Sunday, January 21, 2007

*buat kak siti(bukan nama sebenar)

Surat untuk kak siti(maaf, ini bukan siti nurhaliza yeee)
Kak Siti,
Terkejut saya mendengar kabar daripada ibu. Benar saya benar-benar tergamam.Rupa-rupanya, di sebalik ketenangan wajah akak, ada dugaan yg hebat melanda akak.
Akak, sungguh murni pengorbanan akak. Mengikut suami akak yang ingin menyambung pelajaran di bandar ini. Saya yakin akak adalah isteri yang sholehah.Akak berhijrah ke sini demi kasih pada suami.
Tapi kak, tiada siapa menduga dan dapat meneka rupa-rupanya ada gelora dalam kehidupan akak. Suami yang disayang, pergi meninggalkan akak kerana ketemu cinta baru(cinta kampus!).Saya pernah melihat akak menangis di surau sekolah lepas solat. Sejak itu, saya seakan terbaca yang ada sesuatu menimpa akak.Namun wajah akak yang tenang tidak menyatakan godak gelora hati akak.
Akak, saya selalu berfikir dan meletakkan saya dalam diri akak. Saya tahu, saya tidak cukup dewasa untuk memahami akak. Saya juga tidak pasti mampukah saya menjadi setabah akak. Ya, saya kagum melihat ketabahan akak menerima dugaan ini.
“Saya sudah boleh terima semuanya kak ta. Ini dugaan untuk saya”..kata akak pada ibu.
Akak, semoga akak tabah menjaga anak akak yang baru berusia dua tahun itu. Saya percaya, anak akak akan menjadi seorang yang sangat berguna dan sholeh.Doa saya selalu untuk akak…


Akak, hidup tak semestinya sentiasa mendung dan tak selalu hujan. Mesti ada pelangi dalam hidup akak selepas hujan..dan mesti akan muncul matahari yang bersinar-sinar untuk akak..

BUDAK SPEK:Satu hari kak siti akan ketemu semula bahagia yang hilang....pasti..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails