Showing posts with label My twin. Show all posts
Showing posts with label My twin. Show all posts

Thursday, November 04, 2010

dari kerana mata..



"dari kerana mata yang mempunyai kuasa...oh aku tergoda aku tergoda terpersona"


Biasa dengar lagu ini kan. Siapa penyanyinye.?Entah saya pun tak pasti. Tapi saya tahu lagu ni. aNDA PERNAh tak jatuh cinta dengan seseorang hanya terpandang matanya? Apa orang putih kata " love at the first sight" ...Saya?Rasa macam tak pernah aje (ace ce cee ye ke?)


Apapun saya jatuh cinta dengan mata dua orang ni...Jeng jeng jeng..



hai umi..can you see my big eyes..

eh ara, ira punya eyes pun big jugak tau. Kan tok nek kan



Ira dan ara memang punya dua mata yang besar. I wonder kat mana dia dapat mata besar tu. Sebab mine and my husband tak punya mata besar. Maybe ikut atuk or neneknya..\
Ok ira. Umi tahu ira ada mata besar. Tapi jangan la beliakkan mata macam ni. Terkejut umi tau...

nota nunu : mata ku tak cantik sebab pakai spek huhuh

Tuesday, November 02, 2010

Punya anak kembar tak seiras


"Agak lucu bila kamu ada anak kembar tapi muka anak kembar kamu tak seiras..memang lucu! "

Memang lucu bila ada orang tak percaya yang ira dan ara adalah pasangan kembar.Tengok rambutnya sahaja dah lain.Sorang curly sorang straight. Saya pun unexpected kembar saya ni tak seiras. Sebabnya doctor kata uri saya satu. Mengikut kefahaman cikgu sains tahap spm cam saya ni, kalau uri satu makanya kembarnya seiras.


(Cuba perhatikan, kami berbeza kan tapi kami kembar )

Mengikut teori sains (peringkat spm ye), kembar seiras terjadi bila ada one sperm and one ovum.So, one sperm and one ovum ni akan produce zygote. Zygote ni pulak dalam certain time it will split. So kalau kembar dua, dia terbelah dua lah. Itu yang bila belahan nye tak sempurna, ada certain part of the cell akan melekat. So, jadila kembar siam.
Kalau kembar tak seiras pula, ada two sperms and two ovum ( in case kalau dia kembar dual ah. Tapi kalau kembar tiga tak seiras, tigalah sperms nyer). Kembar tak seiras ni punya dua uri..
Tapi, dalam kes saya ni agak berbeda. Saya punya satu uri tapi dua kantung. Wahhh camne nii??
Apa nak dihairankan..ALLAH Maha hebat!!

(Perhatikan ya, kami memang tak berapa nak sama. But we are twin .Ohhh yes we are :)

Menurut kata orang kalau kembar tak seiras, everything is different. Baik dari segi muka ke, physical ke, warna rambut, bentuk hidung and macam macam lagi la. Kadang kala saya terfikir ada hikmahnya kembar saya tak seiras. Yerla, mudah untuk melakukan pengecaman. Dan ke mana saja saya pergi orang akan menyapa " eh, kembar ke. (maybe saya pakaikan baju sama kot). Saya senyum sambil menjawab "a ahh, kembar tapi tak seiras". " Yela, sorang muka mak sorang muka abah..."Ye, saya bangga punya anak kembar tak seiras. (semua pun bangga kan kalau ada anaak, kembar tak kembar kita tetap berbangga kerna punya anak.kan..kan..kan)

Oh ye, last but not least... Sememangnya mereka kembar tak seiras. Sememangnya muka mereka tak sama. Rambut mereka lain lain. Tapi ada satu yang sama antara mereka....

Apa dia ?

**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gaya tidurnye lebih kurang sama dong !!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails