Monday, September 13, 2010

mereka ibu yang tabah..bagaimanakah dengan aku?


"Sebagai seorang ibu, apabila saya disahkan mengadnung ..tak henti henti saya berdoa "Ya,Allah ya tuhanku..Kau selamatkanlah anak anak dalam kandungan ku.Kau keluarkanlah mereka dari perutku dengan mudah ya ALLAH.Kau sihatkan mereka ya ALLAH".Saya kira..anda juga begitu kan."

Alhamdulillah, anak anak saya ira dan ara keluar dari perut saya dengan mudah.Terima kasih ALLAH.Alhamdulillah, ira dan ara sihat sejahtera.Hari ini, saya menjumpai ibu-ibu yang sangat hebat. Entah mengapa, saya merasa diri saya terlalu kecil.Saya begitu kagum melihat ibu ibu yang tabah menjaga anaknya yang sakit dan istimewa..

Saya faham bagaimana perasaan ibu sekiranya anak demam.Boleh bayangkan betapa risau dan gelisahnya hati kita. Nah itu baru demam. Saya cuba membayangkan berada dalam keadaan ibu ibu yang mana anak mereka sedang berjuang dalam kesakitaN.ADUHH..sungguh saya tak mampu membayangkannya.

Kerana itu hati saya kagum melihat ketabahan mereka membesarkan anak mereka. Kekuatan mereka memberikan peerangsang kepada saya untuk menysukuri nikmat Allah yang telah diberikan kepada saya.

Pernah satu hari saya memarahi ira dan ara kerana dia asyik mahu menyonyot aje dengan saya.Geram kerana saya terlalu letih di tempat kerja.Saya marahkannya bukan main lagi hinggakan saya lupa yang mereka hanya seorang insan yang kecil yang tidak tahu apa apa...Saya beristigfar..Arghh diuji sedikit itupun aku marah!Alhamdulilah saya mulai belajar daripada kesilapan..Marah itu saya simpankan walau sepenat manapun saya. Mereka adalah anak anak yang memerlukan kasih sayang daripada saya..ibunya..

Saya akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya..


Buat ibu ibu yang hebat di sana, saya doakan ketabahan dan kebahagian sentiasa bersama sama anda.Saya kagum melihat anda membesarkan anak anda.Sesungguhnya anda adalah mutiara pilihan ALLAH S.W.T...

Inilah dia ibu ibu yang tabah...






Ya ALLAH,berikanla kepadaku kekuatan untuk aku memebesarkan, mendidik, mengasuh, memberikan kasih dan sayangku untuk ira dan ara, pelengkap jiwa dan ragaku..Amin Ya Rabbal alamin

3 comments:

  1. salam,

    thanks sudi jenguk dinoor blog. semoga Allah juga memberi kekuatan dan kemudahan kepada awak untuk menjadi ibu yang tabah... amin! doakan Mawaddah ye!

    ReplyDelete
  2. salam min..terima kasih .sama sama kita menjadi ibu yang tabah yeee

    ReplyDelete
  3. Salam, Nunu... selamat berkenalan. terima kasih kerana sudi singgah di blog ita... comel anak2 Nunu, seronok kan dapat kembar... sehat pula tuh. Alhamdulillah...

    Alisya anak ita yang istimewa pemberian Allah. Tabah mana pun ita, itu hanya sebesar zarah jika nak dibandingkan dengan orang yang lebih diuji. Terima kasih kerana memberi semangat... dan salam perkenalan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails