Sejak sekolah rendah saya sudah mula belajar puasa.Walaupunmacam mana pun banyak juga hari-hari yang terkantoi. Saya ingat lagi, bila saya puasa, abah akan belikan macam2 makanan yang saya nak. Masa mula-mula puasa, satu je yang saya tak tahan...iaitu rasa haus/dahaga..Rasa itu benar benar menggugat iman kecil saya nie. Maka, bila mula sahaja waktu rehat saya akan basahkan tuala kecil saya dan letak di muka. Tuala saya tu saya basahkan sebasah basahnye.Sambil saya letak di muka, sambil tu saya Cuba minum air bsahan dari tuala tu.Ha haa haaa..Kadang-kadang, bila tak tahan sangat, saya akan kumur mulut dengan air paip. Sambil kumur tu...blurppppp .OPS..SAYA TERminummm...
Dulu, masa saya kecil-kecil, saya Tanya pada mak saya
“Ma, kenapa kita kena puasa?”
Mak saya kata
”Kita kena puasa sebab nak tahan diri kita dari lapar dan dahaga. Puasa melatih kita merasai macam mana orang-orang yang tak cukup makan mcm kat Somalia.”
”Kalau orang tak puasa macam mana?”
”Kalau orang tak puasa, Allah tak sayang..”
Jadi, adik adik semua, kalau nak ALLAH sayang, mestilah puasa yeeee
SEMALAM, Sekolah saya digemparkan dengan insiden yang sangat menghanginkan serta menyedihkan saya. Cikgu Ali, cikgu displin sekolah saya menjumpai air tin sprite(yang masih berais dna sejuk) dan biskut di tandas lelaki! Ada pelajar yang tak berpuasa.Dengar cerita pelajar tersebut adalah pelajar tingakatan 3 yang sedang periksa.Takkan la pelajar bukan islam nak makan dalam tandas. Dah tentu diorg boleh makan terang-terangan di public..
Lepas tu, member praktikal saya yang mengajar di tingkatan 1 dan 2 cerita yang ramai budak2 tingakatan 1 dan 2 tak puasa. Ada yang makan dalam kelas.Alasannye tak tahan tgk pelajar non-muslim Makan. MasyaALLAH mereka ni tak kena didik ke. saya istigfar banyak-banyak. Lemahnya nafsu mereka.Hanya disuruh menahan lapar dan dahaga untuk beberapa jam sahaja. Itupun tak tahan..
Mak saya kata, anak-anak muridnya yang di sekolah rendah tu pun puasa. Sungguh memalukan. Adik-adik yang di sekolah rendah tu pun tahu puasa...Abang-abang yang di sekolah menengah ponteng puasa..Malu!!!
No comments:
Post a Comment