Tuesday, October 12, 2010

KEnapa ramai perempuan masuk neraka?

Kita selalu ingat yang rezeki itu berkaitan dengan duit. Tapikan rezeki ni bukan la duit semata-mata. Ada orang kata mendapat kawan-kawan yang baik adalah satu rezeki juga daripada allah s.w.t. saya amat bertuah kerana kebanyakkan kawan-kawan saya baik. Alhamdulillah, sejak saya berpindah ke tempat kerja baru, saya mendapat banyak kawan yang mendorong saya menjadi orang yang sholelah. Pagi tadi,saya mendapat ilmu yang berguna daripada kawan saya, kak syakirah. Bagi saya ilmu dan rakan yang baik adalah rezeki daripada allah yang tak ternilah..ingin saya kongsikan

“kenapa orang perempuan ramai yang masuk neraka”..
Orang perempuan kalau tinggi suara kepada suami pun dah dikira derhaka. Dan tempatnya adalah di neraka..Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedari. Bila kita balik dari kerja dan badan kita rasa sangat letih. Ketika itu, macam – macam benda nak dibuat di rumah. Dan dalam kita tak sedar kita tertinggi suara pada suami kita.

“abang ni baca suratkabar aje.tolong la basuh berak anak tuh..”

Ataupun

“hishh abang ni.tidur ajeee.”
Ataupun

“abang ni tak dengar ke ayang panggil. Penat la”

Secara sengaja ataupun tak sengaja, kita tertinggi suara pada suami kita..Ada masanya kita perlu berhati-hati.Kerana itulah selalula kita bermuhasabah diri. Beringat ingatla selalu..

Kedua : sejauh manakah kita ikhlas kepada allah s.w.t
Percaya atau tidak..kadang kala kita selalu mengeluh kerana orang tak menghargai usaha kita. Sebagai contoh

“eii , penat aje aku buat laporan ni. Last last bukan aku dapat nama pun. Kalau aku tahu baik aku tak payah buat”

Mungkin kita tak sedar, kita selalu buat sesuatu pekerjaan dengan mengharapkan orang tahu atau tengok yang pekerjaan itu kita yang buat. Kita juga berharap agar kita mendapat ganjaran daripada manusia apabila kita melakukan sesuatu kerja. Contohnya

“geram betul akak dek non. Akak ni dah bertahun kerja kat company ni. Diaorang tak nampak ke akak bersusah payah untuk company ni. Sikit pun akak tak terima ganjaran ke saguthati ke.”
“akak, mereka mungkin tak Nampak akak. Tapi allah Nampak akak. Akak dah dapat ganjarannya. Cuba tengok anak akak.semua anak akak berjaya ke university. walaupun akak tak dapat ganjaran dari company akak, akak tetap dapat ganjaran daripada allah.”

Jadi, jangalaha asyik mengharapkan ganjaran daripada manusia atas apa yang kita lakukan. Kita belum cukup ikhlas seandainya kita asyik mengharapkan ganjaran daripada manusia. Jangan risau tentang ganjaran kerana allah ada dan allah akan bagi pada kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sudah dapat ganjarannya. Jangan mengeluh andainya orang tak menghargai kerja kita kerana jika kita ikhlas, allah lebih lagi menghargainya. Dan tentunya ganjarannya bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua…
akhir kata renung renugnkan dan selamat beramal..hi hi :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails