Friday, August 31, 2007

*macam ni belum tentu saya merdeka...:)*

SELAMAT HARI MERDEKA-50 TAHUN.... (Arwah tok wan saya(anak panah) dengan arwah Tun Razak)

Bila orang tanye..apa itu merdeka? ..merdeka adalah bebas daripada penjajah..
Siapa pula penjajah...Siapa pula yang dijajah..siapa pula yang menjajah...
Siam..British..Komunis...? Atau mungkin diri kita sendiri.....
Pagi merdeka tadi saya berborak dengan toksaya..Tok saya seorang guru kemas.Mengajar menjahit, memasak..atau dalam erti kata lain..mengajar menjadi suri rumah tangga yang berjaya :)

Tok kata dulu masa dia nak berkeja sebagai cikgu, tok wan marah(suami tok)..Dia kata duduk aje la rumah.Tapi, bila dipujuk pujuk akhirnya tok wan saya kasi jugak..
Saya...tak perlu nak pujuk sapa-sapa.Saya bebas memilih untuk apa juga kerja yang saya ingin tanpa paksaan orang..merdekanya saya...

Tok kata dulu masa dia jadi cikgu, dia kena naik perahu pergi kampung-kampung untuk mengajar.....Lepas tu, berjalan kaki pulak.Saya...tak perlu naik perahu.tak perlu jalan kaki.Saya ada kereta mak yang boleh saya bawak.Walaupun rumah saya jauh dari sekolah saya mengajar, saya ada kereta.Hanya 10 minit sahaja..merdekanya saya...


Tapi, sebagai seorang guru..adakah saya sanggup meredah sungai dengan perahu untuk mengajar anak anak murid saya...Mungkin saya belum merdeka...

Tok kata masa merdeka 1957, tok dan tok wan naik bas dari baling kedah ke kuala lumpur untuk melihat detik-detik kermerdekaan. Tok kata, berjam-jam dan habis sakit badan sepanjang perjalanan tuh.
Saya..tak perlu naik bas berjam-jam.Saya boleh naik komuter, lrt ataupun kereta sendiri untuk pergi sambut merdeka..merdekanya saya...

Tapi, saya lebih suka tengok sambutan kemerdekaan di depan tv.Mungkin saya belum merdeka..


(saya baru je beli buku ni petang tadi di book fair alamanda, putrajaya)

Bad:Masih mencari merdeka

Good:Masih tetap merdeka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails