Jadi, untuk slot yang pertama ini saya akan ceritakan tentang satu MAkhluk halus ciptaan ALLAH ...Namanya BACTERIA...:)
Ini adalah respon daripada anak0anak murid saya bila saya tanyakan tengan bakteria.
"Bakteria tu habuk cikgu"
"Bakteria tu boleh buat kita sakit"
Dan ini adalah jawapan yang paling best "Bakteria itu adalah VITAGEN"hA HA Hahaha
Sebenarnya, bakateria itu adalah makhluk yang sangat halus. Tapi dalam sains kita tak panggil makluk.Kita panggil mikroorganisma. Bila sebut mikroorganisma sudah tentulah ia sesuatu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita. Kita perlukan satu alat yang dipanggil MIKROSKOP.
Bakteria sama juga seperti manusia iaitu ia adalah benda hidup. Kalau sebut benda hidup, ia mestilah makan dan ada tempat tinggal. Hari ni, cikgu nunu nak cerita tentang SAPROPHYTIC BACTERIA sahaja. Ia adalah sejenis bakteria yang "makan" benda -benda yang sudah reput. Sebagai contoh, kalau manusia/haiwan mati, badan kita akan menjadi reput kan. Macam mana boleh reput, Sebab adanya SAPROPHYTIC BACTERIA nI lah.SAPROPHYTIC BACTERIA ini akan menguraikan sebatian kompleks menjadi sebatian yang lebih ringkas. Akibat penguraian ini, kandungan humus dalam tanah meningkat lalu menyuburkan tanah.
Terfikir tak korang tengang pernaan si makhluk halus bakteria ini. Betapa hebatnya ciptaanALLAH, benda yang sekecil cenonet macam tuh boleh berikan kesuburan pada tanah. Dan, terfikir tak kita yang bila kita mati pun kita dapat memberikan manfaat kepada hidupan lain?Yela, bila tanah makin subur, tumbuhan akan tumbuh dengan segar dan ia dapat memberi kebaikan kepada hidupan lain, tak kiralah manusia mahupun haiwan.
Kesimpulannya, bakteria ini adalah makluk yang halusssssss namun ia masih memberikan manfaat kepada kita semua walaupun ia tidakla seksi. :)
Gambar di bawah ini adalah contoh bakteria. Bakteria ni ada macam macam bentuk. Yang bawah ni bentuknye macam rod
Yang bawah ini adalah bakteria bentuk bulat, atau kita panggi cocci.
No comments:
Post a Comment