Thursday, August 31, 2006

*Dua hari sebelum hari bahagiaku*


Pagi tadi,Cinderella pergi raptai untuk hari bahagia Cinderella nanti.Lepas aje balik dari Raptai,Cinderella pergi ke blog-blog kawan-kawan..Dan..bila Cinderella masuk blog shunjike dengan secara otomatiknya terpaut pada lagu kat blog dia.Tajuk dia "pencinta wanita".Untuk download lagu ni,kawan-kawan boleh ke web ni ardiz.Download juga lagu My heart,Irwan syah featuring acha sepriasa.

Terus download lagu ni dan sampai kini dah dekat 45 kali ulang lagu nie.Kepada pakwe-pakwe ,bagila lagu ni kat makwe-makwe korang dan kepada makwe-makwe,suruhla pakwe-pakwe korang tuju lagu ni tuk korang ye.he he he

.Ku temukan dalam pencarian
Cinta sejati untuk hidupku
Kurang lebih yang seperti dia
Ku harap dalam cintaku

Ku tak mau menjanjikannya
Pasti bahagia bila denganku
Biar dia rasakan sendiri
Betapa gilanya cintaku

Aku memang pencinta wanita
Namun ku bukan buaya
Yang setia pada seribu gadis
Ku hanya mencintai dia

Aku memang pencinta wanita
Yang lembut seperti dia
Ini saat ku akhiri semua
Pencarian dalam hidup
Dan cintaku ternyata
Yang ku mau hanyalah dia
...



CindereLLa:tunggu sesiapa nak kasi lagu nie?

*kami anak MERDEKA!*

.cikgu kata bila merdeka ......"kita kena gantung bendera,tak payah pergi sekolah,nyanyi lagu taggal 31 bulan lapan lima puuluh tujuh,dan jerit merdeka merdeka!!"...



.dan cikgu kata "kami ni ANAK WARISAN.!!Kamilah bakal askar,bakal peguam,bakal doktor ,bakal arkitek ,bakal cikgu dan bakal perdana menteri".Jadi kami kena belajar rajin2 dari sekarang....




CindereLLa:SELAMAT HARI MERDEKA!

Thursday, August 24, 2006

*aku rindu gile kat korang!*

Some people said that best friends may have different places, and interact with different people but no matter how much their lives may changed their friendship remains the same….I have a lof of friends..and I always try to be a good friends..I can say that , I am so lucky to have a good and nice friends.They always be my shoulder to cry on.Sometimes, it’s a bit tough being as a university student. But, surrounding with a nice friends, make all the things sweet and unforgettable. Friends, although it’s all over, promise me that u never forget our friendship…

I dedicated this lovely song from the most famous band at Indonesia to all my buddies at UTM, SKUDAI…I miss all of u….


>





.

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang kita bersama
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat Kita tertawa..
Teringat di saat kita ketawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
...




CindereLLa:rindu makan maggi dalam mangkuk besar..

"kenapa aku tak nak/tak boleh bawak moto"



Lepas aje aku habis SPM, aku mintak kebenaran mak nak ambil lesen moto.Tapi mak aku menentang sekeras-kerasnya...”

“Jangan nak gatal ambil lesen moto.Ambil lesen kereta aje cukup”

Aku pelik la.Kenapa mak aku tak bagi aku bawak moto?
Sebab aku tak berani nak lawan aku ikut aje cakap mak aku.. Jadi , aku hanya ada lesen kereta ajeee..Siapa kata aku tak nak bawak moto.Aku teringin sangat nak naik moto.Apelagi, tengok skuter .Memang aku teruja nak bawak, tapi aku tak boleh bawak sebab AKU TAK ADA LESEN MOTO ..

Kali pertama aku cuba bawak moto Kris sedara aku punya.Itu pun kat kampung.Sedara aku yang suruh aku bawak.Aku pun bawak lah moto Kris dia..Fuhhh kan main laju aku bawak...tapi satu je yang “sleknye”...AKU TAK PANDAI TUKAR GEAR...hahahahhah.Abang sedara aku memang kutuk aku kaw-kaw punya

““ elehhh bawak kan main laju tapi gear tak reti tukar..rosak moto abg cik..”



Kali kedua aku cuba bawak skuter adik aku.Tapi sebenarnya bukan aku bawak skuter tapi skuter bawak aku...Last-last bapak aku kata

“dah balik balik..rosok skuter tu kang"...


Kali ketiga aku cuba bawak moto masa kat UTM Skudai.Moto member aku.Aku mintak kawan aku ajar aku bawak moto.Mula0mula dia suruh aku hidupkan dulu enjin moto tuh..aku pun t ekan dan pulas ..tapi tak hidup pun moto tu..

“ko pulas kuat skit..”
“ye ah..”.”

Dan tiba-tiba, bunyi vrommmmmmmmmmmmmmmmmm siap dengan asap berkepul-kepul...
Tiba-tiba, aku dengar suara dari asrama budak lelaki

““oiiii nak ajak race keeee.....”..”.”



Malu gile ...

Inilah alasan aku yang kenapa aku "TAK NAK BAWAK MOTO...."

Nantikan sambungan cerita ini dengan tajuk “KENAPA AKU TAKUT BAWAK MOTO ...“

Sunday, August 20, 2006

*siti kawin, hang plak sedih!*

tadi kawan aku bagi SMS KAT aku...Dia kata.

.HUHUHUHUH sedihnya ..siti dah kahwin..
aku sedih dalam gembira..kahwin jugak kakak aku tuuuu..
.huuuuuuuu sedih dalam gembira,hang bila nak kahwin?
...



lalu..akupun balas SMS kawan aku tu..Aku kata..

.daripada ko sedih pasal siti nak kawin.
baik lah ko sedih pasal ramai org islam yang mati kat lubnan tu..
ini sedih pasal siti plak..!!
...



dan dia balas balik.Dia kata

.wahhhhhhhhhh insaff aku...!!
...



CindereLLa:bo-Ink

*bila suh abah pasang intenet( final version )*

"heheh.kalau abah nak download handphone abah tu kena ada internet"


"ooo lagu tu ka.."

"so,ape kata kita pasang intenet kat umah kite..he he he"
"kat iklan tu memang la cakap 80 ringgit sebulan,tapi abah dah gi tanya.kena bayar macam-macam lagi.dekat 300 ringgit.pastu nak kena format dulu komputer kat rumah tuh..."
"yeke sampai 300 ringgit..."
"YElah..ingat murah ke...."
"heheh alaa abah nie.akak pinjam duit abah dululah.nanti akak kerja akak bayarlah.ok?"
"ermmm yekah ttuhh.."
"takpelah.nanti akak cari kerja, akak pasang sendrilah kat rumah...."

CindereLLa:merajuk dah!

Friday, August 11, 2006

*CInderella yang MALANG!!*


CInderella yang cite dulu-dulu tuh nasibnya baik.Aku Cinderella yang sentiasa nasib malang.Cinderella tak lulus ujian M-Test tuh.Frust?Memang lah frust.Mata pun dah naik bengkak-bengkak menangis.Hampir 99.9% dalam diri ni FRUST+KECEWA+SAD = MALANG! Tapi, semua ni takkan melemahkan semangat Cinderella untuk menjadi cikgu.Biar lambat sekalipun, biar susah sekalipun, Cinderella akan USAHA+GIGIH+DOA = KEJAYAAN.A big thanks utk semua yang always SUPPORT+MOTIVATE = I’M OK .

WC Syaja : Ala..I-m sorry to hear that.I wonder kenapa X
dapat.takpe izza.Mesti ada hikmah
WC Nazia : Takpee..Nanti cuba lagi yeee
WC Diyana : Laaaa.Takpelah izza.Sabar..Mungkin
Allah ada plan lain utk ko.Sabar ye..
Mak Su : Laa.yeke.Tak lulus ke.Takpe..
Nanti kita cuba lagi yeee
Cek Ti : Tak pelah kita tak dapat.
Banyak lagi peluang kat luar.
Fidza : Alaaa.Tak yah kalut.Nanti kito p
sambung wat Master.
Lagi advanced..Kasi upgrade skit..Ha ha ha..
Senior Hafiz :Tenangkan
ikiran.Jangan pening-pening kepala




CindereLLa:Jgn terbang tinggi.Bila jatuh..sakit nanti!

Monday, August 07, 2006

*bila minta abah psg intenet(versi2)

"abah, bila nak pasang internet?"
"nantilah"
"Untung tau abah ada internet.kita tak yah beli newspaper.Boleh baca smua newspaper kat msia ni.even the whole world nyer news paper pun leh baca abah"
"yelah"
"Lagipun ada promosi skrg ni.Pemasangan percuma tak silap"
tengoklah"
"Nanti akak kan nak smbg study.senang lah skit ada intenet kat rumahkan"
"ermmm lahhh"
"Heheh bila nak pasang abah?"
"nak gi suraulah"

Uwaaaaaaaa abah....pasanglah abah....uwaaa murah ajeee pasanglahh....plsss




CindereLLa:Menunggu keputusan dari Hakim!

Thursday, August 03, 2006

*nak ghayer dah ke?*



.:ni yang pelik dengan cYBER CAFE ni..dia Pasang lagu GHayer pulak.lagu ct nurhaliza ."lama ku tunggu di pagi mulia.".lepas tu lagu mamat pulak."duhai bondaduhai ayahanda".aiiii ni perli aku kot sebab tak habis posa ganti lagi...huhuhu sendiri mau ingat la cik cinderella yee...




CindereLLa:Selamat berposer di bulan rejab yeee.

Wednesday, August 02, 2006

*satu hari..di class1Jujur*


Suatu hari…semasa masuk mengajar budak tahun 1…
Dalam hati (Alahaii..comel-comelnyee budak-budak tahun satu nie).Ish ish macam macam beg ada ye.Ada beg batman, ultraman,doraemon,Barbie,mickey mouse. Semua beg-beg tak payah galas,tarik aje macam troli. Zaman Cinderella tak ada beg-beg gini!). Zaman Cinderella dulu pakai beg galas belakang.Aduuuhhh penat tau..Sakit belakang.Untung budak-budak zaman skrg nie...Ok, Mula-mula perkenalkan diri dulu..

“Assalamualaikum and Good afternoon 1 J”
“Waalaikumsalamwarahmatullahhiwabarakatum teacher”..Murid-murid tahun 1 kalau jawab salam mesti full..Bagus kan..
“Ok.I am your new teacher..My name is Nurul Izza.Call me teacher nurul
“Hello, teacher nurul..”
Tiba-tiba…..
“teacher ..teacher.nama teacher kan sama dengan nama bibik saya.Bibik saya pun nama nurul”
Blurpppppppp……uwaaa nama ku sama dengan nama bibikkk diaaaa!!
..EErmm takpelah..nasibbadan…huhuhhu.


Bila direwind balik time skool dulu, Cinderella respect pada cikgu yang mengajar murid tahun 1.Bayangkan lah..diaorang ajar kita from zero.to hero .Dari kita tak kenal ABC sampai kita kenal ABC sampailah Z.Dari tak tahu membaca,sampai tahu baca,Dari tak kenal nombor,sampai kenal nombor,Dari tak tahu baca doa,sampai tahu baca doa...TERIMA KASIH CIKGU...



CindereLLa:Teringat kat cikgu meskiah,cikgu sulaiman ,ustazah sephiahdan cikgu ong ..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails