Monday, February 05, 2007

*rindu itu menarik ker?*

Aku sering tertanya, dimana aku belajar tentang RIndu?
Senyap seketika..entah..

Aku juga tak tahu bila aku start merindu?
Tertanya seketika..entah..


Ya,baru aku ingat ...Aku kenal rindu bila tok(nenek aku) akan balik semula ke kampung setelah duduk lamanye dengan aku sefamili.Bila sahaja tok nak balik, aku mesti menangis. Dan, malam tu aku akan tidur dengan kain batik tok aku...Sampaila sekarang..Ya, itulah kali pertama aku kenal betapa sakitnya merindu..

Sekarang, makin ramai yang aku rindukan.

Aku rindu kawan-kawan di utm..Rindu makan maggi bersama, rindu berkaroeke di bilik ida bersama, rindu makan nasi kerabu bersama, rindu masa bagi makan ikan di tasik utm, rindu merempit bersama-sama(maaf aku cume membonceng, tidak pandai merempit:p)

Aku rindu che che siuleng dan myrul.Kwn opis ku yang sangat best.Sekarang kami dah tak satu opis, sebab masing-masing bawa haluan sendiri.Masing-masing dah ada planning karier sendiri.dan tka sanggup stay kat kampeni tu.RIndunya nak makan sama-sama, nak pergi mamak sama-sama, nak pergi tgk wayang sama-sama.

Aku rindu kawan-kawan di SMKBBB.Bergelak bersama, bergaduh bersama, berloyar buruk sama-sama...

Aku pun rindu..rindu pada org yg menyakiti aku..

Haii..seksanyer jadi perindu...:P

p/s:guys, i know its a bit jiwang..I try hard to hide this feeling but i can-t..:(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails