Monday, May 28, 2007

*susahnya jadi ketua*

Jadi, anda mahu menjadi ketua yang bagaimana?
Ketua yang bengis, penyayang, kejam, pengasih..
Jadi, anda mahu menjadi ketua yang seperti siapa?
Hitler, Anuar Ibrahim, Mahathir, Mahatma Gandhi.

Aku tahu bukan mudah nak jadi ketua. Walaupun, aku hanya sebagai penoloong, tempias susahnya aku rasa juga. Bukan senang nak memuaskan hati semua orang.Kalau ikutkan hati, aku mahu semua orang puas hati dengan setiap keputusan.Tapi, apakan daya..Dalam sesetengah hal, kita perlu menerima sesuatu perkara dengan rela/separa rela/tak rela langsung!

Sekarang, aku pegang jawatan sebagai naib pengerusi Hari Guru anjuran Fakuti Pendiidkan UKM. Bila mana ada yang bertelagah, aku yang mati tersepit di tengah=tengah.

PADA PENDAPAT KORANG, ADAKAH PATUT AKU LETAKKAN JAWATAN...tAPI aku seperti orang mengalah ajee kan..ermmm entahla..ssusahnya jadi ketua...:(

Friday, May 25, 2007

Memang agak bersarang blog aku nie..Kekeringan idea nak menulis di tambah dengan kesibukan dengan segala gala benda yang penting dan tak penting..Macam tulah hidup kan ..:)
Tima kasih pada kawan-kawan yang bertanya, kemana gerangan cikgu menghilang...

shay: hai sibuknya dia...-----> memang sibuk juga..macam-macam program nak kena siapkan..atoiiii

NS: wahh too exhausted yea.. -----> ehek..yearp bebeh..not enuff sleep tau :(

mz: hati resah ingin bertanya, namun cikgu nughul entah ke mana, puas pak cik cari merata-rata, namun masih tak berjumpa. ------> perlukah aku mejnawab pantun uncle mz...ni pantun kee??

GOOD : ENJoy
BAD : BuSY

Wednesday, May 16, 2007

*exhausted la :(


Penat sungguh hari ni. Sejak kebelakangan ni, penyakit asma saya makin teruk pulak. Sampaikan kalau saya berlari pun saya kena asma. Inhaler tu mesti bawa hari-hari.Dah macam nyawa dan badan sendiri pulak ..:(

Minggu ni, saya ada dua presentation. Baru sahaja selesai presentation untuk micro and macro teaching. Rasa sedih sebab tak dapat perform dengan baik. Sy dapat 3 daripada 5 markah...

Esok ada lagi presentation untuk subjek Technology and Innovation in education.


Bad 1 : i am too exhausted
Bad 2 : i am unhappy

Tuesday, May 15, 2007

selamat hari guru untu ksaya




SELAMAT HARI GURU nurul..
Jadi, guru bagaimanakah yang anda mahu? guru yang gemilang, cemerlang, terbilang atau kecundang :)
Seorang pensyarah bertanya
" Apakah kriteria seorang guru yang berjaya? Seorang guru yagn berjaya adalah guru yang mampu dan dapat mengajar dengan berkesan..."


Saturday, May 12, 2007

*revolusi baru *

biar berhenti blogging seketika, untuk memberi satu revolusi baru dalam hidup :)
p/s:,majuk la..sejak msjbox tak bayar lagi tak de sapa nak datang lawat..uhuhuhuhu :((

HUPDATE !!!
Apa tu revolusi sebenarnye.Ia adalah satu perubahan.Apa agaknya perubahan yang aku mahu?SEbenarnya, aku try to stop blogging for..ermm at least 5 bulan ke..Ha ha tak leh la pulak.Otak aku ni berligat-ligat nak tulis sesuatu.Idea dalam otak dah beratur-ratur nak keluar. Aku fikir, mengapa aku perlu behenti kalau aku suka menulis blog. Macam - macam la aku nie..
Satu perkara yang membuatkan aku takut untuk memblogging adalah bila aku menceritakan tentang diri aku.Takut untuk menceritkan tentang diri aku kerana nanti tak ada lagi rahsia..Bila fikir semula, ahhhhh karut laa semua ini...
Terima kasih pada semua..:) Mari kita terus memblogging..:)








Good : Generate ideas through blogging
Good : Get to know your friend's ideas through blogging

Wednesday, May 09, 2007

HAPPY BECEDAY bLOG SAYEE")

SAPA NAK TAHU...DAH dekat SETahun saya memblogging kan diri saya.

Macam-macam yang dah saya tulis. Tentang diri, tentang pengalaman, tentang perasaan, tentnag kehidupan ..Asalnya, saya hanya tulis di blog friendster. Lama-lama, saya pun create blog sendiri.

Selalu kawan-kawan tanya "mengapa mesti saya memblogging kan diri saya"

Saya seorang yang suka menulis dan membaca. Dulu, saya suka menulis di journal saya yang saya panggil Cinderella and Pooh..Sekarang cinta saya dah beralih arah. Beralih ke blog saya. Saya puas bila saya memblogging.Sya rasa puas bila saya menulis di blog saya.Dan kepuasan itu bertambah bila saya tahu ada yang membaca apa yang saya tulis. :)



Lagi satu saya dapat ramai kawan.Walaupun cuma kawan di alam maya, tapi saya cukup seronok. Seronok baca cerita yang mereka tulis kat blog mereka. Saya pun tak sure, sampai bila nak stop blogging.

Good : Susah mahu berhenti memblogging

Bad : Tunggulah, mungkin bila saya dah kawin nanti saya akan stop blogging kot ,ahahahaha..:))

Tuesday, May 08, 2007

*memimpin atau dipimpin*


Entry kali ini ada sedikit unsur-unsur dramatic :p
Semester 2 baru aje mula..Dan, bahang-bahang kesibukan dah mula terasa. Seperti biasa, bila sem mula kenala pilih ketua kelas (mcm kat sekolah pulak).Maka, keluarlah nama-nama jejaka-jejaka hensem yang kacak lagi bergaya.Walaupun kacak dna bergaya, tiada satu pun yang mahu memikul tugas sebagai tok ketua kelas.. Lalu...secara tiba-tiiba...
"Apa kata Izza (aku le tu) yang jadi Ketua kelas"...

Aitt, mengapa tiba-tiba muncul nama wanita yang comel ini ..(wakakaka)..Dan, aku pun bersuara selepas melihat masing-masing bersuara tanpa arah tujuan..
"Ermm, Izza rasa kita ada ramai lagi hero-hero untuk kelas kita kan. Bagi Izza, man is supposed to be a leader. Izza lagi suka kalau lelaki yang pimpin kelas ni.Izza setuju kalau bagi jawatan penolong"
"Alaa ..tak pe Izza. Ko jadi je la ketua..."balas jejaka - jejaka
"Takkan korang nak Perempuan yang pimpin korang pulak"..sengaja aku buat ayat mencabar mereka..

Dan..selama satu jam berlakula sessi sorong papan, tarik papan..yang bermaksud..penciptaan pelbagai alasan untuk tak mahu jadi ketua .Macam-macam alasan keluar "ko lah jadi ketua.." "aku tak boleh jadi ketua, aku duduk luar"...

DAN.. akhirnya...Dengan nada kekesalan, Aku pun bersuara :

"Oklah, kalau dah tak de sapa pun nak jadi ketua. Izza cuba untuk jadi ketua..Tapi, Izza berharap agar ada lelaki yang boleh jadi ketua.Izza lebih selesa dipimpin dan membantu orang yang memimpin.Tuhan sudah jadikan Lelaki itu kelebihan untuk memimpin, mengapa takda sorang pun yang sanggup memikul tanggungjawab.Ini cuma memimpin kelas aje, bagaimana kalau satu hari nanti korang nak memimpin keluarga, sekolah, anak murid...."

Akhirnya, cabaran ini disambut oleh jejaka yang bernama Mr R..Dan, Mr A telah sudi untuk menjadi penolong 1 dan aku..menjadi penolong 2.

Sebenarnya, aku bukan "bias" .Bukan mengatakan perempuan itu tidak boleh memimpin. Cuma, aku lebih suka kalau lelaki itu yang memimpin kerana fitrahnya, lelaki itu memang seorang pemimpin. Aku sangat menghormati kewibawaan seorang lelaki dan kerasionalan orang lelaki. Kerana itu, aku lebih suka dipimpin.
Good : Jadi, kepada lelaki lelaki di sana, relakanlah diri anda untuk memimpin ..
Good : Jadi, kepada wanita wanita di sana, relakanlah diri anda untuk dipimpin.

Saturday, May 05, 2007

*KUEH oh KUIH *

Situasi 1 : Satu hari di lokasi gerai nasi lemak, di pagi hari...

"Makcik, kuih satu berapa?"

