"mood nak citer raya..walaupun tak berapa FUN raya tahun ni sebab tak balik kampung, kedah.
Tahun ini adalah tahun kedua saya beraya sebagai isteri mithali.Ihik ihik Dan, tahun ni lah ira dan ara dapat beraya. Dalam sejarah hidup saya, inilah pertama kali saya tidak beraya di samping keluarga tersayang.Perjanjian sudah dibuat bersama dengan suami tercinta dimana tahun ini adalah giliran dia. Namun, sebelum raya pertama saya telah membalas dendam!Ihik ihik.Saya balik ke rumah mak ayah saya selama seminggu untuk berpuasa dan buat cookies. Ihik ihik...
HUPDATE..
1.mY FAMILY SIde agak sedikit sepi di pagi raya memandangkan saya tidak berhari raya di sana. Namun, mak saya bertuah kerana adik-adik saya yang berada jauh di perantauan pulang jua berhari raya...Gambar di sebelan menunjukkan ibu dan abah saya yang di apit oleh adik- adik saya yang hensem dan tak lupa pulang ke rumah.
Oh ye, jangan salah paham.Adik saya yang bertarbus itu bukanlah belajar di Mesir yee..Begitu juga yang segak berbaju melayu itu.Bukan juga di US,UK ataupun Japan..Mereka merantau dekat jee.Yang berbaju melayu cuma merantau ke Kulim, dan yang bertarbus itu ..erk cuma di SHah Alam aje..IHIK Ihik ihik..Tapi adikadikku, akak bangga kerana kamu beraya bersama mama dan abah..:)
Gambar di sebelah adalah gambar saya bersama dengan keluarga suami saya...tahun ni saya tak sempat belajar anyam ketupat nasi daripada mak mertua saya..Ihik ihik.Tapi takpe, saya pandai anyam ketupat daun palas :p
slmt hari raye fren!
ReplyDeleteselamat hari raya nuuol...maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteseronok kan beraya dgn si kembar
meo::selamat hari raya to u too fren
ReplyDeletenoamee::alhamdulillah seronok kak