Monday, May 16, 2011

SayaGuru!Mari Ucap selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU..semuaaa


Selamat hari guru untuk semua guru-guru di malaysia.Tak kiralah di mana jua tempat anda mengajar, Di sekolah asrama penuh, sekolah harian biasa, sekolah menengah, maktab, tadika,pasti, universiti,kolej..hatta di rumah anda sendiri (guru mengaji dan guru tusyen) ...


Saya merupakan seorang guru sekolah menengah di selangor. Kenapa saya mahu menjadi guru.Mak saya yang suruh...Ha hahahah.Saya nak jadi ahli farmasi tapi mak saya yang suruh saya jadi guru.. :p


Acah je tu. Memang selepas keluarnya result spm, terjadi konflik dalam diri saya ni.Tak tahu nak sambung belajar dalam bidang apa..Saya minat sastera. sAYA minat sains. Arghhh.Last last mak saya kata


"ala kak, jadi cikgu je senang. Kerja pun half day."


Saya mencebikkan muka saya. Dalam hati berkata "mak cikgu, makcik cikgu, maksu cikgu, tok dulu pun cikgu, tokcik pun cikgu, tok su pun cikgu...ishhh..Kenapala mak aku tak suruh aku jadi doktor...(sebab dia tahu ko tak belajar biologi time spm dulu hahahaha)


Jadi, saya jadi cikgu sekarang ni sebab mak saya suruh ke???Ehhh tidak sama sekali...


Oleh disebabkan saya mempunyai konflik diri yang sangat tinggi ketika saya mahu memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran saya, maka saya meminta pendapat kawan-kawan.


Seorang sahabat baik saya, bernama NAZIA pernah berkata " Ko ni sesuailah izza jadi cikgu. Ko ingat tak masa pmr dulu, aku ni memang la tak pandai matematik. Salah satu sebab aku dapat B ni sebab ko ajar aku la. Ko ingat tak ko buat nota matematik tajuk bulatan kat aku. Lepas habis sekolah kau ajar aku matematik kat perpustakaan. "


Kembang jugak la saya time tu. Orang pujikan. So, at that time i decided to choose teaching as my career. Sometimes, we do not realise our own alibity until somebody tell us. Masa isi borang upu tu, kelima lima pilihan aku adalah teaching di utm. Alhamdulillah, i get the interview but...i FAILED..So, korang bayangkanlah betapa runtunnye jiwa saya kerana tak dapat masuk u, sedangkan results bagus la jugak..I hik ihik ihik


"Ketika satu pintu rezeki ditutup, dibukanya pintu rezeki yang lain" Ketika saya meraba-raba mahu belajar kemana dan dimana, saya ditawarkan mengikuti kursus persediaan utm di Kolej Mara Kulim. Ala ala matriks la jugak. Tapi setahun aje dan ia tidakla sesusah matriks. Alhamdulillah, i pass the exam with flying colours and dapat offer buat degree di utm.


MALANGNYA...oleh kerana saya terikat dengan MARA saya tidak dibenarkan mengambil kursus pendidikan. ABih nak amik ape niiiiiiiiiiiiiii? Jadi, saya telah memilih kursus FIZIK INDUSTRI.Yeee fizik industri...Yee diulangi fizik industri yang tak berapa nak best :(


Atas sebab tanggungjawab sebagai pelajar, saya belajar jugak sampailah 5 tahun di sana (extend satu tahun)..AKhirnya, keluarlah saya sebagai graduan lulusan ijazah fizik industri..Maka bermulalah pencarian mencari kerje. Yang kelakarnya, pekerjaan yang saya mohon kebanyakkannya adalah management trainee.Takan saya nak minta jadi engineer, saya rasa saya tak layakpun.Allah bagi rezeki pada saya kerana mendapat pekerjaan di sebuah kompeni penerbitan yang kecil sebagai editor. Jadi bekerjalah saya "like hell"di sana. Kenapa saya kata begitu, Kerana bos saya suka kata macam tu. "wE HAVe to make it fast,We have to rush like hell you know!"


Setelah berhenti kerja dari kampeni itu, saya diberi peluang untuk melanjutkan pjaran ke ukm dengan mengambil diploma pendidikan. Nama sayatersenarai kerana saya adalah salah satu calon yang gagal KPLI.Jadi kementerian mencalonkan nama saya untuk mengikuti kursus DPLI.Mungkin juga disebabkan saya mengambil kursus fizik semasa di utm dulu.


Jadi, di ukm la saya belajar tentang ilmu ilmu pendidikan. Walaupun ia hanya setahun, tetapi saya sangat seronok belajar di situ berbanding dengan belajar di utm..

Alhamdulillah, setelah 7 tahun akhirnya ALLAH menobatkan saya sebagai seorang guru..Terima kasih allah kerana memberikan rezeki ni ..Dan, sekarang saya menjalani pekerjaan sebagai seorang guru Sains. Semoga ALLAH sentiasa memberikan saya ilham untuk mengajar anak-anak didik saya dan tidak menjadikan saya sebagai orang yang LUPADIRI!!

Gambar kenangan semasa tahun pertama mengajar di Miri.Saya gadis yang berbaju biru.auww




Gambar semasa menjadi guru kelab kebudayaan di miri. Habis budak budak ni ajar saya tarian iban, bidayuh dan mcm mcm lagi la

4 comments:

  1. selamat hari guru cikgu. :)
    thnks for the wonderful time during my secondary years. take care and be happy alwys. :D

    ReplyDelete
  2. dear steph, thanks ..
    i still remember ure guys perform tarian kat sekolah dulu.windu laaa

    ReplyDelete
  3. Hepi teacher's day kak. lagi beberapa tahun insyaallah, jadi pengetua.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:19 AM

    akak,nak tanye la..fizik industri tu blaja ape je?saye dpat course tu jugak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails