn.:p
Anak murid:Kump kitaorg Eagleman..Eagleman tak bersarapan..(ingat tak iklan koko-crunch)

2-Situation
Satu hari, 8 orang anak-anak murid saya(hero semuanya) masuk ke kelas lewat 25 minit.Geram saya.Saya masamkan aje muka.Malas nak senyum.Lepas tu, sy beliakkan biji mata..Gerammm sangat..

Anak murid:ehh ehh teacher marah ke..Teacher dah tukar jadi hijau la(diorg ingat saya ni incredible huk keee:))
Anak murid:Teacher.jgn la marah-marah..Senyumm teacher.senyummm
Saya:Mana ada teacher marah.Teacher geram je.

3rd-situation
Ramai anak murid saya suka menyanyi.Masuk je lab, mesti menyanyi.
Anak murid:Andainya matahari, terbit dari barat...(nape la mesti dia nynyai lagu dangut)
Saya:Awak ada konsert ke malam ni ?
Anak murid:Teacher..astagfirullahhalazim
Saya:Kenaper?
Anak murid:Malam ni kan malam jumaat.Kitarog satu kelas pergi masjid tau baca yassin..
Saya:ermmmm alhamdulillah......bagus anak murid teacher nier..

Good:Saya sayang anak murid saya
Good lagi:Hopefully, mereka sayang saya jugak:)
TO SHAIRA::Nanti kita buat tag tue.tungguuu ;)

Monday, September 03, 2007

*macam ni ada tak yang sayang..he he he*

Menurut blog wirabumiputera, kasih sayang seseorang boleh dilihat melalui bulan dilahirkan.Jadi, mari kita tengok...bulan spolohhhhhhhhh
Oktober-
- Romantik ( SUKE tak?)
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.(sopan santun amalan kitaaaaa)
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.(wahhh..i like this one.tak suke berpure-pure)..hahahaha
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.(sensitippp!)
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.(wahhhh 100 kali stujuuuuu hahah)
- Cemburu dan terlalu cemburu.

dan yang akhir sekali...

- Memahami pasangan....(untungggnye :p)

JADI MACAM NI..ADA TAK YANG SAYANG....;)
Good:Mesti ada yang sayang
Good:Terus menyayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails