Saturday, August 28, 2010

KIsah breastfeedingku..

Terlebih dahulu, sila pejamkan sahaja mata melihat rumah penulis yang berselerak ni.Entah mengapa mood godek godek nak design templates sendiri semakin rancak.Jadi, pejamkan saja matanya kerana ia masih dalam pembinaan .Ehe ehe.

Kisah ini aku published di halaman blog baru aku. Tetapi memandangkan aku tak jadi nak pindah(yang entah berapa kali asyik tak jadik), jadi aku nak paste kat sini...

Saya tak layak..Saya adalah ibu yang tak layak bercerita tentang breastfeed.Tapi entah kenapa pagi pagi ini, saya ingin berkongsi kisah saya bersama kawan-kawan blog saya.Mungkin entry ini sedikit panjang(ditambah dengan "emo" saya), jadi saya ucapkan "selamat membaca":) dan saya amat memerlukan kata sokongan anda


Jika ditanya "adakah anda masih menyusukan bayi anda" Aku jawab " Ya, tapi tak eksklusif la.Susu tak banyak"..


Ya, aku masih boleh dikategorikan ssebagai ibu yang breastfeedkan anak nye tapi aku rasa aku tak layak...


Semasa aku mengandung, memang aku decide nak breastfeedkan anak aku. Memandangkan ini adalah kelahiran pertama, aku tak ambil pusing tentang cabaran breastfeed ni. Jadi, aku tak ambil pusing tentang breastpump ke, kelas susuan ibu ke atau sebagainya.

Al-kisahnya, aku sangat tensen semasa memberikan susu aku kepada ira dan ara pada hari pertama kelahiran mereka. SUSU aku tiada..Tapi nurse suruh baby hisap jugak. Ditambah pula dengan kesakitan melahirkan anak kembar, aku jadi bertambah tertekan. Untuk pengetahuan korang, aku deliver anak kembar aku secara normal.Jadi, memang sangat sakit.Masa kat wad bersalin aku tak rasa sakit sangat sebab aku dah tak sabar nak keluarkan baby. Lepas dijahit tu aku rasasangat sakit...

Dengan kesakitan itu, aku hanya boleh mengiring sahaja. Hari pertama aku tidur di wad, tiada sesiapa yang meneman. Suamiku tak dibenarkan meneman.Jadi tinggallah aku seorang diri. Kemudian, selang beberapa jam, nurse menghantar dua orang puteriku kepada aku. Mereka menangis mahukan susu. Lalu, dalam keadaan yang sakit aku bangun menyusukan ara(adik).Aku hampa kerana susuku tiada. Puas aku picit namun tiada.Kemudian aku susukan ira, juga tiada.Nurse di situ memberi kata perangsang "mula mula memang takde puan.tunggu nanti dua tiga hari adala.Tapi bagi je baby hisap"

Anak anakku terus menangis. Mujurla ira(kakak) akan diam bila dengan adiknya menangis. Dia paham agaknya.DIa kesian pada ibunya..

Jadi, dengan ketiadaan susuku menyebabkan mereka diberi susu formula. Aku tak tahu susu apa yang hospital bagi. Tapi, aku sedih kerana mereka tak dapat susu ibu mereka. Tertekan lagi!

Selepas dua hari aku pulang ke rumah ibuku. Susuku masih tiada.Masa tu aku decide " takpe la bagi aj e la susu formula".Namun, ia tak disetujui oleh suami ku. Suami ku calm orangya. Dia cuba console aku. Dia faham, aku tertekan dengan dua situasi .Susu tiada dan kesakitan selepas bersalin. Aku pun tak boleh mengurut kerana aku tak boleh duduk dengan betul..

Suamiku sentiasa memberi kata perangsang kepadaku.Aku selalu berkata padanya "Abang,mungkin ayang ni tak layak untuk menyusukan baby kita"
"Abang, barangkali ayang ni banya k dosa sebab tu susu ayang tak banyak

Suamiku setia dengan kata kata perangsangnya.Kata kata suami ku yang paling aku ingat..
"jangan macam tu sayang. Bagila anak anak kita merasa susu ibunya.."

Aduuhhh.Itula permintaan suami..bisakah aku tunaikan dong (ehh terindon plak)

Jadi, aku pun mula membaca tentnag susu ibu.Aku baca cara cara nak tambah susu.Aku baca mesin pam yang bagus.Aku baca makanan untuk tambah susu...

Aku mulakan langkah membeli pam.Pam yang aku beli adalah pam spectra. Harga yang bersesuaian dengan kemampuanku..Aku sangat teruja untuk mengepam..Namun, hasilnya..sangat menghampakan...

Pada masa yang sama, aku masih breastfeedkan anak kembarku secara direct dan ditambah dengan bantuan susu formula.

Pada awal bulan, ara(adik) kurang menyusu badan. Ini kerana ara selalu menagnis dan aku ha
dapi kesukaran untuk breastfeed dia. Kakak pula asyik nak menyonyot aje.Susu dah kering pun nak nyonyot ajeputing ibunya.Dengan keadaan badan yang letih dan sakit, kadang kala tertinggi juga suara ku. Aduuu anak anakku masihkecil, kenapa dimarahi. Mereka mana paham apa apa. aKU RAsa seperti tak layak menjadi ibu..

Kisah breastfeed aku ini menjadi semakin "worst"bila aku mula bekerja. Aku mula bekerja pada hari ke45.Kenapa?Aku ambil cuti dua minggu awal kerana keadaan badan yang tak mengizinkan. Dengan kerja aku yang memerlukan tenaga menaik turun tangga, men gawal kesbisingan, memarahi orang yang tak denganr cakap, ia sangat memerlukan kesabaran.Tambahan pula aku masih dalam pantang. Kalau aku mengandung lagi aku tak mahu ambil cuti awal. Tapi denganr dengar cerita cuti bersalin mungkin 90 hari.Silala perjuangkan :)

Pulang saja dari k er ja, aku akan memberikan susuku.

Namun kadang kala, ia sangat menyedihkan. Apabila anak anak aku menangis kerana tak cukup susu ibunya.Jadi, selepas aku breastfeed mereka, aku tambah pula dengan susu formula. Aku terpaksa juga berbuat begitu kerana susuku kering(mungkin kerana tension dengan bebeanan kerja) dan badan yang teramat sangat letih.Aku EXHAUSTED!!'

Pada usia anak anakku 2-4 bulan, susuku makin banyak. Namun, tak lasebanyak kawan-kawan lain. Aku ada buat stok tapi tak la banyak. Sekali aku pam, daptla dalam 3oz.Anak aku pula dua orang jadi aku bahagikan dalam dua botol.So, sorang dapat 1.5oz. Sikit kan. Tapi tak pe.Aku nak bagi jugak...Macam macam aku makan nak tambah susu badan. ANtaranya bendi,spitulina dan lobakputih.

Pernah tak kawankawan dengar pasal pil tambah susu badan?AKu pernah ambil dan ketika itujugala susu ku agak banyak. Namun aku tak tahan dengan side effectnya iaitu MENGANTUK..Dan menurut kata seorang dr tak elok ambil pin tambah susu sebab the milk doesn't come naturally. Macam you force dia suh keluar.Ia takdigalakkan.So, i stopped!

Kini susu aku lagi bertambahkurang. I blamed myself bila babyku demam.Aku selalu cakap baby ni demam sebab aku tak bagi susu badan.Sebagai alternatif, aku minum herbal tea untuk increased breast milk. Alhamdulillah, susu badan ku masih ada sikit.

Bukanlah mudah untuk breastfeed anak kembar. Penuh dengan cabaran.Walaupun aku tak breastfeed sepenuhnya, namun aku akan pastikan yang anak anakku merasa susuku walau setitikpun. ..

Begitula kisah aku....Kepada ibu yang breastfeedkan anak mereka sepenuhnya, aku ucapkan SYABAS..Kepada yang serupa kisahnya seperti aku, jangan La putus asa. BErikan susumu untuk anakmu..sebanyak mana yang mungkin walaupun mungkin hanya setitik..


jADI,sELAMAT MEMBACA KEPADA YANG BELUM MEMBACA..HIHIIHI

2 comments:

  1. hi bonda..
    sabar ye..nanti insyaAllah, ader la susu tu..
    try la urut sket2 kat breast tu..
    =)

    ReplyDelete
  2. iza, syahdunya baca...jgn putus asa yer...chaiyook

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails