Tuesday, January 23, 2007

*akusyg ARSENAL walaupun arsengal*

*BUDAK SPEK..cita pasal bola


Orang kata, bola sepak tu milik orang lelaki...Sape kata...sebab dah ada dah bola sepak tuk pompuan..

Orang kata, orang pompuan minat bola sepak sebab suka kat pemain bola yang hensem..Ehh salah tu, aku tak minat pun David beckham..aku minat ronaldinho..(pepaham sendri tau...huhuhu)

Aku rasa aku suka bola sepak sebab aku ada tiga orang adik lelaki..jadi, nak tak nak..aku memang part of them..so, kalu diorang tengok bola, aku tumpang sekaki.Walaupun aku tidak tahu pasal selok-belok permainan bola ni, tapi bila time jaringkan gol, aku akan bersorak bersama adik2 aku..GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!..dan ..aku dan adik-adik akan dimarahi oleh ibu aku yang tersayang......"Ya Allah, apa yang bising tengah malam nie"

Aku minat kat ARSENAL..ehh silap ARSENGAL..ha ha ha..Semua adik-adik aku pun tak suka MU.Adik aku yang ketiga minat Tottenhom(apa kejadah minat kelab ni).Adik yang bongsu minat arsenal..Jadi, aku tak leh la minat MU sebab nanti adik aku boikot aku plak. HAhahaha.

Walaupun aku tak tahu pun sape player2 ARSENAL ehh silap ARSENGAL,(yang aku tahu Tenry Henry --->tah betul ke idak ni ejaan aku..ngan manager dia arsene wanger..hu hu) tapi aku tetap miant ARSENGAL...

PERINGATAN : ARSENGAL PUN ARSENGAL LAA JANJI HATIKU BUKAN UNTUK mu





BUDAK SPEK...cita pasal bola kat M'sia


I-m proud to be Malaysian. So, kepaada orang-orang yang suka kutuk pasukan negara sendiri, g duduk negara lain. Tapi, tak leh salah kan diorang gak. Ornag yang bersukan ni, macam pergi berperang bawak negara sendiri.So, kalau kalah memang la malu.Cume, bila dah selalu sangat kalah, must be something wrong la. Hrap sangat malam ni Malaysia menang lawan Spore..

HUPDATE:::: aku sedih la malaysia kalah..tu pun di saat saat penalti.nape player yg sepak last tu cam lembik ajee...Hangin gak badan nie.Tapi, apa leh watkan. Bola tu bulat.Macam-macam leh jadi. Tapi, member aku kata , dia nampak banner tulis MALAYSIA PASTI KALAH. Aku tak pasti orang mana yang tulis.Tapi, aku rasa orang macam ni baik campak aje kat laut.Tak payah duduk mana-mana negarapun sebab tak ada RESPECT!!!!!.

PERINGATAN : Teringat piala team kedah..time radhi mat din..hidup kedah..!!

Ini semua adalah team-team bloggers yang minat ARSENAL.....!!!

  1. Budak spek (aku leee)




Sunday, January 21, 2007

*buat kak siti(bukan nama sebenar)

Surat untuk kak siti(maaf, ini bukan siti nurhaliza yeee)
Kak Siti,
Terkejut saya mendengar kabar daripada ibu. Benar saya benar-benar tergamam.Rupa-rupanya, di sebalik ketenangan wajah akak, ada dugaan yg hebat melanda akak.
Akak, sungguh murni pengorbanan akak. Mengikut suami akak yang ingin menyambung pelajaran di bandar ini. Saya yakin akak adalah isteri yang sholehah.Akak berhijrah ke sini demi kasih pada suami.
Tapi kak, tiada siapa menduga dan dapat meneka rupa-rupanya ada gelora dalam kehidupan akak. Suami yang disayang, pergi meninggalkan akak kerana ketemu cinta baru(cinta kampus!).Saya pernah melihat akak menangis di surau sekolah lepas solat. Sejak itu, saya seakan terbaca yang ada sesuatu menimpa akak.Namun wajah akak yang tenang tidak menyatakan godak gelora hati akak.
Akak, saya selalu berfikir dan meletakkan saya dalam diri akak. Saya tahu, saya tidak cukup dewasa untuk memahami akak. Saya juga tidak pasti mampukah saya menjadi setabah akak. Ya, saya kagum melihat ketabahan akak menerima dugaan ini.
“Saya sudah boleh terima semuanya kak ta. Ini dugaan untuk saya”..kata akak pada ibu.
Akak, semoga akak tabah menjaga anak akak yang baru berusia dua tahun itu. Saya percaya, anak akak akan menjadi seorang yang sangat berguna dan sholeh.Doa saya selalu untuk akak…


Akak, hidup tak semestinya sentiasa mendung dan tak selalu hujan. Mesti ada pelangi dalam hidup akak selepas hujan..dan mesti akan muncul matahari yang bersinar-sinar untuk akak..

BUDAK SPEK:Satu hari kak siti akan ketemu semula bahagia yang hilang....pasti..

Saturday, January 20, 2007

*try jadi nujum pak belalang!ada potensi tak?*

BUdak spek nak cite pasal JUARALAGU ..
Esok ada Anugerah Juara Lagu. Tak pasti lagi nak tengok ke tak.Sejak rumah ada "sayang intenet" ni, dah jarang nengok tv.Aku tahu tv tu pun dah merajuk ngan aku..nasibla...
Jadi, aku rasa aku nak test ketereran (rosak bm!) aku untuk menjadi nujum pak belalang. Mula-mula untuk kategori :
KATEGORI: ETNIK KREATIF/Lokman Ghani/Siti Nordiana)
LAGU PILIHAN :Warkah Buat Laila
LAGU YG MENANG:Warkah Buat Laila
ALASAN: Sebab lagu ni penah menang anugerah antarabangsa..bukan aku yg ckp, tapi kat paper yg bagitahu.
Lepas tu kategori:
KATEGORI: BALADAZulkifli Mahat/Noor/ Nora)
LAGU PILIHAN : Terlalu Istimewa(sebab aku minat kak dibah noor)
LAGU YG MENANG:Secebis harapan
ALASAN:Sebab lagu ni sedap..
Last sekali:
KATEGORI: POP ROCK Alfian/Ad Samad/Elyana)
LAGU PILIHAN : Diari Seorang Lelaki (sebab aku suka lagu ni)
LAGU YG MENANG:Juwita Citra Terindah
ALASAN:Sebab lagu ni best.
JUARA LAGU: Warkah buat Laila
Kalau betul ramalan aku ni mengena, maknanya TB3 KENA AMEK AKU JADI JURI UTK TAHUN DEPAN..HAHAHAhahhahah ------->dari tiga, aku betul dua ajer.Jadi, aku tak leh la jadi juri..tak kena langsung!!!

Thursday, January 18, 2007

*SURAT LEPAS GERAM TO BOS*

<--dilukis oleh opismate ku.. 10.1.2007
my dear bos,

the new year come, and everbody is party-party, but we like mati-mati and still stuck in the office..it=s ok bos, we dont mind. but why u do this to us..u nak keje cepat then gaji tak bagi on time.this is the se2 time bos.everbody has got their payment, but we ..still got nothing..
i DONT.CARE..YOU PROMISED US TO BANK IN OUR PAYMENT ON NEXT WEEK...SO...I WANT THE MONEY NEXT WEEK..IF NOT...I WILL SEE U IN COURT...heyy u don-t play play with me haaa
APA YANG KORANG AKAN BUAT KALAU BOS ASYIK BAYAR GAJI LAMBAT!
..1. cari kerja lain
2.tunggu sampai bos kasi gaji
3.tumbuk bos
4.laporkan pada jabatan buruh
5.pancitkan tayar keta bos
6.bakar company
7.upah orang suruh ugut bos
8.berserah saja pada takdir
9.atau korang ada any suggestion/solution...
SEKIAN.TERIMA KASIH.respond anda amatdiharapkan...
p/s:bos sya mc today..semoga bos bahagia di opis sana..

Friday, January 12, 2007

*Kap alif wau ya nun*

Dulu, masa Cinderella form 4, Cinderella plan nak kawin umur 25 (uihh sempat lagi plan time sekolah erk) .Tapi, tahun ni dah masuk 25 tahun dah, tapi takde tanda- tanda nak kawin...ngah ngah..takde jodoh laagi..
Orang-orang kampung, mak long, mak ngah, tok menakan, tok ketua, tok kadi, tok mudim..semua sibuk tanya bila nak kawin....single lagi ...
Mak long cakap "Nurul bila lagi ni, adik kamu dah kawin?"coming soon...
Mak ngah bagi nasihat "Kamu jgn memilih sangat, tak elok."memilih utk yg baik apa salahnye..
Tok ketua tanya "Kamu nak buat kenduri catering ke gune mentara",eh..saya nak kawin ke tok ketua yang nak kawin ni..'
Tok kadi warning "Kamu kalu nak kawin, aku leh nikahkan."sabarla tok kadi oii, belum jumpa putera idaman hati lagi.
Tok menakan cakap "Kamu jgn belajar tinggi-tinggi sangat, kang orang takut nak meminang."laaa...ape keheeenye pulak..
Sabarlaa yeee..saya bukan tak nak kawin.Satu hari saya akan kawin jugak.Doakan saya yee cepat kawin, ada anak..ada cucu..ada cicit...amin...

Monday, January 08, 2007

*Setelah ketiadaan MSJBOX*

Mesti ramai yang windu-winduan kat msjbox kan..Sejak msjbox takde, terpaksala guna oggix(tak berapa best sgt) ngan cbox (pun tak best sgt). Emm bile erk Msjbox nak ada balik???

CindereLLa:Dimana kan ku cari ganti.hu hu hu!

Saturday, January 06, 2007

*sabtu hari tu...*

Pada suatu hari Sabtu..
....tekan clash, masuk gear, tekan minyak...park kereta kat Komuter UKM..naik komuter..pergi MIDvalley...)"....WIThout planning

Apa ade kat midvalley erk
..uiii ramainye orang..Diaorang ni tak reti duduk rumah ke?
He.He..Ramainya orang bercinta tgh dating kat mid valley nie(ehh ehh teringat plak kisah lama)..Cinderella pun jalan..jalan..dan jalan..Uii kenapa ramai orang nie..ooo ada orang OIAM+M'sianIdol..Cepat-cepat ambik handphone..Klikkk!!Klikk! snap pic diorang tapi tak semua dapat.Sebabnye, jauh sangat.Ni pic nya.."(P/S:Pic kabur sebab salah setting!sabou jela)"

Ramainye orang...
Jadi, Cinderella mem"chowkan" diri dan terus pergi ke MPH.Ermm buku apa nak beli?Satu jam kat MPH, Cinderella decide beli 3 buku roald dahl..Harga:RM49.50 tunaiiiii...
Apa lagi ye nak beli?Tiba-tiba teringat dompet lama yang dah lunyai+rosak+luput...

Cinderella pun belilah dompet yang baru dengan harganya RM23.90 tunaiii...

On the way ke komuter....Ehh ehh cantik pulak blusher ngan mousse maybeline nie...
"angkat laaa satu adik"kata amoi promoter tuh.
"tak pandai pakai la.."
Amoi tu pun ajar Cinderella pakai..Dan entah kenapa...boleh pulak terpengaruh nak beli...ARGHHHHHHHHHH melayang RM 60.00..UWaaaa..makan blusher laa pas nie..

AT home...
Kira punya kira. dah habis RM150 ringgit hari nie..

Hai, perempuan mengapakah engkau dilahirkan untuk suka shopping




CINDERELLA::MINGGU depan shopping lagi nak?

Friday, January 05, 2007

*misi tahun jAMES BOND*

CindereLLa ngan abang JAMES BOND nak wish..WELCOME TO THE JAMES BOND'S YEAR 2-007..!


Cinderella tak suka ada azam.Tapi Cinderella ade abg sepupu nama azam.Anak dah tiga orang dah.(ha ha apa melalut ni).Cinderlla kalu letak azam..macam tak jalan jeee..(teruk sungguh)..Cinderella memang salute la kat kengkawan yang pasang azam dah tercapai azam.Bravo!Bravo!Tahun ni,Cinderella ada banyak misi..

Misi 1 :: Menunggu Kementerian Pendidikan hantar rombongan merisik utk jadi cikgu

Misi 2::Berjumpa dengan Putera Katak.

Misi 3::Membantu adik Cinderella punya wedding yang akan coming soon.

Misi 4::MeLANGsaikan hutang MARA dengan segera!!.

Misi 5::Mendapatkan keta kenari aerosport sebelum stok habis di pasaran!!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails