Entry kali ini ada sedikit unsur-unsur dramatic :p
Semester 2 baru aje mula..Dan, bahang-bahang kesibukan dah mula terasa. Seperti biasa, bila sem mula kenala pilih ketua kelas (mcm kat sekolah pulak).Maka, keluarlah nama-nama jejaka-jejaka hensem yang kacak lagi bergaya.Walaupun kacak dna bergaya, tiada satu pun yang mahu memikul tugas sebagai tok ketua kelas.. Lalu...secara tiba-tiiba...
"Apa kata Izza (aku le tu) yang jadi Ketua kelas"...
Aitt, mengapa tiba-tiba muncul nama wanita yang comel ini ..(wakakaka)..Dan, aku pun bersuara selepas melihat masing-masing bersuara tanpa arah tujuan..
"Ermm, Izza rasa kita ada ramai lagi hero-hero untuk kelas kita kan. Bagi Izza, man is supposed to be a leader. Izza lagi suka kalau lelaki yang pimpin kelas ni.Izza setuju kalau bagi jawatan penolong"
"Alaa ..tak pe Izza. Ko jadi je la ketua..."balas jejaka - jejaka
"Takkan korang nak Perempuan yang pimpin korang pulak"..sengaja aku buat ayat mencabar mereka..
Dan..selama satu jam berlakula sessi sorong papan, tarik papan..yang bermaksud..penciptaan pelbagai alasan untuk tak mahu jadi ketua .Macam-macam alasan keluar "ko lah jadi ketua.." "aku tak boleh jadi ketua, aku duduk luar"...
DAN.. akhirnya...Dengan nada kekesalan, Aku pun bersuara :
"Oklah, kalau dah tak de sapa pun nak jadi ketua. Izza cuba untuk jadi ketua..Tapi, Izza berharap agar ada lelaki yang boleh jadi ketua.Izza lebih selesa dipimpin dan membantu orang yang memimpin.Tuhan sudah jadikan Lelaki itu kelebihan untuk memimpin, mengapa takda sorang pun yang sanggup memikul tanggungjawab.Ini cuma memimpin kelas aje, bagaimana kalau satu hari nanti korang nak memimpin keluarga, sekolah, anak murid...."
Akhirnya, cabaran ini disambut oleh jejaka yang bernama Mr R..Dan, Mr A telah sudi untuk menjadi penolong 1 dan aku..menjadi penolong 2.
Sebenarnya, aku bukan "bias" .Bukan mengatakan perempuan itu tidak boleh memimpin. Cuma, aku lebih suka kalau lelaki itu yang memimpin kerana fitrahnya, lelaki itu memang seorang pemimpin. Aku sangat menghormati kewibawaan seorang lelaki dan kerasionalan orang lelaki. Kerana itu, aku lebih suka dipimpin.
Good : Jadi, kepada lelaki lelaki di sana, relakanlah diri anda untuk memimpin ..
Good : Jadi, kepada wanita wanita di sana, relakanlah diri anda untuk dipimpin.
No comments:
Post a Comment