"Masih lagi 3 seringgit nak.Ermm rasa tak lama lagi naik kueh satu 40 sen.Ni haa minyak masak naik harga laa nak"

"Ye ke makcik?""Jadi, saya kena beli banyak-banyak la kuih makcik sebab nanti harga lagi mahal " :)

Situasi 2 : Satu petang di pasar malam bangi...

"Nak beli kuih tak."

"Erm aku nak beli kueh lapis kat tok aku. Tok aku tak leh makan kuih keras-keras.Gigi dah tak de"

Sampai di gerai kuih...

"Kak, kueh lapis seringgit"

"Satu 40 sen dik"

"Aip dah naik harga kee?"

" A ah.Satu kuih 40 sen, lima kuih dua ringgit"

Amboi..amboii..amboii...naik pulak harga kuih ni..Masa aku sekolah dulu, kuih satu dua puluh sen. Entah=entah satu hari nanti, kuih satu seringgit...Kalau macam ni, aku nak buka bisnes jual kuih laa :p
Good : Jangan beli kuih lagi, tapi buat kuih.JIMAT :)
Bad: Takut kuih yang dibuat tak sedap :(

Friday, May 04, 2007

*kacip fatimah better than rocket!*

I am a physics student..You will be suprised if you see my SPM results for Physics..I got P7..which mean ..i failed!!! I don-t understand what my physics teacher was trying to explain. But i don-t blame my physics teacher..(i did blame her when i saw my spm slip ahaaa )..

I did well in kursus persediaan utm at kolej mara kulim. I always get A for my physics. I wonder why i become so GENIUS hahaaha..How i can understand physics.?How i can fall in love with physics not chemistry.(i-m doing well in chemstry during my spm.I got c4 for my chemistry)

5 years struggling with physics.. i am good in theory..but not in practical. not doing well in the lab assignment. I need time to enhanced my skills in doing the lab experiments...

I think that i am good in bio lah..wahhhh tiba tiba aje come out with the conclusion. .. I think learning biology is fun..

p/s: maybe..learning about tongkat ali , kacip kak timah and human bodies ( uhhuuu) are more fun/best/enjoy than learn about rocket, aeroplanes and cars :p

Wednesday, May 02, 2007

Kelab Bloggers Bukan Pencinta MUng :o


Secara rasminya, aku menubuhkan ...Kelab Bloggers Bukan Pencinta MUng(KBPMu)...ha ha ha....jgn mara erkkk :p Dan dengan suka citnya aku ingin umumkan, organisasi kelab bloggers anti MUng...ha haha



Dengan berbesar hati, aku melantik pokcik mz untuk menjadi PENGERUSI atas sebab keveterenannye(pokcik, jgn marah eden :p)...Idup pokcik.Pokcik akan dibantu oleh KATARSIS (aPE NAma betul dia..?) yang bertindak sebaga NAIB PENGERUSI...Dan dengan sendirinya, melantik diri diri aku sendiri sebagai SETIAUSAHA.

Ajk ajk tu aku adalah daripada entry aku pasal ARSENAL..Encik Faisal atau nama glamer nye Acai dan Zan adalah AJK baru :)

HUPDATE::kAK noamee...welcome to the club ..aribaaa :)

Tuesday, May 01, 2007

*ANtara buku dan bear*SIRI 1


Masa kecil-kecil dulu, aku selalu minta abah belikan bear.Seingat aku, satu-satunya bear yang abah belikan adalah masa darjah lima.Itupun, sebab aku dapat No.2 dalam kelas yang paling hujung :(.Aku simpan bear tu sampai aku Form 3. Jadi, antara bear dan buku, abah mesti belikan buku..

Abah aku seorang pustakawan. Jadi, abah tak pernah lekang dengan buku.Kalau aku dan adik-adik minta benda lain, abah akan fikir dua tiga empat dan lapan kali.Tapi, kalau kami minta buku, abah akan belikan.Sehinggakan, kami adik beradik suka dengan buku.

Aku memang minat membaca. Ini semua atas pengaruh abah . Buku pertama yang abah belikan tajuknya Great Expectations written by Charles Dickens.Masa tu harganya cuma RM2.50.


Masa aku di sekolah rendah, aku hanya pinjam buku di library. Masa tu, tak mampu lagi nak beli buku-buku yang agak mahal. Sejak aku pindah ke Bangi, aku makin ligat kumpul buku. Hari Sabtu, aku and the geng akan turun ke Central market .Kat situ ada kedai buku second hand. Memang murah-murah.Masa tu, aku gile baca buku cita Sweet Valley University. Pasal twins, Jessica and Elizabeth.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails