Tuesday, February 27, 2007

* berakhirnye sebuah kejiwangan :P*

PENGUMUMAN
Memandangkan sekarang dah masuk bulan Mac, jadi aku nak buat satu pengumuman yang tak penting pun..Aku tidak akan lagi menulis yg jiwang2 jiwang lagi sebab bulan Feb dah habis.MAHU TAHU MENGAPA??Sebabnye, kadang - kadang jiwang tu membosankan, merimaskan dan tak best.Apapun yang terjadi, yang penting kita mesti ENJOY!!!Tema tulisan saya bulan MAC ni adalah : Dunia Baru..Nanti saya ceritakan yee...Tunggu la yer..Suprise...Suprise itu lebih baik dari tak suprise hehehhe'

DAH KENA TAG!

Sebelum saya cita pasal suprise saya yang tak berapa suprise tu, saya nak cite pasal "6 PERkara yang PElik tentang saya.(Tima kasih to nur sebab mentagkan nama saya heheehehe :))


1. TIDAK AKAN MEMBASUH BANTAL BUSUK!!...Harap maaf, aku tidak akan tidur tanpa batal busuk aku.Kemana aku pergi, mesti aku bawak.Mak aku tak larat nak beleter dah pasal bantal busuk aku.Memang aku jarang basuh bantal busuk aku..Jarang sekali melainkan aku dipaksa dengan kijam oleh mak aku...Sampai sekarang aku masih setia bersama bantal busuk aku...ngee ngeeee


Xklusif...ini lah bantal busuk aku:)

2. TIDAK SUKA BUNGA! ....Aku rasa ni pelik la sebab selalunye pompuan mmg suke bungakan.Tapi aku tak suke bunga.Dari bagi bunga baik bagi aku coklat.Sebab aku suke coklat:)

3.KUAH LAKSA DAN NASI ...Aku suka makan kueh laksa tu tapi campur ngan nasi .Dan tambah ngan kicap..Uhhhhh sedap tuuuuu :P

4. BELAJAR MATEMATIK SENDIRIAN BERHAD ...Ini cerita aku masa skolah dulu.Masa sekolah rendah, inilah subjek yang terbenci sekali. Masa UPSR, aku dapat C utk matematik. Masuk form 1 and form 2. lagilah betambah bodoh matematik aku.Asyik failed ajer.Tahun 1997, masa aku form 3 aku pindah ke bangi.Masa cuti sebelum masuk sekolah, aku terbeli satu buku pelangi matematik kaler pink.Dan, hari-hari aku buat latihan matematik dalam tuh.Boleh kata semua latihan dalam buku tuh aku siap buat.Dan aku langsung tak pegi ke tusyen sebab masa tu eco-no-money.Hsilnya. aku dapat A utk matematik aku..Yeee haaa..Sampai sekarang aku minat math.:) dan sampai sekarang aku pikir, mcm mana aku leh pandai dan tersuke kat math..Pelik tul!

5. TAK SUKA/PANDAI HAFAL JALAN...Aku selalu sesat bila bawak keta.Kalau nak pergi mana-mana tempat aku main redah ajee..Janji tol ngan minyak ada.Walaupun aku selalu sesat, tapi aku selalu sampai ketempat nak dituju tu..walaupun Lambat!!ngewe ngeee ngee

6. TUDUNG KALER BLACk... Aku takkan pakai tdung warna hitam.Kalau aku pakai aku akan pening kepala.Aku pun tak tahu la, mana datang alergik aku nier..Asal aku pakai tudung hitam je mesti aku pening.Pelik tul lah.

tambah satu lagi erkk..hehhe

7. TAK SUKA TENGOK WAYANG...Aku rasa ni pelik sebab rata-rata kawan2 aku semua suka tengok wayang.Dalam sejarah hidup aku, aku tgok wayang sebanyak 9 kali aje.Itupun setelah dipaksa oleh kawan-kawan..Ngeh ngeh.Yang bestnye, dalam 9 kali tu, 2 kali je aku kuar dgn duit aku sendiri. Yang lain owang belanje hehehh.Syok kan.

Itulah ketujuh pelikan aku..AKu harap lepas ni tak dela yang mengaanggap aku alien sebab aku ada 7 perkara pelik dan bukan 6.ngee ngee

Sunday, February 25, 2007

*layankan aje la cite aku nie erk:(*

Dah lama aku tak menulis sesuatu di sini...Hari ini aku menulis tentang kekecewaan dan kesedihan..

Aku penah melalui kesedihan .Aku pun penah kecewa.

Sebenarnya, aku tak suke menulis tentang kesedihan..aku selalu pretend to be a strong girl.Dan, aku rasa bila aku menulis di sini, aku boleh meluahkan kesedihan yang melanda jiwa raga aku..Aku pun tak pasti korang paham ke tidak dengan cite nie..Tapi takpe lah..Layan...

Ikutkan hati aku malas nak melayan rasa sedih ngan kecewa aku nie.Tapi, aku ni manusia biasa..tambah-tambah lagiaku ni pompuan..Jadi, emosional mesti la lebih-lebih..

Mengenali seseorang ini buat hati aku gembira..dan hari hari aku lalui penuh dengan harapan..Namun, mungkin aku ni terlalu cepat berharap..terlalu cepat menilai orang .Terlalu cepat mempercayai seseorang.dan terlalu cepat menyukai seseorang

Kata orang...kalau kita cepat menyukai..kita akan cepat membenci
Kata orang lagi...kaluau kita cepat mempercayai..kita cepat menjatuhkan hukuman terhadap seseorang..

Aku sudah cuba membuat yang terbaik..menjadi pendengar dan teman yang baik.Barangkali, aku masih gagal..

Sekali lagi aku mempertikaikan..mengapa orang selalu suka memberikan harapan dan suka juga menghancurkan harapan yang diberi..dan...sekali lagi aku benar-benar terkilan dengan orang..

Aku berharap cepat-cepat la komputer otak aku ni mendeletekan orang ni dalam sistem otak aku.Aku dah tak larat menanggung rasa kecewa..pilu..sedih

Thursday, February 08, 2007

*ini chinta saya*

ChINTA?Alamakk entry jiwang lagi.Tak apelah.Sekali sekali ajer ;)

Layan.....:p

Saya suka dengan chinta saya.Chinta saya tak buta, tapi cinta saya rabun.Sebab saya pakai spek.Chinta saya setia? Ya, saya akan selalu setia pada cinta saya..Chinta saya hari-hari ada.Tak pernah hilang dan lesap...Di mata saya ada cinta, di hati saya ada cinta, di tangan saya ada cinta, di kaki saya ada cinta..Di bibir saya ada cinta..

Chinta saya tak mengajar saya jadi bodoh.Tapi, chinta saya membuat saya bertambah pandai dan cerdik..Chinta saya tak penah melemahkan saya, tapi kerana chinta saya, saya selalu membesar sihat sebagai JUara!

Chinta saya tak boleh dijual!Chinta saya NOT for sale.Saya akan bagi chinta saya dengan free atau dengan erti kata lain ikhlas;)

Kalau irwan syah menjadi pencinta wanita..saya mahu jadi pencinta utk semua kat dunia nier..
Sudi terima chinta saya?


Photobucket - Video and Image Hosting


Saya cinta pada semua :) (sambil tersenyum)

Monday, February 05, 2007

*rindu itu menarik ker?*

Aku sering tertanya, dimana aku belajar tentang RIndu?
Senyap seketika..entah..

Aku juga tak tahu bila aku start merindu?
Tertanya seketika..entah..


Ya,baru aku ingat ...Aku kenal rindu bila tok(nenek aku) akan balik semula ke kampung setelah duduk lamanye dengan aku sefamili.Bila sahaja tok nak balik, aku mesti menangis. Dan, malam tu aku akan tidur dengan kain batik tok aku...Sampaila sekarang..Ya, itulah kali pertama aku kenal betapa sakitnya merindu..

Sekarang, makin ramai yang aku rindukan.

Aku rindu kawan-kawan di utm..Rindu makan maggi bersama, rindu berkaroeke di bilik ida bersama, rindu makan nasi kerabu bersama, rindu masa bagi makan ikan di tasik utm, rindu merempit bersama-sama(maaf aku cume membonceng, tidak pandai merempit:p)

Aku rindu che che siuleng dan myrul.Kwn opis ku yang sangat best.Sekarang kami dah tak satu opis, sebab masing-masing bawa haluan sendiri.Masing-masing dah ada planning karier sendiri.dan tka sanggup stay kat kampeni tu.RIndunya nak makan sama-sama, nak pergi mamak sama-sama, nak pergi tgk wayang sama-sama.

Aku rindu kawan-kawan di SMKBBB.Bergelak bersama, bergaduh bersama, berloyar buruk sama-sama...

Aku pun rindu..rindu pada org yg menyakiti aku..

Haii..seksanyer jadi perindu...:P

p/s:guys, i know its a bit jiwang..I try hard to hide this feeling but i can-t..:(

Sunday, February 04, 2007

*bolehkah kamu tersenyum bersamaku kawan?*


Kawan..dah jumpe ke hati aku yang hilang tu?
Aku puas mencari..Merata aku mencari..Kepada Incik sekian sekian, "dah la hati aku kau bawak lari, pastu ko patah-patahkan, pastu kau gores gores macam kad gores dan menang.Tlong bagi balik hati aku sebab aku nak kasi kat orang lain nanti" (hate him but still miss him!am i stupid?*

Kawan..terima kasih kerana pinjamkan bahumu..
Bukan sahaja aku rasa mahu mengangis di bahumu..tapi mahu tidur nyenyak di bahumu..
Sudah lama tidurku tak nyenyak kawan..ZZZZzzzzzz Kreohh krehhh(maaf tidurku tidak berdengkur:p)

Kawan..aku semakin ok.Dah boleh keluar dari wad.Orang putih kata "what ever happend to u, LIfe must go on!"Orang melayu kata"hidup mesti diteruskan".Ornag sarawak kata"agi hidup agi ngelaban"

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi pinjamkan bahumu...noushy.pakcik mz,yatt,kupu-kupu,sheda,saje-je(walaupun bahumupatah:p),muadzamshah,shayz,chii,cikguamien..... dan kepada mrbean..




Tenokk..aku dah leh tersenyum..Aku dah ok skgrgggggggg:) Bolehkah kawan tersenyum gembira bersamaku?
Jangan lupe saksikan pakcik bean aku di tb3 hari rabu..
pukul berapa?tgk dalam intisari rancangan :p
senyumla..senyumla..ahaii cek mek molek:P

Friday, February 02, 2007

*bOLehkah aku mengangis di bahumu kawan?...*


Kawan, aku sakit..Benar,hati aku sungguh sakit.Bagai isi ayam yang disiat siat
Kawan, aku rasa seperti mahu menjerit, tapi walau sekuat mana aku mahu menjerit suara ini tak keluar jugak!
Kawan, Benar hati aku sakit.Sakit kerana ditipu..Sungguh aku tak pernah merasa sakit begini..
Kawan, Serasa aku mahu pergi dari sini.Aku mahu ke tempat lain. Mungkin ke New Zealand,Switzerland, all the land...Lagipun tambang MAS pun dah makin murah.Mahu aje aku kawan, mem'pack'kan barang aku utk ke sana.Tapi, aku lupe...aku tak de pasport.Uwaaaa
Kawan, aku sambut salam dia dengan baik.Aku yakin ada kejujuran pada hatinya.Ya, aku yakin kerana aku telah scan hati dia.Ya, aku nampak perkataan JUJUR di hati dia.Benar, aku yakin..
Tapi, keyakinan aku salah kawan. Benar-benar salah.Dia tak Jujur..
Kawan, mengapa manusia menipu.Bukankah orang tua tua ada pesan 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama jadi pencuri.'Aaaa nanti lama-lama jadi pencuri..Ye, dia memang seorang pencuri..Dia telah mencuri hati aku!!Pulangkan balikkkkkkkkk!!!
Kawan, tolong carikan hati aku!Dia curi dan patah patahkan hati aku. Dia lukakan hati aku..Ni tengok ni hati aku dah patah!!


Kawan, aku tak suka bohong.Memang, aku rindukan dia.Aku tak tahu mengapa.Tapi, dia hilang kawan.Dia hilang bersama hati aku...Kembalikan balik...!!
Kawan, sudah berhari mataku tak mahu lelap.Tidurla mata.Sudah puas aku dodoikan.Lagu siti nurhaliza sudah, lagu raihan sudah, lagu black eyed peace sudah, lagu devotees sudah(TIDAKkkkk aku tak boleh dgr lagu ini!!!!sambil tutup telinga), namun mataku tak mahu lelap juga.Mata, tidurla yee...Aku janji akan bawa jauh pergi hilang dalam ingatan.Tapi, aku tak mampu..Mata, maafkan aku ye..Kau tak boleh lena lagi malam ini..
Kawan, tolong aku carikan hati aku..Jika tidak, berikan bahu mu..bOLehkah aku mengangis di bahumu kawan?...
I hate pretending to be strong...but i-m not....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails