Tuesday, July 18, 2006

*alahai norman..anak muridku*

Photobucket - Video and Image Hosting

Norman…anak muridku.Dia ni istimewa sikit.Dia tak macam budak-budak tahun tiga yang lain.Dia suka buat kerja dia sendiri.Norman agak baran orangnya.Emm susah nak dekat dengan budak-budak lain.Kalau dekat mesti bergaduh punyalah!Tapi,aku tak salahkan Norman.Kadang-kadang,budak-budak lain suka mengadu yang Norman tak buat kerja.Norman bukan tak buat kerja,Cuma Norman lambat sikit.Kalau orang lain dah tulis soalam nombor tiga,dia baru nak cari buku dalam beg.Itupun kalau aku suruh.
“Norman,mana buku awak.Buku tatabahasa awak mana?Cepat keluarkan”.aku menyuruh Norman mengeluarkan buku.Kalau tak suruh…aii tak buatlah keerja nya..
Sambil tersengiih-sengih menampakkan gigi arnabnya (cute hehe )
“Norman.Norman.Cuba cepat sikit buat kerja tuh.Orang lain dah ke bulan awak baru nak naik roket
“Kita boleh pergi bulan ke cikgu?”tanya Norman.
”Itu perumpamaan lah Norman.Cikgu bagi contoh”

Suatu hari,entah kenapa ada sesuaut yang tak kena pada aku.Mungkin aku terlamau letih kerana dari pagi ke petang ada kelas.Aku menyuruh murid-murid menyalin soalan latihan yang telah aku tulis di papan putih.Bila aku lalu di tempat Norman,aku tengok dia tak keluarkan buku lagi.
”Norman,mana buku awak?”sambil aku membeliakkan biji mataku.”Cepat salin@Dah 30 minit awak tak salin apa-apa lagi!”Murid-murid tahun 3J diam.Mereka tak pernah lihat aku marah sebegitu.Norman pun diam.Teruk Norman kena marah dengan aku.Tapi,marahlah macam mana pun, Norman tak akan menangis.Cuma,bila dimarah,dia akan diam.Mukanya masam dan langsungggggggg tak akan buat kerjja yang disuruh.Memang degil!!

Selepas habis kelas, aku rasa bersalah pada Norman.Sebabnya...bila aku teringatkan background family norman,aku rasa kasihan pada Norman.Actually,parents dia divorced.Sekarang,dia duduk dengan nenek dan ayah.Tapi ayahnya agak sibuk.Bila aku ingat kembali,Norman suka sangat kalau aku suruh dia tarik kerus iduduk di meja guru bersama aku.Dia happy bila aku bagi attention kat dia.Mungkin dia rasa ada orang care tentang dia.Bila aku puji Norman mesti suka.Makin bertambah suka dia buat kerja rumah...

Esoknya,aku buat permainan bahasa dengan murid-muridku.Kadag-kadang sebagai seorang guru ktia tak boleh terlalu memberi tekanan pada muri-murid kita.Padaku,asalkan mereka enjoy masa dikelas dan ada input pemebelajarna pada mereka,itu dah cukup memadai..

Hari terakhir aku di sekolah, aku dapat kad merah daripada Norman.Ada gambar perempuan pakai tudung.Kad itu bertulis :

SEMOGA CIKGU NURUL DIPANJANGKAN UMUR,DIMURAHKAN REZEKI
’NORMAN’

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails