Thursday, September 21, 2006

*Putera KATAK*



aku dapat hadiah seekor katak yang comel dari kawan baik aku.Nama dia Nadratun Naim.Tapi nama glamer dia Nad.Sebenarnya aku rasa hairan,kenapa kawan aku kasi hadiah katak tu kat aku.Kenapa dia tak kasi teddy bear ke..(dah kasi manyak songeh lak hu hu!)Tapi aku rasa aku paham maksud tersirat dan tersurat hadiah tu.

Orang kata ,"we have to kiss a frog before we meet the prince".Aku pun tak pasti betul ke tak kenyataan nie.Tapi rasa-rasa memang betul la kan.Selalunya,kita akan jumpa dengan orang yang salah dulu, sebelum kita jumpa dengan orang yang betul dalam hidup kita.Hakikatnya,kita akan rasa pedih bila jumpa dengan orang yang salah.Tapi itulah pengalaman yang mengajar kita untuk mengenal hati budi orang .

Cuma yang menghairankan aku.Kenapa mesti katak?Mngapa dalam banyak-banayk binatan,katak juga dipilih.Aku bukan nak kata katak tu tak comel(mmg tak comey pun ha ha ).Cuma aku rasa banyak lagi binatang yang best macam penguin ke,harimau ke,zirafah ke...

Aku rasa sebabnya..mungkin kerana warna katak ni hijau dan katak ni amfibia..Agaknye lah kot...


CindereLLa:On average..how many frogs does a woman kiss before she find a prince!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails